Header Ads

Close
  • Semasa

    SAYU !! Zalim & Lebih Teruk Dari Binatang! – Luahan Gadis Ini Kecewa 3 Ekor Kucingnya Mati Diracun Jiran

    SAYU !! Zalim & Lebih Teruk Dari Binatang! – Luahan Gadis Ini Kecewa 3 Ekor Kucingnya Mati Diracun Jiran

    kau bunuh kucing aku header
    Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila korang memelihara kucing. Kucing adalah teman yang setia dan korang tidak akan merasa sunyi melayan karenahnya.

    Amat menyedihkan apabila tiga ekor kucing ini mati didakwa akibat diracun jiran, satu persatu kucing tersebut mati selepas tidak mampu lagi menahan bisa racun tersebut. Kami cukup tidak faham bagaimana segelintir manusia yang sanggup mendera malah ada yang membunuh dengan meracun binatang yang tidak berdosa ini. Agaknya dah hilang akal!

    3 ekor kucing mati selepas memakan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk warna biru (racun)

    plastik yang mengandungi racun collage
    Plastik yang mengandungi racun & sisa bilis yang dibuang ke dalam longkang
    Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing2 kami. Bukan seekor tapi 3 ekor! Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk warna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.

    Cuba bagi minum air kelapa, namun tak lama lepas tu mulutnya berbuih

    Pada awalnya kami cuma tersedar seekor saja yang tiba2 berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tak lama lepas tu, seekor lagi berbuih mulut nya. Ok, kami yakin ini memang diracun! Terus pergi rumah jiran tersebut, sah memang ada ‘umpan’. Masa yang sama jugak seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan tu. Kami bawak kucing tu balik, dan bagi nya minum air kelapa. Namun tak lama lepas tu mulutnya pula berbuih.

    Seekor demi seekor mengerang kesakitan & mati di depan kami

    Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor mengerang kesakitan dan mati didepan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi air kelapa, air arang, air tanah dan air garam sebagai penawar. Kucing2 kami cuma mampu bertahan sekejap sahaja, kerana racun tersebut terlalu kuat. Kucing2 kami tak mampu untuk bersuara, hanya gelisah meronta menahan sakit. Namun dari pandangan matanya kami tahu mereka meminta tolong. Beratnya derita yang dilalui. Kalaulah penderitaan itu dapat kami tanggung Ya Allah…

    Seekor kucing baru saja melahirkan anak & seekor lagi sedang bunting

    Lebih menyedihkan bila mengenangkan kucing kami yang baru saja melahirkan anaknya minggu lepas, dan seekor lagi sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak. Semuanya pergi sekelip mata. Kau memang kejam jiran! Tahukah anda hukuman diakhirat kelak? Sekiranya anda tidak tahu, perlu kah anda berniat jahat terhadap haiwan?

    Moga kamu dapat balasan setimpal!

    Memang aku benci kau jiran! Macam mana kucing2 aku terseksa, moga kamu rasa balasan yang setimpal. Allah maha adil.
    Pada penduduk TAMAN BATU GAJAH PERDANA, PUSING, PERAK sila berjaga jaga dengan manusia seperti ini. Mereka tidak berperikemanusiaan kerana mereka lebih teruk dari binatang!
    sumber: Farah Fasci | ohbulan

    2 ulasan:

    1. Memang aku simpati sungguh kepada tuan punya kucing2 tu. Kepada jiran yang meracuni kucing2 tu, hang tunggu sajalah balasannya nanti kalau memang betul niat hang saja2 nak buat naya kat kucing2 tu. Cuma aku pun dok tertanya2 jugak pasai apa dok tak dok dia pi bubuh racun tu. Tuan kucing jaga elok2 tak kucing2 dia tu???? Atau dia cuma tau bela, bab berak kencing kucing dia tak ambil peduli. Rumah jiran2 yang jadi sasaran. Kalau la hakikatnya macam ni, rasanya tuan kucing la yang patut bertanggungjawab. Aku rasa beban dosa akan beralih dari jiran kepada tuanpunya kucing. Wallahuaklam.........

      BalasPadam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad