Header Ads

Close
  • Semasa

    SUBHANALLLAH !! Kurma Ajwah, Favorit Rasulullah, Cegah Diabetes dan Jantung, Sangat Menyihatkan Menurut WHO...

    SUBHANALLLAH !! Kurma Ajwah, Favorit Rasulullah, Cegah Diabetes dan Jantung, Sangat Menyihatkan Menurut WHO...


    Pada bulan suci Ramadhan, kurma selalu menjadi andalan menu sahur dan berbuka. Tak tanggung-tanggung, Rasulullah sendiri menganjurkan untuk berbuka puasa dengan buah kurma.

    Adalah Ajwah, jenis kurma paling tersohor. Disebutkan dalam hadis, Rasulullah pernah bersabda "Barangsiapa memakan tujuh butir kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun
    maupun sihir "

    Kurma ini juga disebutkan sebagai kurma nabi, sebab penamaannya merujuk pada kanak-kanak dari sahabat Salman Alfarisi yang bernama Ajwah yang mewakafkan kebun kurmanya untuk perjuangan Islam. Sehingga hasil kurma dari kebun itu begitu subur dan unik.

    Buah kurma Ajwah mempunyai penampilan berbeza dari kurma lain, bentuknya lebih kecil dengan warna hitam yang lebih ketara. daging buahnya pun lebih kering dan legit.

    Untuk jemaah haji, kurma Ajwah seolah oleh-oleh yang perlu dibawa pulang bagi mereka yang ke Tanah Suci.

    Hasil kajian saintis, kurma kaya akan protein yang mencapai 1.8 hingga 2.0 peratus. Selain itu, buah ini mempunyai serat gula, vitamin A dan C, mineral zat besi, kalsium, sodium dan potasium.

    Badan Kesihatan Dunia (WHO) pun membuat kesimpulan kandungan gula di dalam kurma berbeza dengan buah lain. Kerana, gula di dalam kurma tak perlu dipecahkan oleh enzim sebelum menjadi glukosa.

    Kandungan di dalamnya juga bebas dari risiko penyakit jantung dan diabetes, lantaran terdapat zat besi dan kalsium di dalam buah kurma.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad