Header Ads

  • Semasa

    Suspek Utama Kes Bunuh Zulfarhan Muat Naik Status Pelik Dalam Sosial Media Beberapa Hari Sebelum Arwah Meninggal

    Suspek Utama Kes Bunuh Zulfarhan Muat Naik Status Pelik Dalam Sosial Media Beberapa Hari Sebelum Arwah Meninggal

    Suspek Utama Kes Bunuh Zulfarhan Muat Naik Status Pelik Dalam Sosial Media Beberapa Hari Sebelum Arwah Meninggal Rakyat Malaysia baru-baru ini digemparkan dengan kes dera dan bunuh Arwah Zulfarhan yang menjadi bualan netizen. Rata-rata mahukan hukuman yang setimpal dijatuhkan kepada mereka yang terlibat dalam kes tersebut. 

    Suspek Utama Kes Bunuh Zulfarhan Muat Naik Status Pelik Dalam Sosial Media Beberapa Hari Sebelum Arwah Meninggal


    Walaupun kes ini masih dalam perbicaraan, netizen sempat melakukan siasatan sendiri dan hasilnya juga amat mengejutkan. Menurut sumber, suspek utama bunuh iaitu Zuhairi merupakan kawan baik kepada arwah Zulfarhan. Mereka berdua saling melakukan aktiviti yang disediakan universiti bersama. 

    Netizen juga berjaya menemui akaun lama sosial Zuhairin. Menurut laporan media, penderaan terhadap arwah Zulfarhan dilakukan pada 22 Mei lalu dan Zuhairi telah memuat naik status ini pada 30 Mei seperti ucapan supaya cepat sembuh. Tweet yang dimuat naik oleh Zuhairi adalah beberapa hari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya. 




    Ramai netizen percaya bahawa tweet tersebut ditujukan kepada Zulfarhan. Suspek utama juga dipercayai telah mencari video bagaimana untuk merawat luka melecur pada kulit. Ini menambahkan spekulasi bahawa Zuhairi cuba merawat lecur yang ada pada arwah. Pada ketika ini, arwah disembunyikan dengan menempatkannya di sebuah apartmen. 

    Zuhairi juga sempat memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya dengan kapysen berbunyi 'Past is Past'. Gambarnya itu dipercayai bersama rakan-rakannya. Gambar tersebut telah menjadi perhatian netizen dan ramai netizen membuahkan pendapat mereka mengenai kejadian tersebut. 


    Melalui bedah siasat, setiap ruang tubuh Zulfarhan mempunyai kesan melecur dari seterika. Badan mangsa dipegang dan mulutnya ditekup untuk mengelakkan dia menjerit. Namun begitu, kes ini masih dalam perbicaraan dan kita mengharapkan bahawa keadilan dapat ditegakkan dan mereka yang bersalah hendaklah dikenakan hukuman yang setimpal. #Justice4Farhan

    Sumber: Kaki Share

    1 ulasan:

    1. budak2 yang membuli tu miliki otak sasau dan gilababi... mereka xde mak bapak ke hingga snggup siksa org mcm itu... pergi berjihad pun takut tapi siksa org berani pula ...tui

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad