Header Ads

  • Semasa

    Maafkan kami tidak dapat selamatkan awak berdua .. Izani dan lin terkapai-kapai terus tenggelam - Luahan Sayu Ili Aqila (8 Gambar)

    SAYU !! Maafkan kami tidak dapat selamatkan awak berdua .. Izani dan lin terkapai-kapai terus tenggelam - Luahan Ili Aqila (8 Gambar)
    Maafkan kami tidak dapat selamatkan awak berdua .. Izani dan lin terkapai-kapai terus tenggelam - Luahan Sayu Ili Aqila (8 Gambar) - Ipoh: Ili Aqila dan rakan nya Nur Sadieq  agak terkilan kerana mereka hanya mampu melihat kawan mereka terkapai-kapai  dihanyut arus deras dan tenggelam seterusnya meragut nyawa mereka berdua, Ila menceritakan detik bagai mana mereka boleh ke lubuk ular untuk mandi.

    Maafkan kami tidak dapat selamatkan awak berdua .. Izani dan lin terkapai-kapai terus tenggelam - Luahan Sayu Ili Aqila (8 Gambar)


    "Kami pada mulanya merancang untuk mandi di Lubuk Timah namun Izani (Muhammad Izani Shaiful Anuar, 18) beritahu di Sungai Lubuk Ular lagi bagus", kata Ili Aqila  Ahmad Najib,15.
    Ili Aqila adalah seorang daripada rakan Muhammad Izani dan Fadzlin Ilyana Fauzi Amir, 15, yang lemas ketika mandi di Sungai Lubuk Ular, Kampung Juang, Simpang Pulai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

    Difahamkan, kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan mereka dipercayai mandi di kawasan sungai berkenaan sebelum Fadzlin dipercayai lemas menyebabkan Muhammad Izani cuba menyelamatkannya namun kedua-dua mereka lemas.
    Ili Aqila ketika menceritakan kejadian itu berkata, Fadzlin terjun dari atas batu sebelum dipercayai lemas menyebabkan dia bersama Muhammad Izzani serta seorang lagi rakan mereka Nur Sadieq Hafizi Hamidun, 18, cuba menyelamatkannya.







    Katanya, bagaimanapun Fadzlin dan Muhammad Izani hanyut ke tengah sungai berikutan arus deras manakala dia dan Nur Sadieq dihanyutkan ke darat.
    "Saya nak pergi tolong Fadzlin namun Muhammad Izani melarangnya dan menyuruh saya ke darat kerana bimbangkan keselamatan saya, Muhammad Izzani kemudiannya cuba membantu Fadzlin namun terlepas.
    "Kedua-dua mereka kemudiannya terkapai dan hilang dari pandangan," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
    Ili Aqila berkata, Nur Saqieq kemudiannya berlari ke arah jalan besar untuk mendapatkan bantuan sementara dia menunggu di lokasi dalam keadaan panik dan cemas.
    Sementara itu, ibu kepada Fadzlin, Faridah Shuib, 40, berkata, anaknya itu menujukkan perubahan beberapa hari sebelum ini apabila kurang bercakap dan lebih suka menyendiri.
    "Untuk tahun ini, kami tidak pernah berbuka puasa bersama lagi walaupun dalam satu rumah kerana dia lebih suka menyendiri dan duduk di dalam bilik sedangkan sebelum ini dia tidak seperti itu," katanya.
    Dalam pada itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Mohammad Yusof Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.54 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
    Katanya, operasi mencari dan menyelamat kemudiannta dijalankan dan berjaya menemui mayat remaja perempuan di dasar sungai sebelum mayat remaja lelaki ditemui tiga meter dari mayat rakannya itu.
    "Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat."Operasi ditamatkan jam 4.12 petang," katanya. Al fatihah

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad