BEGITU CEPAT SAYANG PERGI.. ISTERI KOPERAL FARID IPD KERIAN MAUT TERSEPIT KEMALANGAN PAGI TADI (6 GAMBAR)

BEGITU CEPAT SAYANG PERGI.. ISTERI KOPERAL FARID IPD KERIAN MAUT TERSEPIT KEMALANGAN PAGI TADI (6 GAMBAR)

BEGITU CEPAT SAYANG PERGI.. ISTERI KOPERAL FARID IPD KERIAN MAUT TERSEPIT KEMALANGAN PAGI TADI (6 GAMBAR)PARIT BUNTAR : Hancur luluh hati seorang suami melihat jasad isteri yang terbujur kaku di Hospital. 

Pagi tadi isteri yang sihat dan ceria memulakan perjalanan nya untuk ketempat kerja namun tidak di sangka itu adalah perjalanan terakhir dirinya apabila dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan diri nya maut.

BEGITU CEPAT SAYANG PERGI.. ISTERI KOPERAL FARID IPD KERIAN MAUT TERSEPIT KEMALANGAN PAGI TADI (6 GAMBAR)


Akhbar melaporkan perjalanan seorang kakitangan sebuah bank tempatan ke tempat kerja tidak kesampaian apabila dia maut setelah terbabit kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran Sungai Rawa di sini, pagi tadi.

Mangsa, Nur Fatin Mohd Narzeri, 25, berasal dari Bagan Tiang, di sini, maut di lokasi kejadian setelah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki melanggar belakang sebuah lori muatan satu tan.






Mangsa yang merupakan isteri seorang anggota Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kerian, Lans Koperal Mohd Farid Firdaus Zakaria, bekerja sebagai kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Changkat Jering, meninggalkan seorang bayi perempuan berusia setahun 3 bulan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian jam 9.50 pagi, mangsa sedang dalam perjalanan dari rumah keluarga di Kampung Parit Haji Awi, Bagan Tiang ke tempat kerja di pejabat BSN cawangan Changkat Jering.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa sedang mengekori sebuah lori muatan satu tan.

"Siasatan awal polis mendapati lori dipandu seorang lelaki hendak membelok ke sebuah tempat di lokasi jalan bertentangan dan sudah memberi lampu tanda belok lebih awal.

"Mangsa berkemungkinan tidak menyedari isyarat lampu belok diberi pemandu lori terbabit, tidak sempat mengelak lalu sedikit terlanggar belakang lori yang sedang memperlahankan kenderaan untuk membelok.

"Kesan perlanggaran menyebabkan bahagian hadapan kereta mangsa terjejas teruk sebelum kereta mangsa terpusing di tengah jalan raya bersama lori tersebut," katanya sewaktu menziarahi keluarga mangsa di bilik mayat Hospital Parit Buntar, di sini hari ini.

Turut hadir Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain, barisan pegawai dan anggota IPD Kerian. Al fatihah buat Arwah semoga suami nya tabah kehilangan isteri tersayang.

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top