Header Ads

Close
  • Semasa

    (Video) Bangun Pagi, Wanita Ini Terkejut Tengok Ular Sawa 5 Meter Dalam Bilik Tidurnya..

    (Video) Bangun Pagi, Wanita Ini Terkejut Tengok Ular Sawa 5 Meter Dalam Bilik Tidurnya..

    Australia, 23 Jun - Seorang wanita terkejut apabila paginya dihiasi dengan penemuan tetamu yang tidak diundang - seekor ular sawa 5 meter panjang dan 40 kg berat yang melingkar di hujung katilnya tidur.

    Laporan ABC News melaporkan, Ms Julie Birrell, yang ketika itu menginap di rumah rakan, Trina Hibberd, di North Queensland dua hari lepas, terkejut apabila terdengar bunyi bising haiwan itu melanggar lampu.

    "Ia memang sangat menakutkan", kata Ms Hibberd yang memuat naik gambar ular sawa itu di Facebook.
    Selain itu Hebberd juga turut memuat naik satu video yang merakamkan bagaimana ular yang panjang itu menegangkan dirinya melalui dinding di luar hingga ke bahagian dalam bilik.

    Penangkap ular, Dave Goodwin telah dipanggil untuk menangkap ular tersebut sebelum melepaskannya berhampiran loji rawatan air di kawasan belukar.

    "Kami mengunci diri kami di dalam bilik tidur dan cuba menangkap lehernya. Dia kemudian melingkar tangan saya tapi kami sempat memasukkannya ke dalam bekas", kata Goodwin.

    Difahamkan, ular itu bukanlah 'pendatang asing' buat isi rumah itu.
    Ular yang dipanggil Monty itu pertama kali di lihat oleh Ms Hibberd pada 15 tahun lalu ketika dia sedang mandi. Sejak dari itu, Ms Hibberd percaya ular terbabit tinggal di atas bumbung rumah terbabit.

    "Kami tahu ular itu ada di situ tapi ia tidak pernah masuk ke dalam", katanya. - Siakapkeli.my

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad