Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    "Mana Rumah Besar Kau? Kau Ada Hutang Ah Long Ke Sampai Kena Jual Rumah?"

    Posted: 09 Aug 2016 08:57 AM PDT



    Baru-baru ini ada tsunami sikit di Facebook. Tentang beli rumah muda-muda dan rezeki masing-masing. Tentang menulis dan tunjuk lagak. Tentang tidak semua orang ada duit dan kenapa perlu letak tekanan pada anak-anak muda agar beli rumah awal. 

    Saya tak berapa muda. Dah nak masuk 33 tahun sebenarnya. Saja nak berkongsi sedikit pengalaman. Saya tamat persekolahan pada umur 25 tahun dengan kelulusan Master. Saya bekerja setahun di UK dan kembali ke Malaysia pada umur 26 tahun. Alhamdulillah murah rezeki, terus dapat kerja dengan gaji RM3,500. 

    Saya gunakan kenderaan ibu bapa (komitmen hanya pada minyak dan tol). Masa itu sepatutnya boleh buat saving hampir RM2,000 atau lebih sebulan kalau ada pengetahuan ilmu kewangan yang betul. Tetapi memang segan nak cerita, yang mana saya tidak pernah dapat menyimpan lebih daripada RM200 pun sebulan. Sedih kan? 

    Saya banyak traveling sebenarnya, sebab itu duit tak ada. Saya berkahwin pada umur 26 tahun. Gaji kami suami isteri dicampur, hampir RM10,000. Pembiayaan bersama dengan suami, kami beli rumah besar di pinggir bandar Shah Alam. Rumah Semi D, 40' x 90' yang berharga RM660K. Kami gunakan maksimum kelayakan pembiayaan suami isteri. Bayaran hampir RM3,500 sebulan. Kami beli dengan ego tanpa ilmu sebab kami kerja besar dan berjawatan. Tak akanlah nak beli rumah kecil kan? Tambahan pula dikelilingi kawan-kawan yang memang standard of living high class belaka. 

    Selepas sign SnP (sales and puchase agreement) semua, renovate rumah lagi dengan kos RM200K menggunakan personal loan. Semua sebab mahu rumah nampak gah di mata orang. 

    Masa itu, suami juga baru lepas membeli kereta baru, Honda Civic. Bayangkanlah komitmen bulanan kami. Nak bergaya punya pasal kan? 

    Rumah masih dalam renovation, tetapi saya diuji apabila suami terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Beliau tiada wasiat untuk saya dan anak. Bayangkan betapa saratnya hidup saya dengan hutang dan bebanan perasaan pada masa itu. 

    Saya lambat mengambil tindakan. Menunggu saja kalau-kalau pihak bank ada call. Jadinya, bulan pertama dan kedua, semua loan tetap kena bayar sementara menunggu berita daripada pihak bank. Simpanan pula segan-segan saja nak tinggal dalam bank. Kontraktor sudah mula mengugut mahukan payment segera. 

    Saya yang kerja sebagai arkitek, terpaksa berhenti. Hidup berubah 360'. Balik ke kampung dan duduk dengan parent dan yang paling penting, hentikan renovation rumah setakat yang ada. 

    Saya mencari pekerjaan baru, buat kerja part time. Setiap malam tidur 3-4 jam sahaja. Banyak yang saya belajar dari apa yang terjadi ini. Kawan-kawan yang ada sebelum ini mula menjauhkan diri. Yang ada pada waktu itu hanyalah keluarga saya. 

    Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, saya terpaksa menjual rumah besar dan hebat itu. Air mata bergelen jugalah sebab rasa malu menebal pada saudara mara yang menyanjung tinggi pada saya dulu. 

    Saya reset semula kehidupan saya bermula dari kosong. Saya cari ilmu, mula mengikuti perkongsian tips hartanah dari semua sifu-sifu hartanah di Facebook. 

    Saya ingat lagi jam 2 pagi, saya menghubungi Dr. Fadhli melalui Facebook. Saya bertanya bagaimana caranya mahu memiliki rumah. Alhamdulillah, pada umur 30 tahun saya berjaya mengumpul duit dan membeli rumah kecil. 

    Saya menyemak kelayakan dengan pihak bank yang menyatakan saya layak membeli rumah berharga RM300K. Saya ikut segala apa yang Dr Fadhli ajarkan. Beli dua buah rumah kecil. Saya beli satu apartment subsale di Shah Alam yang berharga RM100K dengan keluasan 750 sqf sahaja. Dan sebuah lagi, rumah teres kecil 18' x 60' di Ipoh.

    Saya gunakan tulang empat kerat untuk make over rumah. Angkut perabot di tengah malam, cari penyewa sendiri. Saya apply semua ilmu yang ada. Malu? Tolak perasaan itu ke tepi dulu. 

    Kawan-kawan saya semua memang mengata.

    "Mana rumah besar kau? Kau ada hutang Ah Long ke sampai kena jual rumah besar beli rumah kotak (apartment)?" 

    Selepas tahun pertama, dividen daripada ASBF saya gunakan untuk membeli rumah ketiga. Masih rumah kecil juga, rumah teres RM120K 20' x 75' dan saya buat sewaan per kepala. Semua kata saya bodoh sebab bukan kawasan hot. 

    Saya pergi rumah ke rumah yang ada iklankan sewa di kawasan itu. Nak survey yang mana kurang, saya nak buat tambahan di rumah saya. Dengan izin Allah, rumah itu fully occupied (berjaya penuh dengan penyewa). Pada masa yang sama, saya juga cuba buat sublet sebab saya mahukan ilmu untuk menguruskan rumah sewa dan asas-asas untuk renovate rumah secara DIY. Alhamdulillah, dua tahun selepas jatuh bertimpa-timpa seorang diri, permohonan pembiayaan rumah keempat baru saja diluluskan. 

    Jadi di sini, saya nak kongsikan kepada adik-adik khususnya. 
    1. Jika kita menyangka rezeki kita sentiasa tinggi melangit dan mengimpikan rumah yang besar, gah dan hebat, kita akan merana andaikata sesuatu musibah terjadi.
    2. Kalau kita rasa umur 30 tahun baru kita nak membeli rumah sebab kita sangka jalan hidup kita lancara saja, kita akan menyesal bila sampai masanya kita sedar kita sudah terlewat.
    3. Bila ada yang memberi ilmu, itu sebenarnya wake up call untuk kita. Tak kiralah berapa pun umur kita. Seriously, rendahkan ego!
    Puan IAD | Harith Faisal | PIXEL MEDIA

    Hanya Pengambilan Buah Ini, Anda Boleh Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Kolesterol, Glukosa Darah, Lipid dan Triglycerides

    Posted: 09 Aug 2016 05:45 AM PDT

    Hanya Pengambilan Buah Ini, Anda Boleh Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Kolesterol, Glukosa Darah, Lipid dan Triglycerides

    Apabila saya menunjukkan ujian darah aku sangat kagum atau terkejut. Parameter: urea, kolesterol, gula dalam darah, lipid dan trigliserida mempunyai nilai lebih daripada paras normal. Guru saya, yang menunjukkan ia, memberitahu saya bahawa dengan parameter ini orang yang darah itu harus mati. Dan perkara yang akan datang, katanya takut. Profesor itu darah.

    Kemudian dia menunjukkan kira-kira yang lain di mana analisis parameter darah normal dan katanya ini adalah darah-Nya hanya sebulan selepas ujian pertama dilakukan. Saya melihat tarikh pada lembaran yang kedua, dan dia adalah betul.


    Dia memberi saya nasihat yang saya dengan senang hati mengambil dan mula menggunakan ubat-ubatan. Saya mendapat keputusan yang memberangsangkan. Saya hanya lakukan rawatan ini sekali dalam setahun untuk mengekalkan paras normal parameter darah. Tetapi jika ujian darah saya mula pelbagai sedikit saya kembali ke rawatan ini dan mula sekali gus.

    Anda boleh melakukan ini untuk kesihatan anda dan darah anda dan ianya semulajadi. Anda perlu membeli Labu mentah. 100 g Labu Kupas dan dipotong menjadi kepingan. Letakkan dalam pengisar, dan Tambah air. Membuat bermulut manis Labu air. Mengambil 15-20 minit sebelum Sarapan Pagi.

    Anda perlu mengambil ini setiap minggu untuk tempoh satu bulan. Anda perlu membuat analisis sebelum dan selepas rawatan. Ini adalah minuman semulajadi yang tiada kesan sampingan kerana ianya hanya air dan Labu. Labu membersih arteri dan membuang kolesterol LDL daripada arteri di sepanjang air kencing.

    Jika anda mahu artikel ini Sila kongsikannya dengan rakan-rakan anda dan membantu mereka mengekalkan tahap darah biasa.

    "Tergamak Dia Santau Saya Begini..." - Luahan Sayu Rakan Sebilik Hostel...

    Posted: 08 Aug 2016 09:35 PM PDT

    "Tergamak Dia Santau Saya Begini..." - Luahan Sayu Rakan Sebilik Hostel...

    Gambar Hiasan Sahaja | Google Images

    Salam, saya lelaki, pengamal rawatan Islam. Saya sekadar mahu berkongsi tentang apa yang berlaku pada kawan tempat belajar saya dulu. Cukuplah sekadar saya menggelarnya Imah.

    Imah seorang pelajar yang pandai dan rajin. Semua lecturer suka dengan Imah ini. Badan Imah ini gempal sedikit tetapi gempal tidak membuktikan otaknya juga gempal kerana, setiap sem dai selalu mendapat dean list.

    Sem 1 hingga sem 4, Imah ada dalam ranking yang top student jugalah. Tamat sem 4, semua balik cuti sem. Kemudian bila tamatnya cuti sem 4, semua balik ke hostel.

    Selepas dua minggu sesi PnP, Imah masih tidak kelihatan. Saya menganggap Imah mungkin cuti lebih lama. Sehinggalah satu hari itu, Imah masuk ke kelas namun keadaannya amat berbeza. Imah kelihatan kurus dan cengkung. Namun senyumannya saya masih kenal. Dan di waktu itu saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena padanya.

    Satu hari, Imah menghantar mesej kepada saya.

    "Boleh tolong check badan Imah tak? Imah rasa ada yang macam tak kena dengan badan ini," pintanya.

    Saya tanya dia rasa macam mana? Saya mahu dia jelaskan lebih terperinci.
    "Bila tiba malam, Imah menjadi takut dan selalu nampak kelibat dalam bilik. Badan rasa lemah dan selalu muntah lendir-lendir hijau," katanya.

    Pada peringkat awal, saya menasihatkannya untuk pergi berjumpa dengan doktor di hospital untuk buat pemeriksaan kesihatan.

    "Imah dah buat semua itu. Doktor cakap semuanya normal. Pernah juga buat rawatan Islam di kampung, tetapi hasilnya seperti sekarang. Badan Imah kurang dan muka cengkung," jelasnya.

    Kemudian saya berkata pada dia yang saya akan cuba tolong dan ikhtiarkan apa yang patut. Imah lega dan bersetuju.

    Pada hari yang dijanjikan, saya bersama dengan kawan-kawan dan lecturer pergi melawat Imah di rumahnya yang didiami dengan seorang rakan serumah bernama Ina.

    Sewaktu saya melangkah masuk ke bilik Imah, saya terhidu bau sesuatu yang amat kurang menyenangkan. Baunya seperti bangkai.

    "Korang semua ada terhidu bau yang tak menyenangkan?" soal saya pada lecturer dan kawan-kawan.

    Mereka semua mengangguk. Waktu itu saya dah rasa tak sedap hati. Berbekalkan tawakal dalam diri, saya menghadap Imah dan cuba scan badannya.

    Dimulakan dengan lafaz bismillah, saya cuba membaca ayat-ayat ruqyah. Waktu itu badan Imah menggeletar, kemudian bergoyang ke kiri dan ke kanan. 

    Dengan tiba-tiba saja suarah Imah berubah."Bakpe mu kacau aku?!"

    Saya tahu itu bukan suara Imah sebab Imah orang utara. Saya membalas dengan menguatkan lagi bacaan ruqyah menyebabkan Imah menjerit.

    "Panas! Panas! Diamlah kau!!"

    Yang ada pada waktu itu semuanya menjadi diam, sunyi. Masing-masing terkumat kami membaca ayatul kursi. Saya cuba berbicara dengan Imah.
    "Wahai makhluk yang di sebalik tubuh ini, apa mahumu? Keluar kau musuh Allah. Keluar dari tubuh anak Adam ini!"

    Kemudian Imah bersuara.

    "Dia milik aku! Aku benci semua yang dia buat!" katanya.

    "Sama ada kau nak keluar atau aku bakar kau!" kata putus diberikan kepada makhluk itu.

    Saya teruskan bacaan ruqyah, keadaan masih berterusan sehingga beberapa jam. Makhluk dalam badan Imah masih juga kuat melawan. Saya menguatkan lagi ruqyah dan sampai satu tahap, makhluk itu akhirnya mengalah. Imah kemudiannya memuntah serbuk-serbuk kaca, lendir kuning dan rambut. Semua yang ada di situ pada malam itu melafazkan istighfar dan syukur kerana makhluk itu sudah keluar.

    Saya terperasan ada seseorang yang tidak berada di dalam bilik itu, iaitu Ina.
    Keesokannya Imah diberi cuti rehat. Minggu itu berlalu seperti biasa.

    Seminggu sebelum Imah pergi menghadap Illahi, Imah ada menghantar saya mesej kepada saya.

    "Imah tahu siapa yang buat Imah seperti ini. Ina yang buat sebab sewaktu mengemas bilik, Imah terjumpa satu nota yang ada tulisan jampi serapah dan di dalamnya tertera nama Imah.

    "Kemudian sebelum kamu semua datang untuk mengubat Imah tempoh hari, Ina ada cakap yang dia mahu keluar. Dia kata dia panas. Paling Imah terkejut ialah Ina ada mengumpul rambut, kuku dan barang peribadi Imah dalam satu bekas.

    "Kenapa dia buat Imah seperti ini? Apa salah Imah? Patutlah sejak akhir-akhir ini Ina macam kurang rapat dengan Imah," katanya.

    "Jangan fitnah dia. Kita tidak tahu perkara sebenar," itu saja yang saya mampu balas.

    Selepas beberapa bulan kemudian, Imah meninggal dunia disebabkan komplikasi di rahim dan buah pinggangnya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    Zaman sekarang orang lebih suka cara halus untuk menjatuhkan orang lain. Waspadalah buat perempuan di luar sana. - IIUM Confessions | PIXEL MEDIA

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad