Header Ads

  • Semasa

    Ini Respon Shukri Yahaya Berkaitan Hantar Mesej Tidak Senonoh Untuk Goda Wanita

    Ini Respon Shukri Yahaya Berkaitan Hantar Mesej Tidak Senonoh Untuk Goda Wanita

    Ini Respon Shukri Yahaya Berkaitan Hantar Mesej Tidak Senonoh Untuk Goda Wanita Pagi ini kami dikejutkan dengan berita dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle telah mendedahkan bukti bergambar merupakan mesej beliau bersama seorang pelakon yang terkenal kini.


    Ini Respon Shukri Yahaya Berkaitan Hantar Mesej Tidak Senonoh Untuk Goda Wanita


    Mesej yang agak tidak senonoh dan menggoda itu didakwa dihantar oleh Shukri Yahaya kepadanya dan menerusi kapsyen Sarah di Instagram, beliau meluahkan rasa meluatnya dengan aktor berkenaan dan merasa kurang senang dengan sikap aktor tersebut.

    Walaubagaimanapun, Shukri menerusi portal mStar Online menafikan dakwaan liar tersebut dan menyifatkan wanita itu sengaja mencetuskan publisiti murahan untuk meraih perhatian ramai.

     Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri. Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan. Stop making stupid people famous.

    Shukri tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan berkaitan hal ini kerana tidak mahu melayan sesuatu perkara yang remeh. Tambah Shukri lagi, beliau enggan ambil kisah pendedahan palsu itu kerana semua orang boleh menjadi dirinya dengan meletakkan gambar profile beliau dan seterusnya menyamar dengan cara berbalas mesej tersebut.



    Zaman penuh teknologi ini memang pelbagai perkara boleh dilakukan untuk menjatuhkan maruah orang lain termasuk menyamar untuk menjadi orang lain. Bersabarlah Shuk dengan perkara ini, anggaplah ia dugaan menjadi anak seni.

    Sumber: mStar Online via viralpurba

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad