Header Ads

Close
  • Semasa

    ZurichMedia:

    ZurichMedia:


    15 Tahun Tipu Anak Isteri Gara-Gara Berpoligami, Ini Sebab Rezeki Lelaki Ini Sempit

    Posted: 22 Jul 2016 03:43 PM PDT

    15 Tahun Tipu Anak Isteri Gara-Gara Berpoligami, Ini Sebab Rezeki Lelaki Ini Sempit

    coverpoligami
    Poligami memang dibolehkan dalam Islam, siapa kita untuk menghalang apa yang dibenarkan Allah SWT. Namun, orang tidak menentang poligami tanpa sebab.

    Seperti kisah dibawah ini. Bertahun-tahun isteri dan anak-anak ditipu oleh lelaki yang sepatutnya menjadi tempat untuk mereka bergantung hidup. Peluang demi peluang diberikan, namun si suami tidak juga sedar dan menghargai pengorbanan isteri. Ayuh jadikan kisah ini sebagai teladan agar sentiasa 'mengukur baju di badan sendiri' sebelum berpoligami.

    Poligami Bukan Hal Remeh!

    pologami
    Sekadar Gambar Hiasan
    Ramai lelaki seronok bila bercakap tentang topik poligami. Seronok bila punyai isteri lebih dari seorang. Seronok memikirkan nikmat batin yang boleh dirasai. Wahai lelaki, bacalah kisah ini moga menjadi panduan dan pedoman di hari muka.
    Aku seorang anak lelaki, dan hari ini akan aku kisahkan hakikat sebenar poligami kepada anda semua terutamanya lelaki. Perihal poligami bukan hanya sekadar berkhawin lebih dari seorang, tetapi ia jauh lebih berat dari itu.

    Rumah Isteri Kedua Hanya Jarak Berjalan Kaki!

    Kisah ini adalah berkenaan ayah aku. Pada tahun 1998, ayah aku kantoi dengan mak aku bahawa dia mempunyai perempuan simpanan . Pada masa tersebut dia sudahpun ada seorang anak dengan perempuan tersebut. Mak aku pada waktu itu sibuk menjaga kami adik beradik yang masih kecil, dan mungkin kerana mak aku sibuk menjaga anak-anak lalu ayah aku ambil kesempatan untuk menikah lain. Walaupun masa itu aku berusia 7 tahun, aku masih ingat saat mak aku bawak semua adik-adik beradik aku, ada yang berdukung, ada yang dalam stroller pergi rumah perempuan itu. Lebih mengejutkan, rumah perempuan itu hanya jalan kaki saja jaraknya! Dekat! Mungkin dlm 200-300 meter away. Semestinya mak aku terkejut dan kecewa dengan tindakan ayah aku untuk bernikah lain walhal rumahtangga dijaga elok, hari-hari masak, kemas rumah dan jaga anak-anak. Apa lagi yang ayah aku mahu?
    Setibanya di rumah perempuan itu, ayah aku ada dalam rumah perempuan itu maka mulalah mak aku mengamuk sehinggalah ayah aku melafazkan cerai terhadap perempuan tersebut secara lisan dan bertulis. Mak percaya bahawa ayah tidak lagi berhubung dengan perempuan tersebut dan cerita ini berakhir disini. Sejak dari peristiwa tersebut, perniagaan ayah tidak menjadi dan bankrup. Tiada wang yang mencukupi kami terpaksa pindah ke rumah nenek ( mak kepada ayah ) buat sementara waktu. Mak berniaga kuih dan nasi lemak setiap pagi ayah pula mula bekerja sebabai pemandu teksi untuk mencari duit belanja demi anak-anak.
    Hari-hari si ayah keluar mencari rezeki namun bila pulang malam hanya sedikit saja duit belanja yang ada untuk mak. Mak bersabar kerana begitulah suami isteri, susah senang bersama, perlu bertoleransi. Lagipun duit pendapatan jual kuih dan nasi lemak juga ada sedikit untuk meringankan beban keluarga. Tahun berganti tahun, ada sahaja yang tidak kena. Teksi ayah kerap rosak dan sewa teksi semakin tertunggak. Selalu juga mak keluarkan duit simpanannya untuk bantu ayah bayar sewa tertunggak, kos baiki atau kos deposit keluarkan teksi baru. Mungkin Allah nak duga, mak bersabar lagi.

    Rezeki Makin Sempit Kerana Tipu Anak Isteri!

    15 tahun kemudian (2013)
    Rezeki si ayah nampaknya semakin sempit, teksi yang dibawa semakin kerap rosak walaupun sudah bertukar-tukar kenderaan. Wang tidak juga pernah cukup diberikan sehingga terpaksa meminjam pak long, pak ngah dan adik beradiknya yang lain. Kadangkala ayah kata terima job outstation, mungkin hantar orang ke Penang, Kedah atau mana-mana tempat lain. Jadi dia tidak pulang dan bermalam di sana. Jika tak cukup duit, dia akan minta mak keluarkan simpanan mak untuk dipinjam. Si emak pun berilah duit untuk kos minyak dan hotel untuk dia bermalam di sana. Sehinggalah, satu hari emak mendapat berita dari makcik-makcik ( gossip girls) yang mereka pernah lihat si ayah bersama dengan perempuan lain (perempuan yg diceraikan 15 tahun lepas ). Retak seribu hati si emak. Sepanjang 15 tahun sudah berlalu rupanya si ayah ini masih ligat menipu dan berdusta. Maka tidak hairan rezekinya sempit dek berdusta tak sudah. Dan bertambah kecewanya hati si emak, perempuan itu tinggal di daerah yang sama dan mendapat tahu sudah punyai 2-3 orang anak pula. Bila dia rujuk semula? Tidak cukupkah mak dah beri dia peluang untuk tidak menipu lagi?
    Pada waktu itu, aku pelajar tahun akhir IIUM. Serabut juga kepala otak memikirkan emak yang sedih kerana ditipu suami selama lebih dari 15 tahun. Emak yang tidak pernah kisah bersusah bersama, menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, masak hari-hari, mengasuh anak-anak, menyiapkan pakaiannya hari-hari. Mak tak pernah makan malam sebelum ayah pulang. Begitu setianya emak, begitu butanya ayah. Selepas mendapat tahu, maka hari-hari mak ayah bergaduh. Ayah juga pernah pukul emak sehingga lebam-lebam. Abang-abang aku kerja, jadi akulah yang lebih fleksibel untuk pulang ke rumah menenangkan dan melindungi emak. Pointer drop sikit demi sedikit nasib baik tahun akhir, dapat juga grad 2nd class ;)
    Pernah sekali aku bermaki-makian dengan ayah aku dan hampir bertumbuk namun pak cik aku sempat menarik aku ke rumahnya untuk ditenangkan. Kini si ayah semakin terdesak duit, rupanya dia banyak berhutang, hutang kawan-kawan, hutang adik-beradik, hutang along dan ceti pun ada. Duit itu kami semua tak tahu kemana. Barangkali untuk menyara keluarga sebelah sana. Lebih mengeruhkan keadaan, perempuan itu memaki, menfitnah mak aku di Facebook. Mak pernah terbaca mesej antara dia dan ayah. Barangkali jika dia kata dia outstation, sebenarnya dia tidur di rumah sana.
    Kes semakin melarat, aku bawa mak ke mahkamah syariah. Mereka dipanggil untuk kaunseling. Mak kemudian, membuat permohonan fasakh. Saat itu baru emak buka cerita bahawa si ayah ini pernah ada rekod jenayah cabul sewaktu kami kecil. Namun didiamkan kerana bimbangkan anak-anak membesar tanpa ayah. Kami cari rumah sewa kerana bimbang si ayah akan bertindak gila memberi tekanan kepada emak. Dalam tempoh setahun, si ayah memujuk si emak untuk pulang semula ke rumah lama. Si emak tidak berbincang dengan anak-anak terus pulang ke sana. Kes fasakh ditarik semula.

    Banyak Cara Lain Nak Murah Rezeki

    July 2016,
    Dalam tempoh ini, emak cuba untuk lupakan hal si ayah dan bini sundalnya itu.
    Si ayah tidak bekerja sudah lebih setahun. Kami anak-anak memberikan sedikit duit belanja semampu kami. Emak, ligat menjual kuih keripap, kaswi dan kuih raya. Si ayah mula berkopiah dan sering ke masjid. Namun, sering juga dia meminta wang untuk bayar ceti. Masalahnya, duit yang dipinjam itu tak pernah pun mak rasa dan tak tahu menahu jika tiada orang beritahu. Pasti untuk perempuan sundal itu. Dia minta bukan sedikit tetapi RM7,000. Dia mula naik gila, menghalau emak dari rumah itu, sedangkan rumah itu batu batanya semuanya hasil titik peluh mak berniaga. Dia tidak bekerja, dan terus menipu saja. Katanya berambus engkau. Dan bila mak minta dilepaskan, dia kata berikan 30 ribu dahulu baru dia lepaskan. Video ada dirakam oleh emak. Aku pun pelik dengan ayah aku ini. Kenapa dia masih nak menzalimi mak, menganiaya mak? Pergilah berambus dengan perempuan sundal tu.
    Dia mula menyuruh abang sulungku membuat pinjaman peribadi. Katanya akan bayar semula RM300 sebulan. Sedangkan, duit belanja emak, RM50 sebulan pun dia tidak beri. Dia mula menengking nengking. Sifat sebenar dia sudah mula ditonjolkan. Kopiah di kepala hanya sandiwara. Kali ini aku bertumbuk dengan dia. Akhirnya, aku ke mahkamah buka semula kes fasakh, dan mahkamah membenarkan untuk bawa mak keluar. Kes akan dibicarakan bulan hadapan, doakan agar kali ini kes selesai noktah.
    Berpoligami itu memang sunnah nabi. Tapi banyak yang perlu dititikberatkan. Isteri yang baik, hargailah. Jangan kita hidup dengan menipu isteri/ suami. Allah itu Maha Adil. Jangan memandang enteng isu poligami.
    Ini kisah benar, aku saksi satu per satu nikmat Allah tarik dari ayah aku. Kini, dia hutang keliling pinggang, ceti along sedang mencari. Rumah yang lama sudah dituntut tuan tanah, kereta, simpanan langsung tiada. Isteri yang selama ini yang menyokong sudah tiada, anak-anak sudah pun beri peluang namun masih yang sama, memudaratkan. Kami anak-anak lelaki perlu lindungi emak. Kerana dia syurga, dia segalanya. Aku hanya minta mak aku dilepaskan dari seksaan ini. Emak juga ada hak hidup bahagia.
    Jika kau kata berpoligami murah rezeki, aku kata tidak. Banyak lagi cara lain untuk murah rezeki.
    Sekian.
    – Adam
    Sumber: IIUMC | ohbulan

    Anak Hanya Suka Makanan Manis – Wanita Ini Kongsi Pengalaman & Cara Nak Atasi Anak ‘Picky Eater’ Sebelum Terlambat

    Posted: 22 Jul 2016 09:50 AM PDT

    anak picky eater
    Ibu mana yang tidak risau jika anak tak mahu makan atau 'picky eaters', hanya memilih untuk makan makanan manis atau berperisa. Kebiasaan anak-anak yang memilih makan ini akan menyebabkan tubuh mereka kurus dan tidak sihat.
    Seperti dikongsi wanita yang berpengalaman mempunyai anak 'picky eaters' ini, anaknya hanya suka benda manis, junk food dan makanan merapu sahaja. Pelbagai cara dah dilakukan sehinggalah dia temui kaedah berguna nak atasi masalah ini. Macam mana tu? Jom baca.

    Bashir tak suka makan, hanya suka benda manis, junk food & makanan merapu

    Maafkan mama, Bashir.
    Dulu Bashir tak suka makan. Hanya suka benda manis, junk food dan makanan rapu. Bila mama masak dia akan rasa sikit dan cakap "Macam tak sedap je" atau buat muka nak muntah. Kadang2 dia tengok je, rasa pun tak nak masakan mama sebab memang dia tak suka "real food".
    Bashir jadi macam tu sebab salah mama. Mama tak masak untuk dia masa baby dulu.
    Bashir start solid food dengan ready made bijirin bayi yang dimomokkan sihat tu, terpengaruh dengan iklan. Setiap hari minum air berkultur yang penuh gula tambahan masa umur belum mencecah setahun. Dalam peti ais penuh stok air manis tu khas untuk dia.
    Nasib baik sempat sedar kesilapan dan usaha cari ilmu untuk pemakanan sihat anak- anak.
    Alhamdulillah atas ilmu Allah.
    ————-
    Ni saya nak kongsi pengalaman saya bagaimana saya berjuang untuk revert balik supaya Bashir tak jadi picky eater.
    Bashir sejak umur 3 bulan saya dah start bagi nestum, tak pernah buat puree. Tiada kesedaran untuk homemade food atau healthy food, semua saya sumbat Bashir makan.
    Bila dah umur setahun lebih mama ada jugak masak bubur2 sikit tapi memang Bashir reject dan nampak macam tak selera. Masa nak wean off, sy tersilap langkah lagi dengan bagi minuman berkultur tinggi yang penuh dgn gula sebagai ganti susu ibu.
    Jadi dalam fridge di rumah memang penuh dgn stok air tersebut untuk Bashir. Sampai satu tahap Bashir tidak lagi mahu consume plain water, ini sangat bahaya sebab boleh menyebabkan kencing manis dan merosakkan buah pinggang. Kemudian saya beri susu formula perisa coklat kepada Bashir kerana bimbang tak cukup kalsium, yang pada hakikatnya susu tu penuh dgn gula.

    Tapi mama tak pernah putus asa, mama terus masak dan masak

    Sampai Bashir berumur lebih kurang 4 tahun dia langsung tak nak makan makanan yang mama masak, kerana terlampau suka dengan benda2 yang manis. Rasa sangat bersalah dengan Bashir sebab tak jadi mama yang baik. Mama dah insaf.
    Untuk adik kembar Bashir, masa twins dah 6 bulan ke atas mama dah start masak utk twins dan berazam nak ubah pemakanan anak2. Sebab dah lihat sendiri kesan buruk kepada Bashir.
    So twins memang mama jaga betul2 pemakanan sejak umur 6 bulan smpai 2 tahun memang without garam,gula or even kicap (seminima mungkin). Setiap hari pergi nursery tak pernah tak bawa bekal breakfast,lunch dan snack homemade.
    Bila Bashir tengok mama masak untuk twins, Bashir sikit pun tak heran nak makan. Malah bila suruh rasa dia akan buat muka nak muntah. (entah2 mama perasan masak sedap.. :p )
    Tapi mama tahu memang dia tak dibiasakan sejak baby untuk makan masakan di rumah, apalagi yang sihat2 tanpa garam gula atau ajinomoto.
    Paling mama tak boleh lupa, satu hari mama masak bubur pulut hitam favourite Bashir kalau pergi rumah nenda. Mama masak memang ala2 nenda buatla, cukup semua..tapi bila Bashir rasa " Emm..macam tak sedap sangat je"
    hahaha..aduila…
    Itu bubur yang manis, kalau masak nasi goreng lagilah Bashir tak pandang. Dia lebih suka makan oreo, biskut tiger dan sebagainya daripada makan nasi. Even kalau makan di luar atau mana2 pun memang Bashir tak sentuh sangat nasi/ makanan berat.
    Tapi mama tak pernah putus asa, mama terus masak dan masak. Sampai satu tahap mama dapat detect yang bashir suka bila mama masak mee hailam, atau pasta dengan soup. Jadi mama pelbagaikan lagi menu, bila masak fikir apa yang Bashir suka nak makan.

    Jangan paksa dia makan sampai habis, cukup sekadar rasa

    Salah satu cara untuk handle anak yg picky eater ni kita jangan paksa dia untuk makan/habiskan makanan, cukup sekadar rasa. Bashir sebenarnya memang saya tahu dia tak nak rasa dulu.bila dah rasa baru tahu sedap sebenarnya mama masak hehe.
    Saya ada terbaca dalam buku "French Kids Eat Everything" cara orang French mengajar anak-anak makan ialah dengan santai tanpa paksa. Bila anak enggan makan contohnya ibu bapa akan cakap:
    "Its okay..You don't need to eat it..you just need to taste it"
    Jadi bila anak dengar oh tak perlu makan pun hanya rasa je. Sekali dah rasa makanan tu macam sedap kan terus makan habis. Dari situ anak-anak akan biasa dengan real food dan jadi tak memilih makanan.
    Alhamdulillah, syukur sebab sekarang Bashir dah tak memilih…sukarela makan sayur, mama masak semua Bashir makan walaupun tanpa perisa tambahan. Ajinomoto diharamkan di rumah saya.
    Apa yang Bashir suka semua Bashir suruh mama buat. contoh donut Bashir suruh mama belajar buat sebab dia nak makan yang mama buat.
    So inilah sedikit pgalaman membesarkan anak picky eater, saya tak pernah bagi dia makan suppliment untuk tambah selera. Saya hanya pegang konsep "He needs real food & healthy food"

    Jangan pernah introduce makanan manis dan berperisa, jangan beli junk food

    Sebenarnya anak2 kecik telan je semua makanan sihat yang kita buat. Semuanya sedap bagi mereka. Kita jangan introduce makanan manis2 dan berperisa. Malah kita sendiri pun jangan beli junk food. Kena kurangkan pengambilan gula. Ingat, kebanyakan penyakit adalah hasil dari apa yang kita makan.
    Alhamdulillah suami saya, Mohd Yazid Ismail support usaha saya untuk bagi yang terbaik pada anak2. Saya tahu ada kawan2 yang tak dapat sokongan dari suami, mungkin sebab suami tak nak tengok isteri penat dan banyak habis masa pasal hal ni.. pastu mereka pun rasa kurang perhatian dari isteri :p Padahal ini untuk kebahagian dia jugak sebab jika anak2 hidup sihat ceria, hati suami isteri akan tenang dan bahagia. Para suami kena support isteri.
    Kawan2, jom kita cari ilmu pasal pemakanan sihat, untuk anak2 dan diri sendiri.
    Kalau boleh kita kurangkan beli processed food seperti nugget,sosej,burger,bebola dan lain2 untuk anak2. Saya pun belajar buat sendiri dan frozenkan. Sekarang saya juga dah gunakan himalayan pink rock salt dan organic raw cane sugar untuk masakan dan minuman. Masih belajar untuk buat sourdough dan gluten free.
    Cegah sebelum terlambat. Kita sama- sama kongsi ilmu. Saya akan selalu share arikel yang saya baca, tip-tip dan resepi pemakanan sihat Insha Allah.
    sumber: Widyana Ali

    "Aku Hal Aku, Kau Hal Kau" - Kata-Kata Adi Putra

    Posted: 22 Jul 2016 09:25 AM PDT

    "Aku Hal Aku, Kau Hal Kau" - Kata-Kata Adi Putra
    Gambar: Adi Putra memegang watak sebagai Jai dalam filem KL Gangster

    KUALA LUMPUR - Setelah 3 hari berdiam diri, akhirnya Adi Putra tampil membuka mulut memberi kenyataan mengenai dakwaan beliau berkahwin lagi tanpa pengetahuan isterinya, Aida Yusof. 

    "Saya akan adakan sidang media untuk penjelasan dan saya tetap kotakan janji saya. Cuma saya ingin mengenal pasti, sumber yang mana memberi keterangan kepada wartawan Harian Metro, sedangkan ada baiknya ia datang dari mulut saya sendiri. 

    "Dan sumber yang memberi itu tidak perlu mencampuri urusan rumah tangga saya dan meletakkan sebagai kasihan," katanya 7 jam yang lalu di laman Instagram. 

    Dalam kenyataan yang sama, Adi Putra menegaskan, beliau tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.  

    Rakan artis, Betty Rahmad juga turut memberikan sokongan kepada Adi Putra. 

    "Dah bertahun kenal Adi Putra dan Aida Yusof. Dia seorang suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab. Same goes to Kak Aida. Yang tak kenal dan tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam dari buat andaian sendiri dan menambah dosa. Semua benda ada hikmah. Take care Adi!" katanya. 

    "TQ once again Betty, it's better halal dan haram.." balas Adi Putra. 


    Jelas Adi Putra lagi, beliau amat menyayangi keluarganya namun tidak gemar apabila ada orang lain mencampuri urusan keluarganya sebagaimana beliau juga tidak pernah menganggu hidup orang lain. 

    "Orang suka ke, tak suka ke, itu adalah pilihan mereka dan kita tak boleh paksa mereka. Aku hal aku, kau hal kau. Halal lebih baik dari zina, berkahwin lebih (baik) dari zina. Berdiam lebih baik dari mengumpat. Manusia hanya berani di jari untuk tulisan tetapi bila diajak bersemuka, jadi diam. Lumrah," katanya.

    Para peminat Adi Putra juga tidak putus-putus memberikan sokongan kepada pelakon utama drama Cinta Si Wedding Planner itu. Selain dari meminta Adi Putra bersabar dengan kerenah pelbagai pihak yang dianggap 'menyibuk' tentang urusan rumah tangganya. - PIXEL MEDIA

    "Genap 7 Tahun Kakak Aku Menghilangkan Diri..."

    Posted: 22 Jul 2016 09:22 AM PDT


    Ceritanya, keluarga kami orang susah. Ayah dan abang ngah selalu berhenti kerja. Kami menjadi semakin susah apabila abang long meninggal dunia. Dua tahun selepas itu, kakak dapat tawaran sambung belajar. Kakak seorang yang sangat tabah bagi aku, dia buat bermacam-macam kerja untuk menyara hidup dia kerana tidak mahu membebankan ibu. 

    Sebelum kakak habis belajar, keluarga aku kembali stabil. Dapat beli kereta baru, tetapi tak lama. Dua bulan sebelum kakak habis belajar, ayah berhenti kerja lagi. Bila kakak habis belajar, dia tekad mencari kerja di seberang walaupun banyak lecturer dia yang cari untuk bagi geran master. Kakak menolak. Aku pernah ternampak kakak sugul dalam bilik seorang diri. 

    Syukur alhamdulillah tidak lama selepas itu, kakak dapat kerja dan mampu menanggung kami sekeluarga. Kami beli rumah baru dan berpindah. Sejak dari itu, kakaklah yang menanggung segala perbelanjaan keluarga. Dari bayar kereta, rumah, belanja sekolah, senang cerita gaji ayah dapat disimpan untuk ayah dan ibu saja. Kakak tanggung abang juga bila dia berhenti kerja dan tiada duit. 

    "Siapa lagi nak jaga keluarga kita kalau bukan kita sendiri?" kata kakak. 

    Satu hari bila aku pulang dari sekolah, aku tengok semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupa-rupanya kakak dimarahi oleh abang ngah sebaik saja pulang dari kerja, malam tadi. Abang ngah tuduh kakak selalu balik lambat sebab pergi buat maksiat dan kawan-kawan dia juga nampak kakak berbuat demikian. 

    Ayah dan ibu diam seribu bahasa. Malam itu kakak dipukul dengan teruk. Kakak cuba mempertahankan diri. Kakak cakap dia kerja di Singapura naik kenderaan awam. Jammed, penat lagi. Mana ada masa nak melepak-lepak semua? Jam 6 pagi lagi dah keluar, malam jam 8 lebih baru sampai rumah dan begitulah rutin hariannya.

    Aku mengakui apa yang dikatakan oleh kakak itu memang betul sebab aku kenal kakak aku yang jenis hanya akan keluar berjumpa dengan kawan bila hari cuti sahaja. 

    Tetapi, alasan kakak itu tidak diendahkan menyebabkan dia semakin teruk dipukul, disepak dan ditumbuk. Tiada seorang pun yang mempertahankan kakak. 

    Esoknya aku bangun solat, aku tengok muka kakak, bengkak-bengkak. Tangan kakak berbalut sebelah. 

    "Takpe, hari ini kakak pergi. Satu hari nanti kebenaran akan datang juga," katanya sambil bersiap. 

    Kakak tinggalkan rumah yang dibeli atas namanya sendiri. Kakak bawa kereta ke mana pun aku tak tahu. Kebetulan pula kakak baru gaji, dia tinggalkan jumlah yang secukupnya untuk kami. Seminggu kemudian, ada orang datang menghantar kereta ke rumah. Kata mereka, kakak yang suruh. 

    Betul kata kakak, tidak lama selepas itu, abang ngah mengaku dia marah dan pukul kakak tempoh hari sebab kereta, rumah semua itu di atas nama kakak. Dia sengaja buat cerita untuk buang kakak dari keluarga. Aku tengok, ibu dan ayah benar-benar menyesal dan cuba mencari kakak tetapi kami hanya menemui jalan buntu. 

    Setiap bulan, kakak akan memasukkan duit dalam akaun bank ibu. Kalau raya, banyak juga kakak berikan. Memang kami hidup mewah, semua di atas hasil titik peluh kakak yang kami tak tahu di mana. 

    Bila aku masuk IPTA, aku dapat sebuah kereta Toyota Hilux. Terkejut bukan main! Orang yang hantar itu kata kakak aku yang belikan dan kakak pesan belajar rajin-rajin. Sekarang dah nak masuk tahun 3, kami masih tidak dapat menghubungi kakak. Apa yang aku tahu, kakak sekarang berada di Jerman. Itu pun sebab kakak ada hantar barang masa aku di hostel. 

    Aku cuma berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak habis belajar, kakak masih menyepi. Aku respect kakak aku sebab dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kami. Tidak dpernah orang datang minta hutang, tidak pernah kami kurang makan pakai. Siap boleh hantar ibu dan ayah ke Mekah. 

    Tetapi, semua duit kakak bank in dan semua urusan melalui orang tengah. Apa yang kami tahu, semuanya sudah tersedia di depan mata. 

    Tanbahnya kakak hidup sebatang kara. Khilafnya kami kerana tidak nampak pengorbanan seorang kakak. Aku harap confession ini dapat diviralkan agar kakak dapat baca. Kami semua rindukan kakak. 

    Abang Ngah pun dah ada dua anak. Tanpa kakak di sisi, aku rasa kosong sebab kakaklah yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan dan menyulam sabar di saat kami susah dahulu. - Laila | PIXEL MEDIA

    Erdogan Isytihar Darurat 3 Bulan Di Turki, Rupanya Ini Sebab Kenapa Perlu Isytihar Darurat

    Posted: 22 Jul 2016 09:08 AM PDT

    PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan berucap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara di Istana Presiden di Ankara. - Foto AFP

    ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat tiga bulan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan lebih berkesan terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam cubaan rampasan kuasa, minggu lalu.


    Erdogan berkata langkah itu sejajar dengan Perlembagaan Turki dan tidak menyalahi sebarang peraturan undang-undang dan asas kebebasan rakyat Turki.

    Perintah darurat yang dikuatkuasakan selepas diwartakan secara rasmi akan membolehkan Presiden dan Kabinet melangkaui Parlimen untuk meluluskan undang-undang baharu selain mengehadkan atau menggantung hak dan kebebasan sekiranya perlu.

    Erdogan membuat pengumuman itu dalam siaran langsung televisyen di hadapan barisan menteri Kabinetnya selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang berlarutan selama lima jam - Reuters

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad