Mydebat.com

Mydebat.com


Live Streaming Keputusan Selangor Vs Kedah 1.3.2017

Posted: 28 Feb 2017 08:08 AM PST

Selangor Vs Kedah

Live Streaming Keputusan Selangor Vs Kedah 1.3.2017 - Selangor dan Kedah meneruskan saingan bola sepak Liga Super Malaysia musim 2017 serta membuat perhitungan dalam perlawanan ketujuh (7) yang dijadualkan berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada hari Rabu, 1 Mac 2017. Selangor pastinya tidak akan melepaskan peluang ber­aksi di hadapan penyokong sendiri untuk mencari tiga mata penuh yang sangat penting selepas berjaya menumpaskan Kelantan 2-0 pada perlawanan yang lepas.

Live Streaming Keputusan Selangor Vs Kedah 1.3.2017

Bagaimanapun, Selangor tidak harus memandang rendah terhadap kemam­puan pasukan Kedah sebaliknya menghormati pasukan itu yang menewaskan Pulau Pinang 3-1 di laman sendiri pada perlawanan minggu lepas(6). Aksi perlawanan Selangor menentang Kedah sudah pasti menjadi tumpuan oleh kedua-dua penyokong yang mahu menyaksikan keupayaan pasukan mereka dalam usaha meraih mata serta meletakkan pasukan di kedudukan terbaik liga, selain melihat kelangsungan prestasi pasukan bagi menghadapi saingan perlawanan seterusnya. Live Streaming Keputusan Selangor Vs Kedah 1.3.2017

Keputusan Terkini Siaran Langsung Selangor Vs Kedah 1.3.2017  Liga Super Malaysia

Perlawanan di antara pasukan Selangor menentang Kedah berlangsung di Stadium MP, Selayang bermula pada jam 9:00 malam, Rabu. Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan ketujuh(7) Liga Super Malaysia 2017 membabitkan pasukan Sarawak lawan (lwn) JDT yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh. Live Streaming Keputusan Selangor Vs Kedah 1.3.2017

Perlawanan 28.2.2017 (Selasa) Siaran Langsung Keputusan Liga Super Malaysia 28 Februari 2017

SarawakSarawak Logo Bola Sepak0 – 2JDT Logo Bola SepakJDT
8:15PMLive Score
PahangPahang Logo Bola Sepak3 – 0PKNS FC Logo Bola SepakPKNS FC
9:00PMLive Score

Perlawanan 1.3.2017 (Rabu) Siaran Langsung Keputusan Liga Super Malaysia 1 Mac 2017

PerakPerak Logo Bola Sepak0 – 0Kelantan Logo Bola SepakKelantan
9:00PMLive Score
Pulau PinangPenang Logo Bola Sepak0 – 0Melaka Logo Bola SepakMelaka United
9:00PMLive Score
SelangorSelangor Logo Bola Sepak0 – 0Kedah Logo Bola SepakKedah
9:00PMLive Score
T-TeamT Team Logo Bola Sepak0 – 0Felda United Logo Bola SepakFelda United
9:00PMLive Score

Keputusan Perlawanan 25.2.2017 (Sabtu) Siaran Langsung Keputusan Liga Super Malaysia 25 Februari 2017

PKNS FCPKNS FC Logo Bola Sepak2 – 3Sarawak Logo Bola SepakSarawak
4:45PMLive Score

Felda UnitedFelda United Logo Bola Sepak2 – 2Perak Logo Bola SepakPerak
9:00PMLive Score
JDTJDT Logo Bola Sepak3 – 0T Team Logo Bola SepakT-Team
9:00PMLive Score
KedahKedah Logo Bola Sepak3 – 1Penang Logo Bola SepakPulau Pinang
9:00PMLive Score

KelantanKelantan Logo Bola Sepak0 – 2Selangor Logo Bola SepakSelangor
9:00PMLive Score

Melaka UnitedMelaka Logo Bola Sepak1 – 3Pahang Logo Bola SepakPahang
9:00PMLive Score

Tags: keputusan Selangor Vs Kedah 1.3.2017, Keputusan Terkini Siaran Langsung Selangor Vs Kedah, Live Streaming Selangor Vs Kedah, Siaran Langsung Selangor Vs Kedah, 

"Isteri Tiada Sesiapa Lagi Setelah Berkahwin Dengan Suami"

Posted: 28 Feb 2017 06:26 AM PST

"Isteri Tiada Sesiapa Lagi Setelah Berkahwin Dengan Suami"
"Isteri Tiada Sesiapa Lagi Setelah Berkahwin Dengan Suami"
Gambar hiasan | @HijabFotografi

Saya setuju dengan apa yang Ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali 'mati' untuk kita (suami). Secara zahirnya mereka sedang melahirkan anak untuk kita, tetapi hakikatnya mereka 'sedang mati' untuk kita. 

Saya selalu berpesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki, hargailah isteri walau apa pun yang terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan yang ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat membahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. 


"Isteri Tiada Sesiapa Lagi Setelah Berkahwin Dengan Suami"


Ketahuilah bahawa, isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan berharap agar kita mampu menjaga anak mereka dengan baik. 

Tiba-tiba hari ini, kita dengar kes suami pukul isteri, suami curang dengan isteri. Mula tidak menyayangi isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki yang sanggup menceraikan isteri dan meninggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata masalah yang kecil? 

Kita sebagai suami sepatutnya melindungi mereka, membimbing mereka, menjaga amanah yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima tetapi kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan? 

Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri, cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati si kawan itu. 

Sebab itulah saya berpesan kepada remaja sekarang, kalau sukakan perempuan, niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan menghargai mereka sampai mati. 


"Isteri Tiada Sesiapa Lagi Setelah Berkahwin Dengan Suami"


Cinta memerlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki dan kepala untuk mendapatkan Cinta Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup korbankan kekayaan demi Allah dan Rasul. 

Begitu jugalah jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketapikan kehendak kita. Berusaha menunaikan kehendak pasangan. 

Suami isteri etiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu pada pasangan. Luangkan masa untuk mendengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian. 

Tuan puan, banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat menyelesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun yang dapat menenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun yang dapat membahagiakan kita kecuali Allah. 

SAYU !! Terlepas Dari Tangan Bapa, 2 Kanak-kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat 4

Posted: 28 Feb 2017 04:31 AM PST

SAYU !! Terlepas Dari Tangan Bapa, 2 Kanak-kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat 4

SAYU !! Terlepas Dari Tangan Bapa, 2 Kanak-kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 - TIANJIN, CHINA - Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli belah, malam semalam, lapor Shanghaiist. 

Sebelum kejadian jam 9 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan adik perempuannya, 2 tahun, sedang didukung oleh bapa mereka, berhampiran penghadang kaca di tingkat empat pusat beli-belah tersebut. 

Si bapa yang cuba melihat ke tingkat bawah (B1) untuk mencari isterinya bagaimanapun gagal mengimbangi badan lalu menyebabkan anak sulungnya terjatuh. 

SAYU !! Terlepas Dari Tangan Bapa, 2 Kanak-kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat 4


Ketika lelaki itu cuba menyelamatkan anak sulungnya, malangnya anak kecilnya pula terlepas dari tangan menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke aras B1. 

Kedua-dua mangsa terjatuh dengan kepala mereka terlebih dahulu terhempas pada lantai tingkat itu dan maut serta merta di tempat kejadian. 

Si bapa segera berlari ke aras B1 untuk mendapatkan kedua-dua mangsa. Malangnya mereka sudah tidak bernyawa. 

Tangisan kesedihan lelaki itu membuatkan orang ramai yang melihat kejadian itu sedih dan bersimpati.


Posted by 朱光明 on Monday, February 27, 2017

Posted by 朱光明 on Monday, February 27, 2017

Gambar kejadian itu juga viral di media sosial mengundang rasa simpati netizen. Ada segelintir netizen yang menyalahkan lelaki itu kerana cuai sehingga menyebabkan dua anaknya terbunuh.

Bagaimanapun, tampil beberapa netizen yang lain menasihatkan orang ramai elakkan memuat naik komen-komen yang tidak baik dan menyatakan kejadian itu boleh berlaku pada sesiapa sahaja meskipun dalam sudah mengambil langkah berjaga-jaga.

Polis tiba di tempat kejadian dan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut. - The Reporter

Terdengar Tangisan, Rupanya Ada Bayi Digantung di Tingkap Rumah

Posted: 28 Feb 2017 04:24 AM PST

Terdengar Tangisan, Rupanya Ada Bayi Digantung di Tingkap Rumah

Terdengar Tangisan, Rupanya Ada Bayi Digantung di Tingkap Rumah - KUALA KUBU BARU, SELANGOR - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui digantung di tingkap rumah di Bandar Utama Batang Kali, hari ini, lapor Harian Metro

Bayi lelaki itu ditemui oleh penghuni rumah terbabit, remaja perempuan berusia 19 tahun selepas terdengar tangisannya pada jam 7.30 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan dibalut dengan tudung hitam dan masih bertali pusat sebelum dibersihkan," katanya. 

Tempat bayi berkenaan digantung sebelum ibunya melarikan diri | Foto - Netizen
Bayi yang dipercayai warga tempatan itu kini di bawah jagaan pihak hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - The Reporter

SAYU !! Bayi 2 Bulan Diberi Makan Pisang & Biskut Marie Sejak Usia Sebulan, Maut

Posted: 28 Feb 2017 04:12 AM PST

SAYU !! Bayi 2 Bulan Diberi Makan Pisang & Biskut Marie Sejak Usia Sebulan, Maut

SAYU !! Bayi 2 Bulan Diberi Makan Pisang & Biskut Marie Sejak Usia Sebulan, Maut


DIBERI MAKAN PISANG & BISKUT MARIE, BAYI 2 BULAN INI MENEMUI ILAHI

Semalam tersebar screenshot whatsapp tentang kematian bayi berusia 2 bulan yang mati dipercayai kerana makan pisang dan biskut marie di Indonesia. Ada orang tanya saya betul ke pisang dan biskut marie boleh menyebabkan kematian tersebut. Ini ulasan saya berdasarkan info terhad pada screenshot whatsapp yang ada.

SAYU !! Bayi 2 Bulan Diberi Makan Pisang & Biskut Marie Sejak Usia Sebulan, Maut


Info yang ada:
  1. Bayi berusia 2 bulan.
  2. Diberi makan pisang & biskut marie sejak usia 1 bulan
  3. Mati kerana pneumoni berat
  4. Perut membusung berdasarkan gambar
Pemberian makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal kepada bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat. Antara tandanya ialah perut membusung (abdominal distension) kerana usus membengkak akibat pengumpulan makanan dan minuman yang terhalang. 

Apabila usus sumbat, risiko untuk bayi muntah-muntah adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika pemberian minuman atau makanan tetap diteruskan. Kebiasannya muntah (vomitus) ini keluar mengikut mulut dan kadang-kadang hidung atau tertelan semula, namun ia boleh juga masuk ke dalam saluran pernafasan hingga paru-paru (aspiration into the lung) terutamanya bagi bayi.

Apabila muntah ini masuk ke dalam paru-paru, ia menyebabkan keradangan paru-paru (pneumonia) yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Jika radang terlalu teruk (severe pneumonia = pneumoni berat), ia boleh menyebabkan kematian.

Salam.admin minta siarkan pic nie..kejadian di indonesia baby baru 2 bulan mak die kasih pisang dengan bubur ya allah sedih sngat..baby meninggal...
Posted by Info Ibu Hamil on Monday, February 27, 2017

Pengajarannya, bukan semua petua atau tradisi boleh diikut bulat-bulat. Jika ada petua yang disahkan merbahaya berdasarkan landasan ilmu, tinggalkan sahaja. 

Elakkan juga daripada jadi baik tidak bertempat dengan memberi makanan kepada anak orang lain tanpa izin ibubapanya kerana anak itu mungkin ada kontraindikasi kepada makanan tertentu. Niat memang baik, tapi caranya salah.

Beri makanan pelengkap pada usia 6 bulan bermula dengan bentuk semi-pepejal, secair yang boleh dahulu, kemudian baru ditambah kepekatannya mengikut kesesuaian.

Jika bayi muntah-muntah dan perut membusung, dapatkan konsultasi di fasiliti kesihatan dengan segera.

Nota 1: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Nota 2: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

SAYU !! "Mak, Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik?"

Posted: 27 Feb 2017 04:34 PM PST

SAYU !! "Mak, Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik?"

SAYU !! "Mak, Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik?"


16 November 2015, dunianya tiba-tiba kelam sebelum akhirnya bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata. 

"Mak, kenapa mak tak buka lampu?"

Berderau darah si ibu, hancur luluh hatinya. Dalam linangan air mata, dia mendakap tubuh anak tersayang, Muhammad Fariz Zharfan binti Roslan, 8 tahun. Dia tak dapat lupakan detik bening subuh itu, saat mengejutkan anaknya dari tidur. 

"Mak, kenapa Allah ambil balik mata Abang Chik?" 



Soalan itu acapkali ditanya Abang Chik. Hati ibu mana yang tidak pilu bila anak yang dahulunya sihat, berlari ke sana sini, gelak ketawanya menghiburkan keluarga kini tiba-tiba menjadi buta. 

"Mak, A bukan macam ni! Abang Chik tahu huruf A," 

Memasuki tahun 1 sebagai pelajar buta, bukannya mudah buat Abang Chik. Lima bulan selepas itu, akhirnya dia semakin lemah dan tidak mampu berjalan lagi. Betapalah berat ujian insan terpilih ini. Dalam sekelip mata, dari anak yang sihat tiba-tiba terlantar tanpa mampu bercakap dan bergerak lagi.

Hasil ujian MRI, doktor mengesahkan lemak yang terkumpul di dalam saraf otak, menyabkan mata dan anggota tubuhnya tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya lagi. 


Posted by Natipah Abu on Sunday, February 26, 2017

Semoga ada yang sudi berkongsi rezeki dengan anak si tukang rumah ini demi menyiapkan sebuah bilik khas untuknya yang selalu menangis mendengar adik dan abang bermain. 

Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Roslan bin Adnan 152219080908 (Maybank)
Nurbaizura binti Zakaria 152023536365 (Maybank)

013-4029609 (Puan Nurbaizura)

atau pemegang amanah:

Natipah Abu 552107617521 (Maybank)

Telefon Bimbit Hilang Punya Pasal, Sanggup Nak Potong Hos Saluran Gas Memasak

Posted: 27 Feb 2017 04:32 PM PST

Telefon Bimbit Hilang Punya Pasal, Sanggup Nak Potong Hos Saluran Gas Memasak

Telefon Bimbit Hilang Punya Pasal, Sanggup Nak Potong Hos Saluran Gas Memasak - ALOR SETAR - Gara-gara telefon bimbit hilang, seorang lelaki mengamuk sehingga cuba memotong hos saluran gas memasak di sebuah restoran di Pekan SImpang Kuala, semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, suspek berusia 37 tahun membawa sebilah pisau pemotong daging dan meluru masuk ke dalam restoran tersebut yang dipenuhi orang ramai yang ingin menjamu selera sebelum pergi ke bahagian tempat membancuh air. 


Telefon Bimbit Hilang Punya Pasal, Sanggup Nak Potong Hos Saluran Gas Memasak


Suspek menjerit, memeluk tong gas dan cuba memotong hos saluran gas menyebabkan pekerja dan pelanggan terkejut dan melarikan diri. 

Pemilik restoran segera menghubungi polis dan anggota bomba bagi menyelamatkan keadaan. 


Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Jalan Raja, Alor Setar terpaksa menggunakan satu aliran pancutan daripada jentera bomba untuk merebahkan lelaki itu sebelum berjaya ditahan dan diserahkan kepada anggota polis. 



Posted by Malaysia Menjerit on Monday, February 27, 2017


Telefon Bimbit Hilang Punya Pasal, Sanggup Nak Potong Hos Saluran Gas Memasak


Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin menafikan dakwaan netizen di media sosial kononnya suspek gila. 

"Siasatan awal mendapati lelaki itu mengamuk disebabkan tidak berpuas hati telefon bimbitnya hilang di restoran berkenaan.

"Suspek juga mempunyai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan namun ujian air kencing pada suspek didapati negatif dadah," katanya. 

Suspek direman sehingga 1 Mac untuk siasatan Seksyen 6 (1) Akta Senjata Berbahaya 1958. - The Reporter

Amy Mastura Tak Malu Wajah Berkedut

Posted: 27 Feb 2017 04:24 PM PST

Amy Mastura

Amy Mastura Tak Malu Wajah Berkedut - Ketika amalan mendapatkan rawatan botoks menjadi pilihan sebilangan wanita untuk kelihatan muda, penyanyi dan pelakon Amy Mastura menolak kaedah itu atas faktor kesan sampingan jangka panjang.

Malah wanita berusia 46 tahun itu mengakui dia tidak malu jika kedutan pada wajahnya dapat dilihat dengan ketara sekiranya dia tidak menggunakan alat solek untuk mencantikkan wajahnya.

"Tak pernah pula terlintas di hati saya nak ambil botoks. Saya takut bila bangun pagi, saya tak kenal diri sendiri.
Amy Mastura mengakui pernah mendapatkan suntikan vitamin C namun berhenti ditengah jalan.

Amy Mastura Tak Malu Wajah Berkedut

"Jadi buat masa ini saya tak perlu botoks," katanya kepada mStar Online.

Ibu kepada dua anak ini ditemui pada majlis pelancaran program bual bicara Jihan Show di ibu negara baru-baru ini.

Menerusi program itu Amy dan pelakon Zara Zya serta pelawak Syuk Jonas bertindak sebagai hos bersama Jihan Muse.

Sementara itu ketika ditanya sama ada dia pernah mendapatkan rawatan kecantikan, Amy mengakui pernah mengambil suntikan vitamin C suatu ketika dahulu.

Amy Mastura Tak Malu Wajah Berkedut

Bagaimanapun jelas Amy, suntikan berkenaan dihentikannya selepas tiga kali menjalani rawatan.

"Kalau boleh saya nak kulit cantik. Sebab itu dulu pernah ambil vitamin C secara suntikan. Tapi semuanya hanya setengah jalan.

"Kesannya memang cepat, tapi cepat juga habis. Bagi saya ambil pil vitamin C juga boleh membantu," katanya. - mStar

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top