"2 perempuan Melayu bertudung curi telefon kami" - Mangsa

"2 perempuan Melayu bertudung curi telefon kami" - Mangsa

"2 perempuan Melayu bertudung curi telefon kami" - Mangsa - Telefon bimbit seorang wanita dicuri dua wanita tempatan ketika berada dalam kedai pakaian sebuah pusat beli-belah.

Dalam kejadian jam 5.55 petang, 15 Mac 2017, di Sunway Pyramid, Elaine Lai, berada dalam premis berkenaan untuk mencuba beberapa pakaian, sementara dua lagi rakan perempuannya menunggu di luar. 

"Saya letak telefon bimbit di dalam beg. Tak sampai lima minit kemudian, saya cuba mengambil telefon bimbit saya semula dan mendapati ia tiada dalam beg dan telah dicuri. 

"2 perempuan Melayu bertudung curi telefon kami" - Mangsa


"Kejadian yang sama turut berlaku pada seorang wanita dan kami terus memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati telefon bimbit kami dicuri dua perempuan Melayu bertudung," katanya. 

Berdasarkan video CCTV, dua suspek berkenaan berpura-pura menjadi pelanggan premis itu sebelum menghampiri dan menyeluk tangan dalam beg mangsa, sementara seorang lagi rakannya berpura-pura menarik perhatian juruwang di kaunter bagi melindungi perbuatan rakannya itu.

Posting Facebook Elaine Lai yang telah dikongsi sebanyak 6,422 penggunanya mengecam dua wanita berkenaan yang jelas sekali memalukan bangsa Melayu dan agama Islam. 

Justeru, Elaine menasihatkan orang ramai agar berhati-hati. 


Posted by Elaine Lai on Wednesday, March 15, 2017

Posted by Elaine Lai on Wednesday, March 15, 2017

Kes seumpama ini telah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka. Orang ramai diingatkan agar sentiasa menutup beg tangan atau beg sandang dengan rapi dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan kehilangan barang berharga. - The Reporter

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top