Baju terakhir diakhir hayat mu .. mama simpan tanpa membasuh nya (6 Gambar)

Baju terakhir diakhir hayat mu .. mama simpan tanpa membasuh nya  (6 Gambar)

Baju terakhir diakhir hayat mu .. mama simpan tanpa membasuh nya  (6 Gambar) - Luahan sayu ibu yang kehilangan bayi kecilnya ini sungguh sebak. Kebahagiaan ibu ini hilang sekelip mata apabila anaknya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke wad nicu.
Sesungguh ajal dan maut sudah ditulis Allah SWT, kita sebagai hamba perlu redha dengan ujian yang diberikan walaupun perit. Siapa yang tidak sedih orang tersayang tiba-tiba pergi, dunia ini bagaikan kelam seketika.
Apa yang paling mengudang pilu adalah ayat ini yang cukup menggambarkan kesedihan dan kerinduan pada anak tersayang pada foto di bawah

Baju terakhir diakhir hayat mu .. mama simpan tanpa membasuh nya  (6 Gambar)

Antara detik mlm terakhir sebelum segalanya berubah..gambar terakhir kamu pakai baju dan tidur di rumah opah..baju yg kekal mama simpan tanpa membasuhnya
Bismilahhirahmannirahim..Assalamualaikum utk semua..setelah sebulan lebih berlalu, baru hari ini Allah titipkan sedikit kekuatan utk sy brkongsi sedikit cerita tentang pemergian putera sulung sy, Muhammad Zulfan Iskandar bin Muhammad Zulhafiz..benar, jodoh, ajal dan maut itu ditangan Allah, dan telah pun tertulis di luh mahfuz sejak azali..namun, setiap yg terjadi psti penuh hikmah yg tersirat..sy andaikan mungkin trdpt sedikit pengajaran yg dpt sy kongsi bersama kalian..
**Maaf kerana entry ini sgt panjang dan sy dah pun ringkaskan sebaik mungkin**



DISINI BERMULA
Semuanya baik2 sahaja sepanjang mengandungkan muhammad..cuma disebabkan trdpt sejarah functional ovarian cyst dan hb low smasa hamil, perlu pemeriksaan doc dua minggu sekali dan doc pakar sebulan sekali..tiba minggu yg ke 24,sy sempat brtanya pd doc pakar bila wktu sesuai utk buat detail scan..kata doc skrg wktu sesuai utk buat detail scan, tapi dia pelik knpa kami nk buat detail scan, sedangkan katanya Muhammad dlm keadaan baik shj..*silap kami tak teruskan detail scan dan mmg takdir tuhan tertulis begitu*

30/12/2016 - 10:03 PM
PUTERA YG DINANTI
Muhammad lahir kedunia selepas lebih 40jam air ketuban bocor dgn bantuan 2 ubt induce sbb bukaan lmbat..tapi slps je kamu keluar, segala kesakitan yg ditanggung seakan hilang dibawa waktu..selesai kamu dibersihkan, nurse letak kamu di carrier dlm lr, papa dtg azankan kamu dan bawa kamu pd mama..betapa gembiranya papa mndpt putera sulung yg sgt dinantikan..4 hari kita dduk dlm wad utk pantauan..tapi semuanya elok shj, dan doc xnmpak ap2 masalah pd kamu..atau mugkin mmg bukan procedure di hsptal utk buat detail checkup memandangkan keadaan luaran awak nmpk sihat..

TANDA-TANDA
Gembira hati kami bila kamu da boleh balik dan kte smbung bpantang di rumah opah..tiada tanda lain yg kamu tunjuk melainkan kami perasan, kamu sgt2 tak suka sejuk..bila mama buka seluar kamu utk tukar pampers, mmg kamu akan menangis sekuat hati, sampai hilang suara..apetah lagi kalau nak mandikan kamu..tapi kamu akan okay semula bila mama dan opah pujuk dan peluk..kamu juga tak suka bila mama dgn opah cuci pusat kamu..merah seluruh bdn kamu bila menangis..nurse yg dtg rumah pun tak nampak tanda2 pelik pd kamu sepanjang dtg check kamu..degupan jantung kamu pun normal mcm bayi lain..*silap kami tak alert dgn tanda2 kecil yg kamu tunjuk..andai kami tau mesti kami dah pun rawat kamu awal2 😢

26/01/2017
MIMPI NGERI BERMULA
Dari jam 12 mlm mama perasan kamu tak selesa, dan meragam xdpt tdo..sampai pukul 2pagi baru kamu dpt lelapkan mata sampai jam 4pagi..lps kamu sedar, kamu terus meragam merengek2..mama bg susu, kamu cuma minum kejap je dan sambung merengek lagi..sampai lama2 kamu nangis xberhenti..opah dan atuk bgun tgok kamu dan cuba pujuk, takut kamu kembung perut..tapi, kamu terus nangis kuat2 dan sampailah kamu tersedu mendatar dlm pegangan opah..mata kamu kuyu, dan badan kamu lembik..mama cuba panggil kamu, susukan kamu dan angkat tgn kaki kamu..tapi tiada respond..kamu lembik..😭

26/01/2017 - 6.00 AM
EMERGENCY
Terus kami bawa kamu ke emergency..nurse, pegawai perubatan dan semua yg bertugas cepat2 bg rawatan awal utk kamu sementara tunggu doc..menggigil2 badan mama tengok kamu diberi cpr, pasang drip, cucuk sini sana..ketakutan yg amat sgt sambil hati xhenti2 berdoa..risaunya hati kami..terus kamu ditolak naik ke nicu utk rawatan lanjut..mama cuma dpt tgok kamu dr jauh sambil tggu papa kamu smpai dr jb..

TERBONGKAR SEGALANYA
Doc dtg jumpa mama..doc bgtahu keadaan kamu kritikal..terlampau banyak asid dlm bdn..dan doc akan cuba yg trbaik utk selamatkan kamu..nk gugur jantung mama dan papa bila doc beritahu jantung kamu xnormal..kedudukan organ dalaman kamu pun terbalik..yg patutnya kekiri ada di kanan dan begitu sebaliknya..tapi itu bukanlah masalah utama, sbb fungsi bdn kamu bermasalah berpunca dari jantung..jantung kamu tak cukup injap yg sepatutnya dan saluran darah ke paru2 dari jantung tiada/tersumbat..kamu mmg istimewa syg..😢

NICU HSA JB
Pakar jantung minta kamu ditransfer ke jb mlm tu juga utk dia pantau..jam 11 mlm smpai di hsa jb, pkul 1pagi jgk doc pakar dtg tgok keadaan kamu..doc terangkan segala proses yg akan dia lakukan utk bntu kamu..dan skrg, dia cuma nk tlg keadaan kamu stabil sblm ke proses seterusnya..betapa hancurnya hati mama papa tengok kamu dgn wajar berselirat, drip ubat yg bnyk, dgn dua tiub dimulut..kamu xdpt bernafas sendiri..😭

SLOW PROGRESS
Makin hari mcm2 ubat yg doc masukkn utk tlg bdn kamu sihat semula..xsampai hati mama papa tgk kamu kena cucuk seluruh bdn utk cari line drip..urat kamu halus sgt, dan bdn kamu semakin bengkak sbb bnyk masuk air dan ubat..sampai kepala kamu pun dicukur utk pasang drip..bila buah pinggang kamu lmbat process, doc trpaksa tebuk perut kamu utk cuci drh dn keluarkan lebihan air..lama2 doc berhentikan ubt tidur kamu sbb nk kurangkan cecair yg masuk..dlm beberapa hari kamu makin sedar..gembiranya hati mama papa..opah, atok dan semua org dpt tgk kamu walaupun cuma ikut cermin..😚

SEMAKIN PULIH
Dr hari ke hari nampak perubahan keadaan kamu..kamu da buka mata, da angkat tangan, gerak kaki dan buka mulut menangis tanpa suara..kamu anak baik, xslalu susahkan nurse, xbanyak kerenah..cuma kdg2 kamu gerak2 tak nk tidur dan nk nurse borak2 dgn kamu..bila mama papa dtg kamu pandai buka mata..da pandai nk nangis bila tgok mama..mungkin kamu teringat nk mengempeng mcm yg kamu suka buat dulu..sikit2 nurse bg kamu susu ikut tiub..mama gembira walaupun kdg2 menangis sbb trlalu rindu nk pgg dn peluk kamu.

LEMAH DAN LETIH
Mama dan papa yakin sgt kamu akan sembuh..sbb makin lama kamu makin kuat dan sihat..kamu da boleh pakai topi dan sarung kaki tgn..tapi, ternyata perancangan Allah lebih hebat dan tak terjangka..siang hari tu, bdn kamu keluar bintik2 merah mcm allergic,dn kami prasan kamu nmpk lemah dn letih sgt..mata kamu kuyu je tgok mama papa..mesin pun asyik bunyi dan tertulis 'no effort from patient' dan 'low respiratory rate'..mama igtkan kamu cuma penat..mama dodoikan kamu sampai kamu terlelap dan mama papa balik..*kalaulah kami tahu itu saat terakhir dpt tgok kamu buka mata 😭

SAAT TERBURUK
Dlm pkul 10 mlm mama papa smpi nicu utk tgok kamu lg..tapi dari luar cermin pintu mama papa nmpk ramai doc di tempat kamu..kami tunggu dn tgok dr luar..sampai hati mama da tak keruan tgok mesin kamu asyik berbunyi merah..smpai satu saat, mama nmpk doc buat cpr pd kamu, doc tekan2 dada kecil kamu..dan saat itu juga nurse telefon papa, suruh dtg segera, kamu TENAT..cepat mama papa masuk dan doc terangkan keadaan kamu..jantung kamu tiba2 berhenti..dn doc cuba selamatkn dn panggil kamu kembali..doc masukkn segala ubat berdose tinggi utk tlg kamu..tapi masuk kali ke 4 jantung kamu berhenti sendiri tiba2, doc bgtahu mama papa..andai jam 12tgh mlm jntung kamu tak mampu kembali, mereka akan berhentikn process tu..paling lama doc buat cpr 30minit tanpa henti..

20/02/2017 - 00:00AM
Tepat jam 12 tgh mlm masuk hari isnin, 20hb..kesayangan mama papa pergi tiggalkan kami..seakan hilang nyawa dirasakan..bumi dipijak seakan xdijejak..lemah selemahnya..berlari mama papa dapatkan tubuh kecil kamu terbujur kaku..meraung kami saat memeluk tubuh kaku kamu yg masih hangat..bagai mimpi..segalanya sepantas kilat..hanya nama Allah yg mampu kami sebut cuba mencari kekuatan..masih berharap keajaiban kamu sedar kembali..tapi ternyata itu mustahil..😭😭😭

HARI TERAKHIR
Kami mahu bawa kamu pulang ke kg segera..selepas segala proses selesai, kamu dah pun siap dimandikan dan dikafankan, kami bawa kamu pulang..mama pangku kamu sepanjang perjalanan..3 jam prjalanan terasa begitu cepat..keluarga dah pun menunggu di kg..hanya kesedihan menyelubungi..sempat mama papa tidur disebelah kamu sementara menunggu hari siang utk mjlis thlil dan pengebumian kamu..jam 11 lebih pagi, kamu selamat dikebumikan dn papa sendiri yg meghantar kamu ke liang lahad..😩
.
.
Sebagai manusia yg penuh khilaf..kita pasti terdetik jua utk mempersoalkan takdir Allah..mengapa begini dan begitu..begitu juga sy yg xlari dr menyalahkn diri sendiri kerana tidak teliti dgn keadaan dan tanda2 sedari awal..namun takdir tuhan tiada yg dpt menghalang..pasti penuh hikmah yg trsembunyi..dan setiap ujian ada kasih sygNya..dugaan yg dtg mendekatkn kita kpdNya..kami redha, innshaa Allah..moga terselit rezeki lebih besar di masa hadapan..

Selamat jalan Muhammad Zulfan Iskandar..wildan syurga mama papa..tenanglah muhammad, damailah muhammad, berbahagialah kamu disisiNya syg..bermain lah kamu di syurga tanpa sakit dan gangguan lagi..nantikan kami..terima kasih Allah kerana meminjamkan syurga kecil yg membahagiakan kpd kami selama 9 bulan dlm kandungan dan 51hari didunia..😊
----------------------+++++-----------------------
**Pesanan sy pd semua ibu dan bakal ibu diluar sana:
-Buatlah detail scan jika termampu supaya segala masalah pd bayi dpt dikesan awal
-Buatlah pemeriksaan segera jika terdpt tanda2 yg meragukan pada bayi walaupun kecil
-Makanlah segala makanan berkhasiat sedari awal kandungan utk mengelakkan kesan2 buruk pd bayi
-Bersyukur dan sayangilah anak2 anda kerana ramai lagi ibu bapa diluar sana yg sangup melakukan apa shj termasuk menggadai nyawa andai itu mampu mengembalikan semula anak yg telah pergi, seperti kami..

Sekian, Terima Kasih.


#AlFateha
#MuhammadZulfanIskandar
#30/12/2016-20/02/2017
(Credit Shazura Nadiah Shamsir )

Semoga pasangan suami isteri ini terus tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini, Allah lebih sayang kan Muhammad Zulfanlskandar, Al fatihah 

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top