Pokok Ini Menghasil Elektrik, Remaja 15 Tahun Ini Buktikan...

Pokok Ini Menghasil Elektrik, Remaja 15 Tahun Ini Buktikan... - Naufal Raziq merupakan remaja lelaki yang berasal daripada Langsa Lama, Aceh dan kini berusia 15 tahun. Beliau lahir daripada keluarga yang susah dan tinggal di kawasan pendalaman.

Pokok Ini Menghasil Elektrik, Remaja 15 Tahun Ini Buktikan...

Pokok Ini Menghasil Elektrik, Remaja 15 Tahun Ini Buktikan...

Hasil kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu dan keinginan yang tinggi untuk membantu masyarakat kampungnya, maka Allah mengurniakan ilham kepadanya untuk menghasilkan elektrik daripada pohon kedondong. Setelah melakukan berpuluh-puluh cubaan, akhirnya beliau berjaya menjadikan pohon kedondong sebagai sumber elektrik untuk rumahnya. 

Kemudian perkara tersebut diaplikasi kepada rumah-rumah di kampungnya. Jika dulu, kampungnya terpaksa bergelap dek tiada elektrik namun kini masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Kini nama Naufal Raziq bergema di seluruh Indonesia dan mendapat perhatian daripada pihak pimpinan negara.

Pokok Ini Menghasil Elektrik, Remaja 15 Tahun Ini Buktikan...

Kesusahan hidup mengajar kita erti kejayaan. Kesusahan juga mendesak kita untuk terus mara ke hadapan tanpa menyatakan 1001 alasan dalam mengapai cita-cita. Kesusahan itu melepaskan kita daripada cengkaman kelalaian dan kealpaan duniawi. 

 Begitulah jua perumpamaan kepada pejuang agama Islam. Dunia ini penuh dengan dugaan dan keperitan yang terpaksa ditempuh. Kejian, makian itu merupakan makanan bagi pejuang dek kehadiran mereka akan menyusahkan golongan mungkar. 

 Kesusahan kalian dalam berdakwah dan mempertahan kesucian agama sama ada dalam bidang politik, muamalat dan sebagainya akan menatijahkan kebahagiaan di Akhirat kelak. Kesusahan, keperitan, makian itu akan hilang ada pun pahala itu tetap kekal di dalam buku amalan. Justeru, terus mara dan istiqamah dalam melakukan ketaatan! 

 Sumber: Faris Mahfuz via mydebat.com

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top