Header Ads

Close
  • Semasa

    Naib Ketua PAN Dihukum Penjara Lapan Bulan, Ini Sebabnya..

    KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda Amanah Negara, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata menghasut dalam perhimpunan #kitalawan dihadapan Kompleks Sogo tahun lepas.


    Hakim Shamsudin Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Shamsudin bagaimanapun membenarkan permohonan penagguhan pelaksaan hukuman penjara oleh peguam Arif Azamani Husin yang mewakili Fakhrulrazi kerana akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi.

    Mohd Fakhrulrazi, 38, yang juga Ketua Amanah Perak diarah membela diri pada 26 Mei lalu selepas mahkamah mendapati terdapat prima facie di peirngkat pendakwaan.

    Pada 8 September tahun lalu, Fakhrulrazi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung sabitan bersalah Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Kompleks Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman pada 21 Februari 2015.

    Bagi kesalahan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. lapor Sinar Harian.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad