Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    "Sedih Tengok Zoo Melaka" - Luahan Kecewa Wanita Ini

    Posted: 13 Aug 2016 04:16 PM PDT

    "Sedih Tengok Zoo Melaka" - Luahan Kecewa Wanita Ini


    AYER KEROH - "Sedih tengok Zoo Melaka," demikian luahan Norashikin Ahmad yang baru-baru ini berkunjung ke zoo berkenaan.

    Luahan kekecewaan itu dimuat naik ke laman Facebook, mendapat 577 shares dan pelbagai reaksi netizen.

    "Rakan-rakan, saya nak minta tolong rakan-rakan yang berada di area Melaka atau yang berdekatan Melaka untuk datang melawat haiwan di Zoo Melaka. Kasihan haiwan-haiwan di sana. Tak ramai pengunjung yang datang melawat mereka.

    "Bila tak ada yang datang, tak ada yang beli tiket. Bila tak ada yang beli tiket, pihak zoo kekurangan peruntukan untuk menambah baik pulih zoo. Kos untuk memberi makanan pada binatang-binatang di sini juga semakin berkurangan. Kemungkinan ada haiwan yang tak cukup makan," katanya.

    Menurut Mashi Mas Lee, kerajaan negeri telah menjual Zoo Melaka kepada seorang ahli perniagaan berasal dari Singapura pada 2012.

    "Selepas diswastakan pun, masih ramai pengunjung. Tetapi pemilik barunya seperti tiada minat untuk menghargai pengunjung yang datang ke zoo.

    "Selain dari harga tiket yang mahal, haiwan semua tak ada. Tulis renovate, bertahun berganti tahun tak siap-siap juga. Itu yang menyebabkan tiada pengunjung yang berminat datang. Mungkin pemilik baru itu lebih berminat menjadikan zoo itu sebagai hotel atau taman tema," katanya yang juga mendapat maklumat dari rakannya yang pernah berkerja di zoo tersebut.

    Bagi Mashe Kakashi Shema, Zoo Melaka yang kini jauh berbeza berbanding dahulu yang banyak haiwan dan harga tiketnya juga murah.

    "Maaf cakap, dulu Zoo Melaka tak macam ni, banyak haiwan. Sekarang ni haiwan sikit, tiket pula mahal. Kawasan banyak semak, sangkar burung pun banyak tutup. Kawasan di tepi tasik itu lagilah. Kawasan baru area jambatan itu pun tak banyak haiwan," katanya.

    Justeru, Norashikin menyeru orang ramai datang melawat haiwan-haiwan di zoo tersebut bagi menyokong zoo tempatan, secara tidak langsung dapat membantu menambah pendapatan zoo itu demi kebajikan haiwan-haiwan yang ada.

    "Cikgu-cikgu, lecturer, IPT boleh buat program volunteer di zoo untuk tolong bersihkan kawasan sekitar zoo. Saya upkan post ini sebab nak sokong zoo Melaka," katanya. - PIXEL MEDIA

    Jangan Guna 'Wet Tissue' Bersihkan Najis Bayi, Ini Penjelasannya...

    Posted: 13 Aug 2016 03:55 PM PDT

    Jangan Guna 'Wet Tissue' Bersihkan Najis Bayi, Ini Penjelasannya...


    Ini anak lelaki saya yang pertama, berusia 2 bulan 9 hari. Anak saya ditahan di wad sudah dua hari kerana kencing kotor berpunca dari wet tissue.


    "Doktor, macam mana anak saya terkena kencing kotor? Adakah ia berpunca pada semasa saya mengandungkan dia ke? Sebab semasa saya mengandungkan dia, saya ada kencing kotor sekali tetapi tak ada makan ubat. Kemudian appointment yang seterusnya dah tak ada kencing kotor," saya jelaskan kepada doktor.

    "Bukan puan, sebenarnya ia berpunca dari ibu-ibu menggunakan wet tissue semasa membersihkan najis bayi." jawab doktor.

    "Wet tissue?? Wet tissue bukan ke memang khas untuk bayi? Maaf ye, bagi saya macam tak masuk akal saja. Saya siap guna wet tissue jenis untuk kulit sensitif dan ada vitamin E serta Aloe Vera lagi. Takkanlah itu puncanya?" tegas saya.

    "Ye puan, memang kedengaran seperti tidak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya dan kesilapan ibu-ibu kita sekarang. Kes seperti ini jarang berlaku sebab ia bergantung kepada antibodi bayi dan sejak umur berapa mengunakan wet tissue itu.

    "Wet tissue ini tak elok sebenarnya kerana:
    1. Wet tissue mengandungi banyak bahan kimia
    2. Kita tidak tahu sama ada wet tissue ini bersih atau tidak kerana ia dibuat dari kilang. Kita tak tahu bagaimana proses membuat wet tissue ini.
    3. Dan puan juga boleh tengok pada tarikh MFG dan tarikh luputnya. Contoh, kalau ia dibuat pada tahun 2016, tetapi tahan sehingga 2019, jadi kuman yang ada pada wet tissue itu kita tidak tahu berapa banyak yang terdedah di kilang semasa mereka packaging tissue ini. Jadi, kuman yang ada sudah terperap lama sangat pada tissue itu dan dipindahkan kepada bayi semasa penggunaannya.
    "Kes seperti ini memang jarang didengar tetapi jika puan gunakan wet tissue semasa membersihkan najis bayi memang sangat tidak bagus kerana kuman tidak akan hilang pada kemaluan bayi.

    "Ya, memang di pandangan puan nampak bersih bila najis sudah tiada tetapi kuman masih ada. Selepas itu puan pakaikan pampers pada bayi dan kuman dari wet tissue dan kuman najis terperap di pampers baru bayi itu. Jadi bila bayi kencing, kuman itu boleh merebak dalam kemaluan bayi. Sebab bila pampers sudah penuhm baru puan tukar.

    "Sebenarnya tak bagus juga pakai pampers ini. Sebab itu orang dulu-dulu pakaikan lampin dan cuci najis bayi dengan air yang mengalir. Bukan saya kata pampers tak boleh pakai, masih boleh dipakai tetapi kena basuhlah kemaluan bayi setiap kali tukar pampers. Kalau tak dicuci dengan air mengalir, itulah punca bayi terkena kencing kotor.

    "Nak lebih bagus, cuci dengan sabun. Sedangkan kita yang dewasa ini pun cuci bila kencing dan buang air besar. Bayi pun sama juga sebenarnya, kena cuci begitu juga. Tetapi ramai ibu yang mengambil mudah tentang perkara ini, sebab itu bayi mereka terkena kencing kotor.

    "Nak guna wet tissue boleh tetapi bukan pada kemaluan bayi ye puan. Sebabnya bayi sensitif dan antibodinya masih belum matang seperti orang dewasa. Seelok-eloknya cucilah dengan air yang mengalir berbanding menggunakan wet tissue.

    "Kalau bayi terkena kencing kotor lambat dirawat, ia boleh menyebabkan buang pinggang bayi rosak. Kita penat angkat bayi setiap kali nak cuci najis tak mengapa sebab bayi masih di depan mata. Jangan kita penat menanggung rindu bila dia sudah tiada. Nanti kita tak boleh memaafkan diri kita di atas kesilapan yang kita nampak remeh. Yang remeh itulah boleh menjadi serius.

    "Ajal memang di tangan tuhan, tetapi kita sayangkan anak mesti kita nak anak sihat dan yang terbaik untuk dia. Mencegah lebih baik dari merawat," jelas doktor panjang lebar.

    Doakan anak saya membesar dengan sihat dan cepat sembuh ya. - Info Ibu Hamil | PIXEL MEDIA

    MENGEJUTKAN !! INILAH YANG TERJADI ATAS KATIL WANITA INI SETELAH BEBERAPA BULAN DITINGGALKAN...

    Posted: 13 Aug 2016 03:43 AM PDT

    INILAH 9 Cara Halau Cicak Dari Rumah Yang Ramai TAK TAHU !!

    Posted: 12 Aug 2016 06:11 PM PDT

    INILAH 9 Cara Halau Cicak Dari Rumah Yang Ramai TAK TAHU !!

    Ada dua perkara yang ramai orang tak suka pada cicak ini. Pertamanya adalah bunyinya yang sekali sekala agak mengejutkan. Anak-anak kecil terutamanya akan terpegun kaku setiap kali mendengar bunyi cicak yang agak lantang di malam sunyi.

    Satu lagi perkara yang paling dibenci oleh orang ramai terhadap cicik ini adalah masalah berak. Cicak suka berak merata tempat di mana saja dia suka. Malah kadang kala dia boleh lepaskan taiknya yang busuk semacam tu atas kepala anda.

    Jika anda tinggalkan rumah yang ada cicak kosong seminggu atau dua minggu, kepulangan anda nanti ke rumah bakal menyaksikan pesta taik cicak di merata tempat. Atas meja makan, atas kabinet, kat dapur dan sebagainya.

    Ringkasnya cicak memang jenis binatang atau makhluk yang ramai manusia tak suka. Dalam industri pest control, masalah cicak sering menjadi antara pertanyaan pelanggan yang mahu hapuskan cicak dari premis mereka.

    INILAH 9 Cara Halau Cicak Dari Rumah Yang Ramai TAK TAHU !!

    Jika anda merupakan salah seorang yang sedang menghadapi masalah cicak yang terlalu banyak di rumah, boleh cuba amalkan 9 cara yang dikongsikan di bawah untuk halau cicak dari bermaharajalela di rumah anda.

    1. Perangkap cicak

    Anda boleh tangkap cicak yang banyak kat rumah dengan menggunakan perangkap cicak. Boleh beli samada di pasaraya atau di mana-mana hardware berkonsepkan DIY. Biasanya perangkap cicak diperbuat dari kertas tebal yang diletakkan gam di permukaannya.

    Ada bahan yang boleh menarik minat cicak datang ke perangkap dan kemudiannya cicak akan melekat. Bila kena cicak, anda boleh buang saja perangkap sekali dengan cicak yang ada melekat kat sinu.
    Cara ini mengambil masa beberapa hari dan banyak perangkap yang diperlukan untuk mencapai tahap zero cicak di rumah anda.

    2. Penghalau cicak

    Ada bahan yang diberikan nama sebagai lizard repellent di pasaran. Kalau pergi cari kat pasaraya, anda mungkin dapat jenis gel atau cecair pekat yang perlu disapukan pada tempat yang anda tak mahu cicak datang.
    Ada juga jenis spray dan jenis elektronik. Pilihlah mana satu yang anda rasa nak cuba. Bawa balik dan buat percubaan di rumah.

    3. Perangkap buatan sendiri

    Anda juga boleh buat perangkap sendiri untuk tangkap cicak. Cara paling mudah adalah dengan pergi hardware, dapatkan gam tikus atau yang kurang kuat dari itu. Ambil sekeping kertas tebal dan sapukan gam di permukaan kertas tersebut.

    Selepas itu letakkan di tempat di mana cicak ada banyak. Letakkan sikit makanan atau bahan putih seperti serangga kecil di tengah kertas bergam itu. Anda akan dapat lihat banyak cicak terperangkap pada gam keesokkan harinya.

    4. Jadikan rumah tidak mesra cicak

    Cicak tak suka rumah yang bersih tak ada sampah dan tak ada langsung bahan makanan. Oleh itu bersihkan rumah anda senantiasa. Jangan biarkan rumah bersepah dan tidak tersusun. Buang semua sampah dari rumah terutamanya di bahagian singki.

    5. Jauhkan makanan cicak

    Salah satu sebab cicak duduk menumpang dan bernak pinak kat rumah anda adalah disebabkan ada punca makanan yang banyak untuk mereka di situ. Oleh itu, jika anda berjaya hapuskan segala punca makanan cicak, mereka akan berhijrah pergi ke tempat lain yang ada makanan.

    Makanan yang cicak amat suka ada serangga terbang seperti nyamuk, rama-rama kecil atau ungas terbang kecil yang lain. Pasangkan jaring supaya semua serangga kecil ini tidak ada dalam rumah anda. Tiada makanan, cicak akan belah.

    6. Hapuskan ruang tinggal cicak

    Buat pemeriksaan di segenap sudut rumah anda. Mana saja terdapat rekahan atau celahan, anda perlu tutup samada dengan Silikon atau Urethane. Jangan kasi runag langsung untuk cicak jadikan pot tempat melepak mereka.

    7. Gunakan bawang putih

    Anda boleh gantung bawang putih di bahagian-bahagian yang biasanya banyak cicak di rumah anda. Gantung bawang putih kat tingkap dan pintu serta berdekatan dinding yang ada cicak. Cicak tak suka bau bawang putih.

    Atau boleh juga anda buat bancuhan bawang putih yang dicampur dengan air. Masukan dalam penyembur dan mula semburkan campuran air bawang putih tersebut ke dinding, tingkap siling dan lain-lain. Rumah anda akan semerbak berbau bawang putih.

    Jangan anda sendiri yang pengsan bau bawang putih dan keluar dari rumah sebab tak tahan bau bawang putih sudahlah !

    8. Gunakan bulu merak dan kulit telur

    Anda boleh juga cuba gantungkan atau lekatkan bulu burung merak pada dinding dan tempat-tempat lainya. kalau tak ada bulu burng merak, boleh juga gunakan kulit telur. Lekatkan atau gantung di tempat yang ada cicak.
    Cicak tak suka kulit atau bulu burung besar sebegitu sebab jenis burung sebegitu akan patuk dan makan cicak.

    9. Gunakan air ais sejuk

    Jika anda nampak cicak di rumah, cuba semburkan air ais yang sejuk gedik supaya terkena pada cicak itu. Sebaik saja cicak terkena air yang amat sejuk, suhu badan cicak akan turun jadi sejuk dan mereka akan kejang tak boleh bergerak.

    Bila jadi macam tu, ambil saja cicak yang tengah jem tersebut masukkan ke dalam beg plastik ikat kuat-kuat dan lepaskan ke dalam sungai supaya cicak itu belayar pergi jauh dari rumah anda. Kalau tak mahu cicak belayar, anda boleh terus bunuh saja cicak itu, selesai cerita.

    Selamat mencuba !

    Inilah Punca Sebenar Kenapa AC Mizal Saman Utusan RM25 Juta

    Posted: 12 Aug 2016 05:33 PM PDT

    Inilah Punca Sebenar Kenapa AC Mizal Saman Utusan RM25 Juta

    KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid dan dua lagi memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd dan tiga yang lain, menuntut ganti rugi RM25 juta.

    AC Mizal yang juga Presiden Peace Yall Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan operasi saluran radio penyiaran internet swasta, memfailkan saman itu melalui Tetuan Shahrir & Co pada 30 Mac lepas.

    Plaintif dalam saman itu ialah AC Mizal, 45, Emylia Rosnaida, 43, yang juga naib presiden syarikat itu, Rashidi Ishak, 43, ketua pegawai eksekutif syarikat itu dan Peace Yall Sdn Bhd.

    Mereka menamakan wartawan hiburan Utusan Melayu, Syed Musaddad Syed Mahdi, bekas Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama hingga keempat.

    Mengikut pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa Syed Musaddad melalui sisipan Pancaindera yang diterbitkan bersama-sama dengan Mingguan Malaysia membuat andaian fitnah terhadap plaintif-plaintif di dalam artikel berjudul 'Peace Yall FM Tak Bayar Gaji'.

    Mereka mendakwa perkataan-perkataan dalam artikel itu menggambarkan kesemua plaintif merupakan majikan, presiden syarikat, ahli perniagaan, ahli masyarakat atau individu yang tidak bertanggungjawab, cuai, dan lalai terhadap pekerja mereka.

    Kesemua plaintif mendakwa perkataan itu juga boleh menggambarkan mereka mempunyai reputasi kewangan atau perniagaan yang teruk dan tidak boleh dipercayai, sedang menanggung beban hutang atau kewangan yang teruk hingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.

    Mereka mendakwa reputasi dan nama baik mereka selaku ahli perniagaan dan penggiat bidang seni telah terjejas teruk.

    Mereka menuntut ganti rugi am bagi memfitnah sebanyak RM15 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
    Peguam Ahmad Shahrir Baharuddin yang mewakili kesemua plaintif ketika ditemui pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Abu Bakar Jais hari ini, memaklumkan mahkamah menyarankan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan kes saman fitnah itu melalui proses mediasi.

    Katanya mahkamah menetapkan esok untuk pengurusan kes berkenaan. Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Ooi She Yi yang mewakili kesemua defendan.
    Sumber: Astroawani.com

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad