Header Ads

  • Semasa

    Pecah Berita!! Selangor Bina Mahad Tahfiz Terbesar Di Sabak Bernam

    SHAH ALAM : Mahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

    Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi mahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang juga Adun Sabak.

    Bagi mahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk mahad tersebut.

    “Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.
    “Tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.

    “Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.

    Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar.

    “Saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat kepada 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi,” katanya.

    Dalam majlis semalam, sebanyak RM 2.7 juta diperuntukkan kepada masjid dan surau seluruh negeri bagi sumbangan program moreh Ramadhan.

    Sebanyak 394 majid menerima RM 1,650 manakala 196 surau solat Jumaat menerima RM 1,250 dan 1,883 surau lain menerima RM 1,000.

    Sumber: Selangorku.

    1 ulasan:

    1. Tujuan utama diadakan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran usaha yang sangat baik, terpuji dan inysAllah memang banyak sambutan.

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad