Header Ads

  • Semasa

    Susulan Kes Mat Over Menampar David Teo Di Hadapan PM

    Susulan Kes Mat Over Menampar David Teo Di Hadapan PM

    Susulan Kes Mat Over Menampar David Teo Di Hadapan PM PUTRAJAYA: Kekecohan kecil yang tercetus membabitkan insiden pelawak Sulaiman Yassin menampar penerbit filem David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Razak, berakhir dengan baik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai. 


    Susulan Kes Mat Over Menampar David Teo Di Hadapan PM


    Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Mat Over dan Teo bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Perdana Menteri dan moderator sesi 'Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni', Datuk Rosyam Nor, di Seri Perdana di sini, malam tadi. Insiden bermula apabila Teo seolah-olah mempersoalkan cara Rosyam mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan. 

    Program disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di laman sosial Facebook itu, memperlihatkan Rosyam menegur Teo yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri. Rosyam kemudian memberi laluan kepada Teo menyatakan pandangan dan penerbit filem itu mula berpantun. Bagaimanapun, belum sempat Teo menghabiskan pantunnya, Mat Over tiba-tiba tampil lalu menampar Teo. 

    Kejadian spontan itu segera dileraikan oleh pasukan keselamatan dan kedua-duanya dibawa keluar dari tempat dialog berlangsung. Ia turut menjadi viral di pelbagai platform media sosial. Rosyam dan Najib kemudian meneruskan sesi dialog bersama hadirin. Kira-kira 400 pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan selebriti menyertai sesi dialog berkenaan. Sementara itu, Teo ketika ditemui mendakwa tidak mengenali Mat Over. 

    Namun, dia memaafkan tindakan pelawak itu kerana menganggap Mat Over tidak sengaja mencederakannya. "Ini bukan gimik antara saya dan Rosyam. Saya menegur Rosyam kerana tidak memberi peluang kepada tetamu di belakang untuk bertanya. "Itu pertanyaan pada Rosyam, tiada niat kurang ajar. Saya tidak niat mempertikaikan cara Rosyam mengendalikan dialog berkenaan. 

    "Mat Over datang meluru dan menumbuk dahi saya sehingga cermin mata tertanggal dan saya terjatuh ke atas Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob. "Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Saya pun tidak mengalami kecederaan, setakat ini tiada kesan lebam lagi, "katanya. 

    Sementara itu, Mat Over berkata, dia berfikir terlebih dulu sebelum menampar Teo kerana menganggap cara penerbit filem itu biadab. "Saya tidak fikir apa yang saya lakukan keterlaluan kerana tindakan saya hanya untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin negara yang dihormati. Perdana Menteri menjadi tuan rumah acara ini. 

    "Saya tidak menyesali tindakan ini kerana bagi saya kerana Teo tidak menghormati kedudukan Rosyam bersama Perdana Menteri. Kita seharusnya sebagai rakyat Malaysia harus bersifat saling menghormati dan beradab," katanya. Mat Over berkata, apa yang berlaku harus memberi pengajaran kepada Teo supaya tidak mengulangi keterlanjuran itu.

    Sumber: Berita Harian

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad