Suami tangkap isteri dengan lelaki bertatu bukan seagama dibilik .. isteri serah diri kerana budi (2 Gambar)

Suami tangkap isteri dengan lelaki bertatu bukan seagama dibilik .. isteri serah diri kerana budi (2 Gambar) - Kuala Terengganu : Luluh hati seorang suami apabila melihat isterinya berada dalam bilik di sebuah hotel dalam keadaan mengaibkan bersama lelaki bukan beragama Islam.

Suami tangkap isteri dengan lelaki bertatu bukan seagama dibilik .. isteri serah diri kerana budi (2 Gambar)
Dalam serbuan jam 7.35 pagi, wanita berusia 27 tahun berkenaan mendakwa menjalin cinta dengan lelaki terbabit selepas dikatakan terhutang budi selepas teman lelakinya itu membantu dari segi kewangan untuk memajukan perniagaannya.
Hubungan sulit di antara wanita berusia 27 tahun itu bersama pasangannya terbongkar selepas bilik di sebuah hotel di Kuala Nerus yang disewa mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 7.35 pagi, Selasa lalu.

Suami tangkap isteri dengan lelaki bertatu bukan seagama dibilik .. isteri serah diri kerana budi (2 Gambar)



Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dibuat susulan aduan daripada suami wanita tersebut yang membuat intipan sebelum memaklumkan kepada penguat kuasa.

Jelasnya, suami berusia 30-an itu mengambil keputusan membuat siasatan selepas curiga dengan perubahan sikap isterinya yang sering mengamuk setiap kali dia tidak mengizinkan untuk keluar dengan lelaki tersebut.
“Sebelum ini isterinya sering memberi alasan keluar bersama lelaki itu kerana urusan perniagaan, namun sejak kebelakangan ini, hubungan mereka dilihat agak ‘pelik’ di mata suaminya.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari si isteri akan keluar bersama lelaki itu, malah suaminya merasa hairan kerana isterinya kuat melawan dan akan mengamuk apabila tujuannya untuk keluar dengan lelaki tersebut dihalang,” katanya.

Wan Mohd berkata, perasaan curiga suaminya semakin membuak apabila melihat lelaki cina itu dengan selamba mengambil isterinya di hadapan rumah mereka dengan sebuah kereta, awal pagi, hari kejadian.

“Nekad untuk mengetahui status sebenar pasangan itu, lelaki tersebut mengambil keputusan mengekori kenderaan itu tanpa disedari pasangan terbabit sebelum kecewa apabila melihat isterinya dengan selamba masuk ke dalam sebuah hotel dengan lelaki itu.

“Meskipun terlalu marah dan kecewa dengan sikap isterinya, lelaki itu tidak mahu bertindak sendiri kerana bimbang akan keselamatan dirinya sebelum mengambil keputusan menghubungi penguat kuasa,” katanya.

Kata Wan Mohd, semasa serbuan dilakukan, pasangan didapati bersekedudukan mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk disiasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top