Najip Ali Hina PM Malaysia, Dipecat Dari Maharaja Lawak Mega 2017

Najip Ali Hina PM Malaysia, Dipecat Dari Maharaja Lawak Mega 2017 - Akibat persenda Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak dalam satu program TV di Singapura, juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Najip Ali dilaporkan telah dipecat. Memetik sumber info, Najip yang juga pengacara popular dari Singapura itu bakal digantikan berikutan dakwaan mengenai tindakannya.

Najip Ali Hina PM Malaysia, Dipecat Dari Maharaja Lawak Mega 2017

Najip Ali Hina PM Malaysia, Dipecat Dari Maharaja Lawak Mega 2017

Pengganti beliau bakal diketahui pada Jumaat ini menerusi siaran langsung MLM bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna. Difahamkan, tempat Najip bakal digantikan dengan seorang lagi bekas pengkritik program realiti lawak popular itu. 

Sementara itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi enggan mengesahkan mengenai perkara itu. “Buat masa sekarang pihak kami tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya ringkas.

Najip Ali Hina PM Malaysia, Dipecat Dari Maharaja Lawak Mega 2017

Dalam program berjudul OK Choppe terbitan Mediacorp 5 itu, Najip dan beberapa selebriti dari Singapura dikatakan tidak sensitif dengan budaya dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia apabila sengaja menjadikan Perdana Menteri sebagai bahan jenaka. 

Dalam program itu, artis terbabit diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan dua perkataan iaitu “Najib slams… for threatening Malaysia progress” dan perkataan yang tertinggal itu adalah `fake news‘

Artis terbabit kemudian menyambung ayat itu dengan kata-kata yang menghina dan merendah-rendahkan pemimpin negara. - ADC

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top