Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    (VIDEO) "Takde Keje Saje Cari Penyakit..."

    Posted: 12 Aug 2016 07:41 AM PDT



    HEILONGJIANG, CHINA - Seorang lelaki cedera dan tersangkut di cermin hadapan sebuah bas awam yang sedang bergerak, pagi semalam.

    Menurut penumpang bas yang lain, lelaki terbabit secara tiba-tiba berlari dan cuba merempuh cermin depan bas sebanyak dua kali semasa bas sedang bergerak. 

    Rempuhan kali kedua, lelaki itu berjaya memecahkan cermin tersebut namun tersangkut separuh badan. 

    Akibatnya, cermin yang pecah tersebut telah menusuk badan dan menyebabkan dia kehilangan darah yang agak banyak. 


    Para penumpang yang lain cuba membantunya tetapi gagal, lalu menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan. Pasukan penyelamat segera ke lokasi kejadian dan berjaya mengeluarkan mangsa. Mangsa dihantar ke hospital berhampiran dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan kecil dan sedikit calar sahaja. 



    Motif kejadian masih tidak diketahui dan polis kin isedang menyiasat sama ada lelaki itu mempunyai sejarah penyakit mental atau sebaliknya. - PIXEL MEDIA

    Inilah Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah Yang Ramai Tak TAHU !!

    Posted: 12 Aug 2016 01:40 AM PDT

    Inilah Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah Yang Ramai Tak TAHU !!

    screen-shot-2016-07-20-at-11-37-21-am
    Oleh Feyra Nasrom Sumber mediasosialkini

    Masalah lipas dekat rumah memang susah nak elak. Dah buat bermacam cara sekalipun, pasti akan muncul di sesetengah bahagian di rumah terutama di bahagian dapur, atau ruang tamu kan. Jangan risau, kami ada petua berguna untuk korang halau lipas dengan berkesan.


    Cuba dan lihat hasilnya okay!


    - Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Letak dekat kawasan yang banyak lipas.

    - Biji pelaga juga  berkesan. Korang ambil beberapa biji pelage dan letak di kawasan lipas membiak.

    - Buah lemon? Ya, lemon juga petua untuk menghalau lipas. Korang potong hirisan lemon dan letak di kawasan lipas selalu muncul.

    - Pernah tahu sebenarnya hujung timun atau pangkalnya akan membuatkan lipas mati? Kalau tak percaya, cuba letak di kawasan yang banyak lipas.

    - Petua seterusnya, ubi kentang.  Caranya? Korang rebus kentang sampai masak. Kemudian lenyekkan dan campur serbuk penaik , lepastu korang gaul. Jadikan adunan itu berbentuk bulat dan letak di kawasan lipas. Lihat apa hasilnya nanti ya

    - Daun pandan harus dihiris terlebih dahulju dan letak dalam uncang , jangan lupa untuk tebuk uncang tersebut okay!. Letak di kawasan pembiakan lipas.

    Guna bahan-bahan yang sedia ada jer , memang berkesan, selamat mencuba!

    Inilah Punca Sebenar Kolam Renang Olimpik Bertukar Hijau

    Posted: 12 Aug 2016 12:42 AM PDT

    Inilah Punca Sebenar Kolam Renang Olimpik Bertukar Hijau

    renann
    Kepada yang mengikuti perkembangan sukan Olimpik terutama sukan terjun, sudah pasti anda akan terperasan perubahan warna air kolam renang dari warna biru kepada warna hijau.

    Perubahan warna secara tiba tiba ini telah mengejutkan ramai pihak dan ramai yang mahu jawapan kenapa perubahan warna begitu drastik dalam masa yang singkat.

    Ini juga mendatangkan rasa risau dan kebimbangan orang ramai terutama kepada para atelt yang bertanding.

    Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina) akhirnya telah mengesahkan bahawa perubahan air di kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk, yang bertukar berwarna hijau baru-baru ini, berpunca daripada ketidakseimbangan kimia dalam kolam air.

    Akibat kekurangan bahan kimia itu, tahap PH air tidak seperti biasa dan menyebabkan perubahan warna tersebut terjadi. Yang melegakan, perubahan warna itu langsung tidak mendatangkan bahaya kepada para atlet.
    Ini kenyataan rasmi FINA:
    "Misteri itu sudah diselesaikan…Fina boleh mengesahkan bahawa penyebab kepada warna air di kolam terjun bertukar menjadi luar biasa, sewaktu acara terjun dipertandingkan di Sukan Olimpik Rio, adalah kerana tangki air di kolam tersebut kehabisan beberapa bahan kimia yang digunakan dalam proses rawatan air,"
    "Jawatankuasa Perubatan Sukan Fina telah menjalankan ujian terhadap kualiti air di kolam tersebut dan mengesahkan tiada sebarang risiko terhadap kesihatan atau keselamatan atlet, dan ia tidak akan menjejaskan pertandingan,"
    "Perubahan mendadak tahap alkali air di kolam tersebut menjadi punca kepada perubahan warna air. Kolam acara polo air juga mengalami masalah yang sama.
    "Tahap pH air telah berada dalam standard yang ditetapkan. Kami telah merawat kedua-dua kolam tersebut pada waktu malam dan tahap alkali dalam air telah bertambah baik. Kami menjangkakan warna asal biru akan kembali tidak lama lagi.
    "Pakar-pakar bebas juga telah mengesahkan tidak ada risiko sama sekali kepada atlet yang bertanding di kolam tersebut,"
    -PENMERAHDOTCOM

    Ibu Perlu Berhenti Pakaikan Sarung Tangan Pada Bayi, Inilah Kata-Kata Pakar...

    Posted: 12 Aug 2016 12:11 AM PDT

    Ibu Perlu Berhenti Pakaikan Sarung Tangan Pada Bayi, Inilah Kata-Kata Pakar...


    sarung tangan
    Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Nor Farahdilah Furmon

    Sudah menjadi satu kepastian, bayi yang baru lahir akan dipakaikan sarung tangan atau mittens dengan tujuan untuk mengelakkan bayi mencakar wajah sendiri dengan kuku. Namun, tahukah anda tidak elok sebenarnya pakaikan sarung tangan pada tangan bayi?

    Kami ada penjelasan panjang lebar daripada seorang pakar yang dikongsi oleh Nor Farahdilah di laman Facebooknya. Baca sendiri apa pakar ni cakap dan mungkin akan menyedarkan si ibu dari memakaikan sarung tangan pada anak sendiri lepas ini.

    Screen Shot 2016-08-10 at 11.06.35 PM

    "Jangan Halalkan Orang Yang Berhutang"

    Posted: 11 Aug 2016 08:06 PM PDT

    174
    174
    Perkara biasa jika ada kawan-kawan yang berhutang. Perkara biasa juga jika ada kawan-kawan yang tak bayar hutang.
    Ada ketika tuntut semula hutang seolah-olah seperti kita pula yang meminta sedekah. Mukanya selamba, muka kita pula yang malu-malu alah. Ada juga sehingga putus silaturrahim.
    Ramai yang malas ambil pusing lalu halalkan sahaja. Sikap yang bagus tapi agak kurang beruntung.
    Saya nasihatkan jangan dihalalkan orang berhutang itu. Tapi berikan dia masa untuk membayarnya.
    Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya katanya;
    "Saya mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, 'Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari'.
    "Kemudian aku mendengar baginda berkata, 'Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari'.
    "Aku pun bertanya, Wahai Rasulullah, engkau kata, 'Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari'. Kemudian aku mendengar engkau berkata, 'Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari'.
    Lalu baginda bersabda, 'Dia akan dapat pahala satu sedekah untuk setiap hari sebelum tiba waktu pembayaran. Jika tiba masa pembayaran lalu dia masih memberi masa, dia akan mendapat pahala dua kali sedekah untuk setiap hari'." [HR Ahmad 22942; Isnaduh Sahih]
    Contoh, jika anda memberi tempoh 2 bulan untuk melunaskan hutang kepada si peminjam, maka selama 2 bulan itu anda akan mendapat satu pahala sedekah setiap hari, Insya'Allah.
    Apabila telah sampai tempoh dua bulan tadi, anda beri lagi masa kepada peminjam, maka ketika itu anda akan mendapat 2 pahala sedekah setiap hari, Insya'Allah.
    Tapi apa nilainya satu pahala sedekah itu? Banyakkah? Saya bawakan beberapa hadis lain untuk menunjukkan betapa besarnya satu pahala sedekah itu.
    "Sedekah memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api." [HR al-Tirmidzi 2616; Sahih]
    "Hindarkan dirimu dari Neraka walaupun hanya dengan separuh kurma, jika tidak ada maka dengan bertuturlah kata yang baik." [Muttafaq 'alaih]
    "Setiap orang di bawah naungan sedekahnya sehingga diputuskan hukum di antara manusia." [HR Ahmad dan Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani]
    Dan ada banyak lagi hadis tentang kelebihan sedekah termasuklah mengubati penyakit jasmani.
    Begitu besar pahala sedekah sehingga boleh menghapuskan dosa, menghindarkan Neraka, menjadi naungan di Mahsyar, dan ada pelbagai hadis lain yang jika anda teliti menunjukkan amalan sedekah ini adalah amalan yang besar manfaatnya.
    Dan anda pula memiliki pahala sedekah setiap hari, hanya kerana anda melanjutkan tempoh kepada peminjam untuk membayar hutang. Boleh jadi hutang itu hanya RM10 sahaja. Atau bahkan mungkin RM1? 
    Jadi, biarlah jika hutang anda berpuluh tahun tidak dibayar, anda tetap mendapat pahala sedekah setiap hari yang sebenarnya sangat besar di sisi Allah. 
    Dan akhir sekali, jika si peminjam telah mampu untuk membayarnya walaupun setelah dia mati melalui warisnya, maka ketika itu, anda sedekahkanlah sahaja kerana ada hadis lain yang berbunyi;
    "Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya." [HR Muslim 7512].
    Allahua'lam. Semoga bermanfaat. Barakallahufikum.
    Sumber : Mynewshub.cc

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad