Mydebat.com

Mydebat.com


Tak Perlu Tunggu Jadi Ustaz, Anda Boleh Wakil Untuk Bacaan Doa Majlis Yang Mudah Dan Ringkas

Posted: 22 Feb 2017 03:02 AM PST

Tak Perlu Tunggu Jadi Ustaz, Anda Boleh Wakil Untuk Bacaan Doa Majlis Yang Mudah Dan Ringkas - Pernahkah tiba-tiba anda diminta menjadi pembaca doa di sesuatu majlis? Tak kiralah sama ada majlis perpisahan, majlis kesyukuran ataupun perhimpunan sesuatu.

Tak Perlu Tunggu Jadi Ustaz, Anda Boleh Wakil Untuk Bacaan Doa Majlis Yang Mudah Dan Ringkas

Di sini saya ingin berkongsi doa mudah yang boleh dibaca dan sesuai digunakan untuk semua majlis yang berbentuk ilmiah ataupun seumpamanya.


Tak Perlu Tunggu Jadi Ustaz, Anda Boleh Wakil Untuk Bacaan Doa Majlis Yang Mudah Dan Ringkas


Bacaan Doa Majlis Yang Ringkas Dan Mudah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ

وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Ya Allah Ya Ramaan Ya Rahiim, 

Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. 

Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Tak Perlu Tunggu Jadi Ustaz, Anda Boleh Wakil Untuk Bacaan Doa Majlis Yang Mudah Dan Ringkas


Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.

Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.

Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.

Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Semut Masuk Dalam Botol Gula? Cuba Petua Ni..InsyaAllah Berkesan..

Posted: 22 Feb 2017 02:59 AM PST

Semut Masuk Dalam Botol Gula? Cuba Petua Ni..InsyaAllah Berkesan

Semut Masuk Dalam Botol Gula? Cuba Petua Ni..InsyaAllah Berkesan - Semut dan gula memang tak boleh dipisahkan. Kalau balang gula tak tutup kemas, alamaknya banyak lah semut berkampung dalam tu. 

Jangan risau kami ada petua bagaimana nak semut semut tu cepatnya keluar daripada balang gula anda tu.

Bukan letak label garam dibalang gula ya.. Hehe.

Semut Masuk Dalam Botol Gula? Cuba Petua Ni..InsyaAllah Berkesan


Begini caranya..

Letak je beberapa batang kayu manis nescaya larilah semut tu. Kalau tak percaya cuba buat sekarang! InsyaAllah semut tak akan dekat dengan gula anda lagi.

Simple kan? SHARE la pada rakan-rakan anda..

Teguran Untuk Para Peninggal Solat?

Posted: 22 Feb 2017 02:55 AM PST

Teguran Untuk Para Peninggal Solat? - Saya puji Allah, sebagai tuhan yang maha besar, maha agung, maha berkuasa, maha pencipta dan maha pengampun. Yang mana, pengampunan Allah bukanlah calang-calang pengampunan. Kalau kita, bila ada orang buat salah pada kita berkali-kali, kemudian dia minta maaf, kemudian dia buat balik dan minta maaf semula, rasa-rasanya kita nak maafkan ke dia? Kalaupun kita maafkan dia, kita still tak boleh lupakan salah dia pada kita, yang mana akhirnya bila bergaul dengan dia, kita akan rasa tak sedap hati.

Teguran Untuk Para Peninggal Solat?

Tapi pengampunan Allah bukan begitu!


Walaupun kita berkali-kali melakukan dosa banyak gila bapak, lepas tu kita kononya minta ampun, lepas tu kita ulang balik, kemudian buat balik, selagi kita minta ampun, selagi itulah Allah ampunkan. Bukan itu sahaja, specialnya pengampunan Allah ialah:


"Allah maafkan segala salah kita dan melayan kita seolah-olah kita LANGSUNG TAK PERNAH melakukan dosa padaNya!!!!!"


Ya Allah, ya Allah. Tak tahu nak hurai macamana. Walaupun kita buat salah dan mungkir janji pada Allah, kita tipu Allah berkali-kali, selagi kita menangis meminta ampun pada Allah, Allah akan tersenyum kegembiraan, lantas mengampunkan kita. Baca isu taubat di SINI.


Mana nak dapat tuhan yang begini baik? Mana nak dapat? Allahlah satu-satunya tuhan yang layak di sembah dan di puji. Hanya dia yang layak kerana dia memang layak! Tapi wahai kawan….

Teguran Untuk Para Peninggal Solat?


Tapi wahai kawan-kawan yang saya sayang sekalian….


Kenapa?


Kenapa kita seolah-olah langsung tak hargai nikmat ini? Kenapa kita susah sangat nak membalas jasa Allah setelah Allah berkali-kali menghulurkan kasih-sayangNya pada kita? Kenapa? Saya malas nak sentuh isu-isu lain pada kali ini. Saya nak sama-sama kita renungi, bagaimakah SOLAT kita. Kita mendabik dada mengatakan kita cinta Allah, kita semangat melaungkan nak pemerintahan yang adil, kita semangat berselewat pada nabi, NAMUN, perkara ASAS sebagai orang islam, kita abai.


Saya kira, saya tak perlu hurai betapa RAMAINYA orang yang tak solat. Betapa ramainya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengabaikannya. Mungkin mereka benci Allah, mereka rasa Allah ni tak layak di hargai. Hidup dia hanya fikirkan cinta orang ini, cinta orang itu, putus cinta sini sana, pergi wayang, main game macam apa, dengar lagu-lagu yang berunsur haram(Baca di SINI) sehingga HATI MATI, dan langsung kita tak Nampak Allah dalam kehidupan kita. Seolah-olah, tuhan kita adalah nafsu. Apa yang kita nak jawab pada Allah? Berangan nak masuk syurga?


Atas faktor inilah, saya ingin membawa semua pembaca agar sama-sama kita berubah, faham akan perkara ini, supaya kita yang dulunya malas nak solat, benci solat, menyampah dengan solat, KEMBALI sedar, bertaubat, menangis pada Allah atas kebodohan dan kelemahan kita.


Saya kategorikan sikap orang islam berkenaan solat ni kepada TIGA golongan:


1)Golongan yang meninggalkan solat.

2)Golongan yang solat, tapi tak berjemaah.

3)Golongan yang solat berjemaah.


Adapun, saya bahagikan penulisan saya kali ini pada 3 sudut besar agar sama-sama dapat manfaat:


1)Untukmu, wahai golongan yang meninggalkan solat.

2)Isu Qodho' solat.

3)Isu Solat Jemaah.

Teguran Untuk Para Peninggal Solat?


UNTUKMU, WAHAI GOLONGAN YANG MENINGGALKAN SOLAT


Awal-awal ni, saya minta maaf, kalau teguran saya kali ni lebih berbentuk ancaman. Sebab, jujur saya kata, dah ramai gila bapak orang abaikan solat ni. Tinggalkan dengan rileksnya, lepas tu bagi alasan:


"Saya nak solat, tapi saya rasa beraaaat sangat…"


"Saya pun tak tahu, saya faham kewajipan solat. Tapi seolah-olah ada benda yang menghalang saya untuk solat…."


Dan banyak lagi alasan. Maka, saya fikir lama gakla, macamana nak bagi kita semua dah tak berani langsung untuk tinggalkan solat ni. Maka, saya dah buat keputusan, untuk guna cara yang agak kasar sedikit. Supaya, korang SENTAP. Biarlah korang benci saya, asalkan, korang jaga solat!


Ada dua jenis orang yang tinggal solat ni. Pertama, SENGAJA. Kedua, TAK SENGAJA. Contoh sengaja ialah dia memang tinggalkan tanpa sebarang keuzuran. Dia tak tenat, dia sempurna, dia tak gila. Entah apahal dia tinggal solat. Main bola bajet terel boleh je. Gi wayang dengan member, selamba je. Solat yang tak sampai 5 minit dah terketar-ketar. Apakah ini? Contoh tak sengaja ialah dia terlajak tidur. TAPI, kalau dah hari-hari terlajak, tu bukan tak sengaja. Itu sengaja namanya!! Usahalah sikit pasang alarm, suruh orang kejut, dan lain-lain. Dah tahu susah nak bangun, takde usaha langsung. Kadang-kadang, dah bangun, pastu tidur balik. Pergh.. Apakah ini wahai kawan?


Baiklah.


Korang tahu tak, apa balasan orang yang tinggalkan solat? Korang tahu tak? Ataupun, korang ingat, kalau tak solat, lepas tu taubat, settle. TAK! Korang wajib qodho segala solat yang korang tinggalkan. Kenapa? Kenapa? Dosa-dosa lain, kita taubat, Allah boleh ampunkan. Tapi, kenapa solat, kena qodho balik? Maka, saya akan kemukakan beberapa ANCAMAN YANG ALLAH DAN RASUL ANCAM bagi orang yang tak solat 5 waktu ni. Jom tengok satu-satu, dan, check diri, menangislah!


****


1)Nabi saw bersabda:


"Pemisah antara seseorang dengan kekufuran adalah solat.."


Lihatlah, sedar tak sedar, bila kita tinggalkan solat, kita seolah-olah dah jadi KAFIR. Bahkan, banyak ulama telah menyatakan bahawa, kalau kita tinggalkan satu solat dengan sengaja TANPA SEBARANG UZUR, maka kita telah jatuh kafir. Dan balasan bagi orang kafir ialah, neraka selama-lamanya. Selama-lamanya!


 Adakah bila kau sanggup tinggalkan  solat lagi bila kau dah tahu perkara ini? Orang yang beriman, dia akan menyesal, menangis dan bertaubat…


2)Nabi saw bersabda:


"Barangsiapa yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian dia mengqodho'nya, maka dia akan di SEKSA ke dalam neraka selama 1 huqub. Satu huqub bersamaan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Dan sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia!"


Gila! Ini baru satu waktu solat! Bayangkan, kalau kita tinggalkan walau hanya 1 waktu solat dengan sengaja, kita akan di seksa dalam neraka selama (360x1000x80) 28,800,000 hari di dalam neraka!! Ini baru satu waktu beb! Bayangkan berapa banyak kali dah kita tinggalkan solat dengan rileksnya, sampai dah tak ingat berapa banyak kali!


Ya rabb. Tak menggeletar ke badan kita bila fikir benda ni? Tak menangis ke kita? Tak takut ke kita? Tak menyesal ke kita? Ya Allah, ya Allah!


3)Nabi saw bersabda:


"Kedudukan solat di sisi islam adalah umpama kepala pada badan…"


Korang rasa, kalau korang takde kepala, korang boleh hidup tak? Komfem tak! Tahu tak korang, solat adalah perkara pertama yang akan di Tanya selepas iman di akhirat nanti. Yang mana, andai solat kita lepas, maka amalan lain akan mudah untuk lepas. Tapi, bila solat tak lepas, MUSTAHIL  amalan lain akan lepas.


Teguran Untuk Para Peninggal Solat?



Kerana bila kita tinggalkan solat, semua amalan baik kita Allah tak akan terima!!!


****


Saya tak mahu letak banyak lagi hadis nabi yang berunsur ancaman bagi orang yang meninggalkan solat. Saya harap, jika ada antara pembaca entri kali ini yang pernah meninggalkan solat, saya amat harap korang dapat baca sambil menangis teresak-esak.


Kerana, hati yang hidup, akan mudah terasa. Tapi hati yang mati, takkan rasa apa-apa. Seperti mayat. Tikamlah, bakarlah, kelarlah, mana rasa apa-apa! 


Saya ulang:


"Hati yang MATI, mana rasa apa-apa bila tengok maksiat. Mana rasa apa-apa bila buat maksiat. Macam mayat. Kelarlah, tikamlah, bakarlah, mana rasa apa!!"


Saya yakin. Saya amat yakin, bila korang baca ni, korang rasa sangat bersalah. Hati korang berdebar. Korang menangis, korang menyesal dan mengimbau dosa-dosa lalu. Korang rasa nak bertaubat. Korang rasa dah tak nak tinggalkan solat lagi. Korang nak jaga solat 5 waktu dengan sempurna! Tapi……….


Timbul persoalan yang biasa di utarakan:


"Ustaz, saya nak berubah. Saya nak bertaubat. Saya dah tak nak tinggalkan solat lagi. Saya tak nak! Adakah Allah akan ampunkan saya? Dan adakah saya perlu QODHO' SEMULA solat yang saya tinggalkan? Jika ya, saya dah tak ingat berapa banyak yang saya tinggalkan. Macamana saya nak qodho sebab banyak sangat? Tolong saya ustaz…."


Saya rasa, hampir 100 soalan orang Tanya pada saya masalah ini di ask.fm saya. Saya yakin korang IKHLAS nak BERUBAH DAN BERTAUBAT. Jadi, saya akan usaha untuk bantu korang tentang isu qodho solat ni. Insyallah. Moga cara ini korang dapat buat!




ISU QODHO' SOLAT


Sebagai ASAS, saya nak nyatakan di sini bahawa qodho solat adalah WAJIB. Samada kita tinggalkan solat dengan sengaja ataupun tak sengaja, kita wajib qodho juga. Kerana solat adalah merupakan HUTANG kita pada Allah. Allah dan nabi nak ajar kita bahawa solat ni bukan benda main-main. Boleh tinggalkan, lepas tu taubat dan tak payah qodho. Senanglah macam tu.


Qodho solat adalah WAJIB!


Maka, bagaimana nak qodho kalau dah banyak sangat kita tinggalkan sampai kita LUPA berapa banyak?? Maka, qaedah yang ulama beri ialah:


"Qodho'lah sebanyak-banyaknya solat kita sehingga kita rasa kita dah qodho LEBIH dari yang kita tinggalkan.."


Maka, mungkin kelihatan BERAT kalau kita dah banyak sangat tinggal solat. Tapi, hakikatnya, takdelah berat mana. Kalau kita terlepas drama-drama best, boleh je kita sanggup qodho balik episode-episod drama yang kita tertinggal kat TV dengan kita download kat internet? Boleh pulak.


Perkataan "BERAT" adalah ALASAN orang-orang yang tak ikhlas dalam berubah. Time nak berubahpun, still ikut NAFSU. Nak yang mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu dia. Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah??


Saya ulang:


"Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah??"


Maka, di sini, saya kemukakan STEP MUDAH untuk qodho solat:


1)Ulama menyarankan, setiap kali kita habis solat satu waktu, selepas tu kita kita qodho solat waktu tu. Erk. Macam berbelit je ayat saya. Takpe, saya bagi contoh:


"Kalau kita tengah solat subuh misalnya, selepas kita solat subuh tu, kita bangun untuk solat subuh GANTI. Bermakna, satu kita solat subuh hari tu, satu lagi ialah solat subuh qodho. Begitu juga time zohor. Lepas solat zohor, bangun dan qodho solat zohor. Asarpun macam tu. Maghrib isyakpun macam tu. Means, setiap hari, setiap waktu solat, kita solat DUA KALI. Satu solat betul, satu solat qodho'…"


Faham tak?


Means, kalau korang berterusan buat macam ni selama DUA tahun, means korang dah berjaya qodho solat 2 tahun korang. Kalau korang dah 5 tahun tinggal solat. Dan korang bertaubat dan tak tinggal solat lagi, maka, kalau berterusan guna cara ni, korang automatik dah dapat qodho solat yang korang tinggalkan selama 5 tahun.


Sekali gus, korang tak rasa BERAT. Kalau cara macam ni pun  rasa berat, apa lagi yang korang nak? Kalau tak nak susah-susah, macamana nak masuk syurga wahai kawan? Buat je. Kalau korang betul-betul ikhlas dalam berubah dan bertaubat, nescaya korang akan rasakan perkara yang berat itu sebagai satu kemanisan!!!!!


2)Kalau kita rajin sikit, buatlah lebih sikit. Yang pasti, solat qodho ni boleh buat bila-bila. Lepas subuh ke, petang ke, malam ke, tengah malam ke, tengahari ke, bila-bila boleh. Faham?


3)Ada orang Tanya: "Apa niat solat qodho ye?"


Maka, actually simple je.


Kalau nak qodho subuh:

"Sahaja aku solat fardhu subuh, 2 rakaat, qodho kerana Allah.."


Kalau nak qodho zohor:

"sahaja aku solat fardu zohor, 4 rakaat, qodho kerana Allah.."


Begitulah asar, maghrib dan isyak. Macam biasa niatnya, just tambah "qodho'". Faham kan? Harap-harap faham. Korangkan smart dan bergaya.


So,TIGA point tentang isu qodho ni, saya harap korang semua JELAS. Jangan rasa beban. Saya ulang balik ayat saya di atas:


"Kalau kita terlepas drama-drama best, boleh je kita sanggup qodho balik episode-episod drama yang kita tertinggal kat TV dengan kita download kat internet? Boleh pulak…"


"Perkataan "BERAT" adalah ALASAN orang-orang yang tak ikhlas dalam berubah. Time nak berubahpun, still ikut NAFSU. Nak yang mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu dia. Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah..??"





ISU SOLAT JEMAAH


Ni lagi satu benda saya nak utarakan. Ada jenis orang, solat 5 waktu dah jaga dah, tapi entah apahal, dia dengan bangga dan rilexnya tak pergi surau/masjid untuk solat Jemaah. Apakah? Jap, sebelum saya bebel panjang-panjang, saya nak nyatakan, solat berjemaah ni KHUSUS pada lelaki je. Wanita tak di sunatkan pergi surau/masjid. So, saya nak tegur lelaki yang jaga solat, tapi tak gi berjemaah akt surau.


Nak mengamuk sikit.


Kawanku, kenapa kau susah sangat nak pergi surau? Sembang agama lebat, nak jatuhkan kerajaan zalimlah, nak menegakkan khalifah di muka bumilah, ya hanana sini sana, belajar agama tinggi-tinggi, tapi time azan, tak pergi surau. Apa ni?


Tahu tak, apa yang nabi ancam bagi orang yang dengar azan, tapi tak pergi solat berjemaah kat surau? Baca ni, kemudian, muhasabahlah diri, menangislah dan taubatlah!


****


1)Nabi saw bersabda:


"Barangsiapa mendengar seruan azan, tetapi tidak memenuhinya(tak pergi solat berjemaah di masjid) tanpa sebarang uzur yang menghalanginya, maka solat yang dia kerjakan tidak akan di terima!!Maka sahabat bertanya:"Apakah uzurnya?" Nabi menjawab: "Ketakutan atau sakit…"(HR Abu dawud, Ibn Hibban dan Ibn Majah).


Maksud "solatnya tak akan di terima" ialah, solatnya itu tak dapat pahala, walaupun kewajipan solatnya dah tertunai. Tapi, ada certain sahabat dan tabiin berpendapat bahawa, tinggalkan solat Jemaah kat masjid tanpa uzur adalah HARAM. Ibn Abbas ada riwayatkan satu hadis:


"Barangsiapa yang dengar azan, tapi dia tak memenuhinya dengan solat berjemaah, bermakna, dia tak nak kebaikan dan dia tak layak mendapat kebaikan!!"


Bak kata Abu hurairah:


"Barangsiapa dengar azan tapi tak solat berjemaah, maka lebih baik kita tuangkan cairan timah yang mendidih ke dalam telinga dia!!!"


Kawan, sekarang dah maju. Kita dah tahu waktu solat, dah ada calendar. Jangan bagi alasan tak dengar azan. Orang beriman, takkan bagi alasan. Kalau dah malas tu, mengaku je. Jangan tipu diri sendiri!


2)Nabi saw bersabda:


"Aku teringin nak memerintahkan para pemuda agar mengumpulkan KAYU BAKAR untukku, kemudian aku datang ke rumah orang-orang yang solat di rumah mereka tanpa uzur, lalu aku mahu BAKAR rumah-rumah mereka!!!!"(HR muslim)


Tak rasa sedih ke? Tak sentap ke? Nabi saw mana pernah rasa benci pada umat dia. Nabi saw amat sayang dan cintakan umatnya. Nabi tak sanggup tengok umatnya berada dalam kesusahan walaupu  sedikit. TETAPI, hadis kat atas menunjukkan betapa NABI MARAH GILA orang yang tak solat Jemaah kat masjid! Adakah kita boleh mendabik dada kata kita cinta nabi dengan berqasidah semata, tapi solat Jemaah tak jaga???


****


Saya rasa, cukup dua hadis tu untuk sedarkan para LELAKI sekalian akan betapa pentingnya solat Jemaah ni. Ni bukan isu kecik brader. Ni isu besar syeikh… Kalau kau tak solat Jemaah, mungkin kau bukan lelaki. Sebab biasanya perempuan je yang solat kat rumah ni. Tak payah bajet hensem, bajet maskulin, bajet awesome, bajet jambu, bajet macho, tapi solat kat rumah..MALU SYEIKH!!!


PENUTUP


Sebagai pengakhiran, saya tak tahu nak cakap macamana lagi. Saya hanya mampu menyampaikan. Akhirnya, yang buat keputusan untuk bertaubat dan berubah adalah diri kita sendiri. Usahlah merungut, susahlah, penatlah, beratlah. Kerana MERUNGUT bukan sifat orang beriman.


Kalau kita betul-betul nak berubah, nescaya kita takkan beri walau SATU PUN ALASAN. Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih!! Itulah prinsip yang kita kena pegang. Kalau kita ni nak berubah jadi baik, perkara pertama kita kena ubah ialah SOLAT KITA. Kerana mustahil kita akan jadi baik, kalau solat kita hancur.


Tahu tak kita??


"Sebelum nabi wafat, yang mana, nabi langsung tak larat untuk bangun, tetapi baginda tetap mahu pergi masjid untuk solat berjemaah, dan menyuruh sahabat MENGUSUNGNYA. Sahabat papah nabi, sehingga kaki nabi terheret kat tanah lantaran badan baginda yang terlalu lemah. Itulah solat terakhir nabi. Kemudian, baginda wafat…"


Nabi nak ajar ummatnya, nabi nak ajar kita, susah mana pun, jangan sesekali tinggal solat.


Tahukah kita?


"Umar Alkhattab, ketika di tikam oleh Abu Lu'lu', kemudian pengsan. Perkara pertama yang bermain di fikirannya setelah beliau sedar ialah SOLAT. Beliau meminta sahabat mengambilkan wudhuk untuknya, supaya beliau dapat solat. Dan akhirnya meninggal..."


Tetapi kita pada hari ini bagaimana? Langsung tak hargai Allah dan Rasul, terlalu mengikut nafsu, lantas berangan-angan untuk mendapat syurga? Menangislah pada Allah. Taubatlah padaNya. Cukuplah masa silam kita yang gelap. Mulakan hidup baru.


Saya doakan insyallah. Maafkan salah silap saya, andai terkasar bahasa di dalam entri kali ini. Demi Allah, penulisan ini untuk diri saya yang hina ini. Doakan saya juga.


Wallahua'lam.


Sumber : tarbiahsentap.com

Cara Duduk Tak Betul, Kerap Tahan Sakit Belakang Punca Tulang Belakang Wanita Ini Jadi Abnormal

Posted: 22 Feb 2017 02:28 AM PST

Cara Duduk Tak Betul, Kerap Tahan Sakit Belakang Punca Tulang Belakang Wanita Ini Jadi Abnormal - Asalnya Subuh tadi, dalam toilet, saya tunduk ambil ubat gigi terjatuh di lantai. Tiba-tiba pinggang terasa sakit sangat. Tak boleh nak bangun semula dari ambil ubat gigi itu. Rasa seperti terputus urat pinggang, tercabut pinggang, tak tahu apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya. Keluar dari toilet raba dinding dan pergi ke katil, baring.

Punca Tulang Belakang Wanita Ini Jadi Abnormal


Masa nak baring di katil, alahai sakitnya. Nak beralih pun sakit. Bergerak sikit pun sakit. Eh, kenapa pula jadi begini? Sebelum ini tak pernah pula lalui situasi seperti ini. 

Cara Duduk Tak Betul, Kerap Tahan Sakit Belakang Punca Tulang Belakang Wanita Ini Jadi Abnormal


Kebiasaannya lenguh dan sakit belakang saja dan masih lagi mampu menahan kesakitannya. Namun kali ini saya tak tahan, jalan pun jengket-jengket, tunduk tak boleh, duduk pun sakit, bangun pun sakit, semua aktiviti perlu dibuat secara perlahan-lahan. Macam orang tua pula. 

Masa itu saya terbayang bagaimana nak buat kerja kalau begini keadaannya. Allah, takutnya! Bagaimana jika tak sembuh? Jadi tidak normalkah saya kelak? OKU kah? Aduh, saya tak nak jadi begitu ya Allah. 

Cuak dengan apa yang berlaku, terus saya bertanya pada beberapa orang kenalan. Mereka nasihatkan saya pergi ke hospital, buat x-ray sebab berkemungkinan saya mengalami slip disc. 

Saya sempat Google apa itu 'slip disc' dan tanda-tandanya. Salah satunya adalah terasa sakit dan kebas di bahagian kaki ke bawah. Saya tak rasa pula begitu, bukan slip disc agaknya. Ini tersilap urat saja rasanya. Hati saya kuat menyatakan ia sakit biasa-biasa saja. 

Cara Duduk Tak Betul, Kerap Tahan Sakit Belakang Punca Tulang Belakang Wanita Ini Jadi Abnormal


Jam 2.30 petang, selesai x-ray dan Doktor Farid beri penerangan panjang lebar mungkin sebab saya dah siap-siap study bab ini sebelum berjumpa doktor. Jadi beliau mudah untuk memberi penerangan terhadap soalan-soalan saya. Dia Google saja perbandingan spine saya yang x-ray itu dengan gambar normal spine. 

"Alhamdulillah, tiada masalah slip disc, tiada keretakan spine tetapi, saya nak cerita sikit ini," katanya. 

Aduh, ini yang membuatkan saya rasa suspen. Doktor suruh saya bezakan antara gambar x-ray spine saya dengan gambar normal spine. Nampak gambar x-ray spine saya sedikit lurus. Bila lihat normal spine, ada bengkok, kan? Saya punya lurus sedikit (kurang bengkok), itulah puncanya. 

Doktor Farid mula menyiasat latar belakang dan aktiviti saya. Apa yang telah saya buat sehingga tulang belakang ini menjadi abnormal, lurus sedikit begitu? Ini bukan sekejap, ini makan masa bertahun-tahun nak dapat tulang belakang berubah menjadi sedikit lurus seperti ini. Walaupun nampak sedikit saja berubah, tetapi sakitnya tak terkata. 

"Mesti puan pernah buat kerja duduk secara bongkok ini dah lama, kan? Bertahun-tahun, 5-6 tahun ini. Ini kes tekun buat kerja sampai dapat posture macam ini. Designer ke?" soalnya. 

Saya diam sebab terfikir apa kerja saya 4-5 tahun yang lalu. Terlupa pula saya kerja apa sebelum ini. 

"Puan mesti selalu sakit belakang. Tapi puan tahan saja. Tak kisah pun sakit belakang, tetap buat kerja seperti biasa. Betul tak?" soalnya lagi. 


Cara Duduk Tak Betul, Kerap Tahan Sakit Belakang Punca Tulang Belakang Wanita Ini Jadi Abnormal


Uih, doktor ini main teka teki teka tekuk pula. Baru saya teringat, sejak 2009, saya kerja sebagai cake designer. Saya memang tekun buat figurine duduk terlalu lama terbongkak statik saja dan deco cake terbongkok-bongkok berjam-jam lamanya. 

"Ha, itulah puncanya sampai posture spine berubah. Hari ini, inilah kemuncak puan terasa sakit yang amat itu. Selama ini tanda-tandanya adalah sakit belakang itulah," jelas doktor. 

"Allah, yeke doktor? Ada harapan boleh bengkokkan semula tak tulang belakang saya ini?" saya tak tahu nak tanya apa. Saya hanya mampu tanya ada harapan nak pulih atau tak, itu sahaja. 

"Boleh sembuh tetapi ambil masa. Sepertimana bertahun-tahun tulang belakang itu kita buat sampai jadi begitu. Puan perlukan rawatan fisio," Doktor Farid terangkan satu persatu apa yang saya perlu buat. 

Buat kawan-kawan bakers, jaga postur duduk anda. Rupanya cara kita buat kerja juga mempengaruhi tulang belakang kita. Duduklah dengan betul. Apatah lagi kerja-kerja yang memerlukan support belakang dan muscle seperti uli fondant dan ketelitian figurine, bunga dan sebagainya. Perlu stretching selalu bila dah lama sangat duduk. Boleh Google cara duduk yang betul dan kerusi yang sesuai.


Saya yang sudah tua ini, baru nak terkena. Mujur belum tua sangat. Kata Doktor Farid, ini hanya sedikit sahaja, masih boleh dibetulkan dan ada harapan lagi untuk sembuh. Saya hanya perlu kerap menjalani rawatan fisio. InshaAllah cepat baik dan fikir positif. 

Baru saya teringat, sewaktu saya mengandungkan Talhah, sakit betul belakang saya. Tapi saya tahankan saja sebab ingat itu sakit normal. Masa Metaflit (bodyweight training workout), saya paksa buat juga walaupun adalah juga rasa sengal-sengal di belakang badan. Mujur tak patah spine. 

Dalam sakit belakang itu, saya boleh press up (pumping), plank, lunges, squat, back to back semua completed set saya buat. Cardio based workout semua saya sapu. Itu belum lagi masuk bab zumba. 

Tetapi hari ini, saya perlu berehat seketika dari sebarang aktiviti kecergasan dan tumpu pada fisio dalam tempoh 2-3 bulan ini. Selepas itu boleh teruskan seperti biasa sekiranya sudah tidak merasa sakit lagi. Aduh, sedih rasanya terpaksa tinggalkan sekejap aktiviti yang diminati.

Ingin Tahu Seseorang Wanita Itu Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord)

Posted: 22 Feb 2017 01:00 AM PST

 Periksa Urinya (Umbilical Cord)

Ingin Tahu Seseorang Wanita Itu Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord) - Uri atau tembuni (saintifiknya, plasenta), adalah suatu organ dalam kandungan yang berfungsi membuat pertukaran produk-produk metabolisme dan produk gas antara peredaran darah ibu dan janin serta produksi hormon.  

Mengikut ilmu orang tua-tua dulu, seseorang wanita itu boleh diketahui berapa kali dia mampu mengandung dengan melihat pada uri dari kelahiran anak sulung. Ada juga yang mengatakan, jarak di antara biji-biji hitam itu juga menandakan jarak beza umur anak yang akan datang. 

Ingin Tahu Seseorang Wanita Itu Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord)


Oleh Roszila Zolkaply

Nak tahu cara wanita boleh mengandung berapa kali? Pertama sekali, selepas korang bersalin, jururawat akan bagi apa pada suami korang? Uri, kan? Yes, uri. 

Selepas itu, suami atau mak atau bidan akan basuh uri tersebut. Seperti saya, suami saya yang basuhkan semua itu. Ada yang letak garam, ada yang letak asam keping, paku dan sebagainya. 

Okey, semasa suami korang basuh uri, suruh dia angkat uri tersebut. Di tangkal uri itu atau sambungan tali pusat bayi, ada biji hitam. Kalau orang Kelantan, dipanggil 'telur katak'. Yang macam berudu itu. 

Kira berapa biji yang ada pada uri tersebut. Kalau ada 9 biji maksudnya korang boleh mengandung 9 kali. 

Kalau korang tak percaya, tunggu anak yang kedua nanti, mesti biji itu tinggal 8 biji dan begitulah seterusnya. Yang baru kahwin, wajib ambil tahu. Yang dah kahwin, tag suami masing-masing, biar dia ingat.

Ingin Tahu Seseorang Wanita Itu Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord)


Selain itu, keadaan biji hitam itu juga memainkan peranan. Contohnya jika biji hitam itu bulat sempurna, maka bayi yang akan dilahirkan kelak cantik. Jika biji hitam itu kempis, itu petanda bayi yang seterusnya tidak akan jadi. 

Bagaimanapun, ini semua hanya mengikut pandang orang tua-tua dulu. Mungkin belum terbukti lagi dari segi kajian. Ingat, semuanya rezeki dari Allah. Bersabar dan doakan dimurahkan rezeki anak. - The Reporter

"Umi, Kesian Kakak Tu, Dia Baik Tetapi Badannya Terbakar"

Posted: 22 Feb 2017 12:40 AM PST

"Umi, Kesian Kakak Tu, Dia Baik Tetapi Badannya Terbakar" - Tadi ada seorang kawan di Facebook memberitahu saya yang anaknya diejek kerana hitam. Saya teringat satu ketika dahulu, Qaisara bermain dengan seorang anak India muslim.

 Badannya Terbakar


"Kasihannya umi. Kasihan dekat kakak itu, dia baik tetapi badannya terbakar," kata Qaisara.


"Umi, Kesian Kakak Tu, Dia Baik Tetapi Badannya Terbakar"

Ya, saya rasa ini semua bergantung dengan didikan kita, cara kita berinteraksi dengan anak-anak, lisan kita dengan anak-anak. Saya memang gemar menggunakan perkataan kasihan. Jadi Qaisara selalu mengikut. Apa sahaja keadaan, dia akan berasa kasihan. Cuma saya lupa mengajar dia, manusia memang mempunyai perbezaan kulit mengikut bangsa dan negara. 

Hari ini ternampak satu tulisan di WhatsApp, tak tahu siapa penulis asalnya. 


BENIH JUGA HITAM



Ada seorang wanita kulit putih melakukan perjalanan bersama seorang anaknya yang berusia 6 tahun. Mereka menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berkulit hitam. 

Anaknya belum pernah melihat orang kulit hitam sebelum itu. Maka hatinya sangat ketakutan, lalu bertanya kepada ibunya. 

"Ibu, apakah orang ini bukan penjahat? Mengapa kulitnya begitu hitam?" soal si anak. 


"Umi, Kesian Kakak Tu, Dia Baik Tetapi Badannya Terbakar"

Pemandu itu tersentak lalu berasa sangat sedih mendengar soalan si anak lelaki penumpangnya itu. 

Saat itu pula, si ibu berkata kepada anaknya, "Tidak nak, pakcik ini bukan orang jahat. Dia adalah orang yang sangat baik." 

Anaknya terdiam sejenak, lalu bertanya lagi. 

"Kalau dia bukan orang jahat, lalu apakah dia pernah melakukan sesuatu yang hina sehingga kulitnya begitu hitam?" 

Mendengar kata-kata anak itu, mata pemandu itu bergenang menahan sebak. Namun dia juga ingin tahu bagaimana wanita itu menjawab pertanyaan tersebut. 

"Dia adalah lelaki yang sangat baik, juga tidak pernah berbuat jahat. Bukankah bunga-bunga yang indah di kebun rumah kita ada yang berwarna merah, putih, kuning dan warna-warna lain?" kata si ibu. 

"Benar, ibu!" 

"Bukankah keindahan bunga-bunga iut bermula dengan biji benihnya yang berwarna hitam?" soal ibunya lagi. 

Anak ini berfikir sejenak. "Benar ibu! Semuanya berwarna hitam,"  jawabnya. 

"Benih hitam itu yang memekarkan bunga-bunga berwarna-warni yang indah sehingga dunia menjadi penuh warna-warni juga. Bukankah begitu, anakku? 

"Benar ibu," kata si anak. 


"Umi, Kesian Kakak Tu, Dia Baik Tetapi Badannya Terbakar"

Si anak tiba-tiba tersedar dan berkata, "Kalau begitu pasti pakcik ini bukan orang jahat. Terima kasih pakcik! Pakcik telah membuat dunia menjadi pernah warna-warni. Saya akan berdoa untuk pakcik." 

Lalu mulutnya terkumat-kamit membaca doa. Pemandu kulit hitam itu tidak dapat lagi menahan dirinya untuk menangis air mata kegembiraan. 

"Penjelasan yang bijak, mampu memberi kesan yang mendalam. Namun, bijakkah kita dalam memberi penjelasan terhadap orang-orang yang ada di sekeliling kita? Sehingga perkataan-perkataan yang keluar dari mulut kita mampu menenangkan dan mendamaikan suasana? 

Renungkanlah, semoga bermanfaat. 

Punca Bau Busuk Rupanya Bangkai Ular Sawa Lapan Meter

Posted: 21 Feb 2017 11:26 PM PST

Punca Bau Busuk

Punca Bau Busuk Rupanya Bangkai Ular Sawa Lapan Meter - Beberapa pekerja pembersihan di kawasan Taman Kulim Hi Tech  Fasa 2 yang tercium bau busuk ketika mencuci longkang terkejut menjumpai bangkai seekor ular sawa batik dipercayai tersangkut pada saluran paip di situ.

Menurut seorang pekerja yang enggan dikenali, pada jam 7.30 pagi beberapa orang pekerja sedang menjalankan rutin harian untuk membersih kawasan perumahan di situ.

Punca Bau Busuk Rupanya Bangkai Ular Sawa Lapan Meter


Bagaimanapun, katanya mereka tercium bau busuk di kawasan longkang berhampiran dan pergi memeriksa sebelum terkejut melihat seekor sawa telah mati akibat tersangkut di satu saluran paip.

"Bau busuk sangat, kami pergi periksa di situ, terkejut nampak seekor sawa yang memang besar di situ, panjang lebih kurang lapan meter dan berat 60 kilogram.

"Rakan cuba menguis ukar tersebut namun tidak bergerak, dan dipercayai telah mati beberapa hari lalu kerana baunya yang busuk.

"Ular itu mungkin cuba menyusup masuk ke dalam salur paip yang bersaiz lebih kurang 12 sentimeter besar namun tersekat separuh badan kerana badannya besar," katanya.

Katanya, penemuan itu sangat mengejutkan dan pertama kali melihat ular sebesar itu di hadapan mata sendiri.

Punca Bau Busuk Rupanya Bangkai Ular Sawa Lapan Meter


"Semua cakap ini pertama kali mereka lihat ular sebesar ini dengan mata sendiri selalu tengok dekat televisyen atau pergi ke zoo sahaja.

"Ular tersebut telah diangkat menggunakan jentolak ke dalam lori sampah untuk di bawah ke tempat pelupusan," katanya.

Selain itu, seorang penduduk taman perumahan berkenaan Azam Haris, 31 berkata dia telah menjumpai bangkai ukar sawa itu ketika beriadah  di kawasan taman permainan di situ.

"Setiap petang saya berjoging di trek jalan kaki di taman permainan, tapi semalam ada bau busuk seperti bangkai.

"Saya yang curiga terus jengok ke dalam longkang kecil sebelah longkang besar di sini dan ternampak bangkai ular sawa di situ, memang terkejut ia sangat besar," katanya. - Sinar Harian.

Nawi Berjalan Kaki 2 Jam Setiap Pagi Untuk Ke Sekolah. Puncanya Amat MENGEJUTKAN !!

Posted: 21 Feb 2017 08:44 PM PST

Nawi Berjalan Kaki 2 Jam Setiap Pagi Untuk Ke Sekolah. Puncanya Amat MENGEJUTKAN !! - Seperti pelajar-pelajar lain di Pulau Banggi Kudat Sabah, Nawi mengambil keseluruhan masa perjalanan sebanyak 4 jam sehari untuk pergi dan pulang ke sekolah.

Nawi Berjalan Kaki 2 Jam Setiap Pagi Untuk Ke Sekolah. Puncanya Amat MENGEJUTKAN !!

Nawi Berjalan Kaki 2 Jam Setiap Pagi Untuk Ke Sekolah. Puncanya Amat MENGEJUTKAN !!



Identiti Wanita Maut Ditembak 7 Das Tembakan

Posted: 21 Feb 2017 06:37 PM PST

Identiti Wanita Maut Ditembak

Identiti Wanita Maut Ditembak 7 Das Tembakan - Jenayah bunuh makin kejam makin berleluasa. Seorang Wanita ditembak dan dibunuh di Taman Pekaka, Sungai Dua, dekat sini, Selasa, telah dikenal pasti sebagai Ruby Lee Poh Ai.

Polis berkata, wanita berkenan tinggal di Alila Homes di Tanjung Bungah di sini.Lee ditembak ketika dia memandu BMW putih itu pada kira-kira 5.45 petang.

Identiti Wanita Maut Ditembak 7 Das Tembakan


Dua lelaki bermotosikal menghampiri kereta dan pemboncengnya melepaskan tembakan.Polis berkata, kira-kira 10 das tembakan dilepaskan tiga mengenai kepala.

Menurut maklumat dalam talian mangsa adalah seorang ahli perniagaan dalam industri logistik.

Wanita itu mempunyai kepentingan peribadi dalam syarikat logistik yang telah ditubuhkan pada Ericsson bangunan komersial, syarikat itu juga berhampiran dengan lokasi kejadian.

Identiti Wanita Maut Ditembak 7 Das Tembakan


Identiti wanita ditembak mati di Taman Pekaka

Nama: Ruby Lee Poh Ai
No. KP: 670614-07-5596
Umur: 50 tahun
Alamat: 43 Lorong Kejora Alila Homes Tg Bungah, P.Pinang.
Semakan No Pendaftaran M/kar Jenis BMW warna putih PMD9169 didaftarkan atas nama si mati.

Pantau aktiviti kongsi gelap maka jenayah dengan sendirinya menurun.

Sumber: PRU14.tv

Detective Conan Kara Kurenai Love Letter Movie [2017]

Posted: 21 Feb 2017 06:00 PM PST

Crimson Love Letter poster
Poster Detective Conan Kara Kurenai Love Letter Movie

Detective Conan Kara Kurenai Love Letter Movie [2017] - Filem animasi ke-21 karya popular Gosho Aoyama. Detective Conan Kara Kurenai Love Letter atau juga dikenali sebagai Crimson Love Letter merupakan filem animasi Detektif Conan yang bakal ditayangkan pada 15 April 2017 di Jepun. Setiap tahun, akan ditayangkan satu filem Detektif Conan terbaru dan tayangan di Malaysia selalunya pada penghujung tahun. Kena tunggu la update ada tak tayangan di Malaysia.

Tahun lepas filem animasi Detektif Conan iaitu The Darkest Night berjaya pecah rekod di Jepun dan China menjadikan ianya filem detektif conan terlaris pernah dihasilkan berdasarkan manga popular tersebut.

Profil Detective Conan Kara Kurenai Love Letter


Bahasa : Japanese [Jepun]
Genre : Detektif
Studio : TMS Entertainment dan V1 Studio 
Pengarah : Kobun Shizuno
Skrip : Takeharu Sakurai
Idea Asal : Case Closed Detective Conan karya Gosho Aoyama
Muzik : Katsuo Ono
Tarikh Tayangan : 15 April 2017

Crimson Love Letter poster
Detective Conan Kara Kurenai Love Letter Movie 2017

Detective Conan Crimson Love Letter Synopsis


The film will be a love story set in Osaka, and it will feature Heiji Hattori [Conan's rival] and Kazuha Toyama. The visual shows Momiji Ōoka, a high school karuta champion who refers to Heiji as her future husband and is a romantic rival for Kazuha. 

Detective Conan Kara Kurenai Love Letter Teaser

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top