Mat Dan Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan

Mat Dan Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan - Personaliti televisyen berbangsa Inggeris yang fasih dengan loghat Terengganu iaitu MatDan selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya pada Ahad.

Mat Dan Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan Gambar Isteri
Majlis akad nikah dilakukan secara tertutup selepas solat Asar di Bukit Chendering di sini.
Media difahamkan wanita berusia 20-an itu merupakan seorang pramugari.

Mat Dan Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan

Ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelah pagi. Gambar ihsan pembaca.

Majlis akad nikah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuklah ibu-bapa Mak Dan yang datang dari Bristol England iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler.
Pasangan pengantin terlebih dahulu bertunung pada hari yang sama, diadakan pada sebelah pagi.

Hasrat Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 28, untuk merahsiakan majlis pertunagannya itu gagal selepas gambar-gambarnya menjadi tular pada tengah hari iaitu beberapa jam selepas mengikat tali pertunangan.

MatDan fasih bercakap loghat Terengganu sejak berkunjung ke negeri itu pada tahun 2009 untuk bercuti.

MatDanpopular dalam rancangan travelog siaran Astro Prima iaitu “Mat Dan Kaki Jalan”. - mStar

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top