Header Ads

  • Semasa

    Ibu tunggal jelita ini dedah tiada makna hantaran 20K jika dapat lelaki jenis ini ? [ Video ]

    Ibu tunggal jelita ini dedah tiada makna hantaran 20K jika dapat lelaki jenis ini ? [ Video ]
    Video oleh seorang anak Mami yang dikenali sebagai Farah Elmo menjadi viral dilaman media sosial sejak semalam menjadi perbualan hangat di media sosial. Bertambah panas apabila topik yang dibicarakan mengenai perkahwinan, kerja dan duit hantaran.
    Video berkenan turut dikecam oleh netizen kerana gadis berkenaan telah membidas golongan lelaki yang mahu berkahwin namun tidak mahu memikul tanggung jawab dan berusaha mencari rezeki.
    Ini pula pandangan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal yang dikenali dengan nama Nurul berasal dari Kelantan.
    Nurul memberi serba sedikit pendapat mengenai hantaran 20K seperti mana yang disuarakan oleh Farah Elmo melaluai video nya.
    Nurul pula berpendapat tiada guna hantaran tinggi jika terpaksa berhutang selepas kahwin dan tidak mampu untuk membeli apa pun akibat masalah hutang yang ditanggung semasa perkahwinan.
    Menurut Nurul lagi dia tidak mengambil contoh orang lain dia hanya mengambil contoh diri nya yang kini bergelar ibu tunggal kerana nasib malang nya mendapat suami yang panas baran dan selalu memukul nya selepas berkahwin.
    Kata Nurul lagi tiada guna langsung jika hantaran mahal jika dapat suami macam itu, dia diceraikan dan tinggalkan sehelai sepinggang pulang ke kampung akibat dibuang suami.
    Dia gagahkan diri bangkit sebagai ibu tunggal memulakan perniagaan online demi sesuap nasi, dia kongsikan kisah nya ini sebagai panduan dan pengajaran untuk anak gadis diluar sana jangan lah terlalu mengejar hantaran mahal akhirnya menyusahkan diri sendiri.
    Pilihlah lelaki yang betul-betul menyayangi dan bertanggung jawab pada diri agak tidak susah di masa akan datang, nurul telah berkongsi video nya di laman sosialnya  dalam masa 3 jam video nya telah dikongsi hampir 5k pelayar media sosial. Credit Nurul Adeline Daud 

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad