Header Ads

  • Semasa

    Ada Banyak Gambar Saya Dalam Istana, Kenapa Gambar di Pagar Juga Yang Viral? - Kata Boy Iman


    Ada Banyak Gambar Saya Dalam Istana, Kenapa Gambar di Pagar Juga Yang Viral? - Kata Boy Iman - Baru-baru ini tersebar gambar pelakon, Norul Iman ABd Rahman, atau Dato Boy Iman yang dilaporkan menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), dengan gambar dirinya berdiri di depan pintu masuk Istana Pahang Kuala Lumpur.

    Gambar yang viral di media sosial itu menerima kecaman netizen yang mendakwa pelakon berusia 37 tahun itu sengaja mencari publisiti murahan. 

    Ada Banyak Gambar Saya Dalam Istana, Kenapa Gambar di Pagar Juga Yang Viral? - Kata Boy Iman



    Bagaimanapun, Boy tampil memberi penjelasan mengenai anugerah yang diberi serta sebab mengapa dia bergambar di pintu masuk Istana Pahang Kuala Lumpur itu.

    "Saya ada membawa jurukamera, namun dia tidak dibenarkan mengambil gambar saya di dalam istana kerana pihak istana sudah ada jurukamera yang ditetapkan pihak berkenaan.

    "Tidak salah jika saya mengambil peluang bergambar di hadapan pagar Istana Pahang Kuala Lumpur menggunakan jurukamera yang saya bawa sendiri sebagai kenangan," katanya.

    Menurut Boy, dia menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk itu pada 24 Mei lalu.
    "Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada juga memuat naik beberapa gambar ketika menerima darjah itu dalam istana yang diberikan oleh jurukamera istana yang saha di Instagram menggunakan nama 'boyiman_dbiriansjeneral'. Tetapi mengapa gambar di depan pagar itu yang menjadi bualan pengguna laman sosial.

    "Ini adalah tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, cuba menjadi gambar itu viral di laman sosial," katanya kepada Harian Metro, semalam.

    Walaupun begitu, Boy telah memaafkan pihak yang berbuat demikian dan menganggap apa yang berlaku itu sebagai perkara positif. Malah berterima kasih kepada pihak berkenaan yang membantunya mendapatkan publisiti untuk perniagaannya sekarang.

    "Sempena Ramadan, bulan baik ini tidak baik kalau kita nak marah-marah orang. Saya bukan tidak ambil peduli, sebaliknya nak ucap alhamdulillah saja apa yang berlaku," katanya.

    http://www.thereporter.my/2017/06/ada-banyak-gambar-saya-dalam-istana.html

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad