Mydebat.com

Mydebat.com


Didik Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria

Posted: 21 Feb 2017 03:26 PM PST

Punca Histeria

Didik Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria - Sikap menakut-nakutkan anak dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata kebanyakan keluarga terutama Melayu dilihat suka menanam semangat demikian pada anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi.

Didik Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria


"Sikap ini akan mengakibatkan anak-anak mereka takutkan hantu dan makhluk halus yang lain, menyebabkan mereka terbawa-bawa hingga adakalanya mereka mengalami histeria (di sekolah)," katanya ketika bercakap kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Shukri berkata sikap sedemikian hanya terdapat dalam masyarakat Melayu berbanding masyarakat lain yang jarang mengalami histeria terutama ketika berada di sekolah.

Beliau berkata meskipun tidak dinafikan ada juga masyarakat lain mengalami masalah sama tetapi yang paling menonjol adalah masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Mufti itu mengulas mengenai kejadian histeria yang berlaku di beberapa buah sekolah di jajahan ini minggu lepas. 

Didik Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria


"Keadaan persekitaran juga memainkan peranan terhadap pengaruh histeria seperti fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas ketika ini.

"Faktor alam ini juga mempengaruhi psikologi seseorang itu terutama jika mereka tak sihat, kurang tenteram atau susah hati," katanya. 

Mohamad Shukri berkata dalam Islam, tidak dinafikan mengenai kewujudan makhluk halus namun orang Islam perlu tahu bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk dicipta Allah.


Sumber ; malaysiainstinct.net


6 Teknik Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai

Posted: 21 Feb 2017 04:30 AM PST

6 Teknik Orang Jepun Didik Anak

6 Teknik Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai - SHICIDA METHODS – JADIKAN ANAK PANDAI | BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :


6 Teknik Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai 



1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

6 Teknik Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai 



3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

6 Teknik Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai 



Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – " Tolong senyap Along " berbanding " Along Jangan bising " . 


Sumber : dunkijang.blogspot.my

Bahaya Makanan Jeruk

Posted: 21 Feb 2017 04:15 AM PST

Makanan Jeruk

Bahaya Makanan Jeruk - Jeruk ni kalau diikutkan hampir semua golongan yang gemarkan, tak kira lelaki atau perempuan. Tapi biasanya ibu yang mengandung pada trimester pertama selalu menjadikan jeruk sebagai makanan penahan loya.
Namun, tahukah anda bahawa makanan jeruk yang biasanya daripada buah-buahan lebih banyak memberi kemudaratan kepada tubuh badan kita?

Bahaya Makanan Jeruk

Di antara keburukan makanan jeruk ialah:-

1) Zat  Hilang
Vitamin yang sepatutnya ada di dalam buah-buahan jeruk telah terhakis ekoran daripada proses pengawetan atau menjeruk yang berpanjangan.

2) Gula dan Garam Berlebihan
Makanan jeruk selalunya mengandungi gula dan garam yang berlebihan dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit berbahaya kepada kesihatan.

3) Bahan Berbahaya
Sesetengah pengilang menggunakan formalin iaitu bahan pengawet mayat untuk menjeruk makanan atau buah-buahan.
Ada juga yang menggunakan bahan pengawet asid benzoik secara berlebihan.
Selain daripada itu, kebanyakan jeruk yang diawet turut mengandungi bahan pewarna tambahan yang berlebihan.

Bahaya Makanan Jeruk

4) Kesan Terhadap Kesihatan
Bahan formalin ini juga menjadi punca meningkatnya risiko mendapat kanser.
Selain daripada itu, makanan jeruk juga boleh menyebabkan alahan, kecacatan bayi dan kurang daya imun.
Asid di dalam jeruk pula boleh merosakkan hati dan jantung.
Manakala gula dan garam yang berlebihan boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.


Tips Pengganti Jeruk

Bagi mereka yang ingin membuka selera atau yang ingin mengurangkan loya, boleh menggantikan makanan jeruk dengan yogurt. Yogurt sangat baik kerana mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak yang baik.
Selain itu, rojak buah juga boleh menjadi alternatif terbaik pengganti jeruk kerana kaya dengan vitamin, mineral, serat dan zat-zat lain.
Bagi ibu yang mengalami morning sickness pula, boleh mencuba Peppermint Ginger Plus untuk mengurangkan rasa loya.

Sumber : myliferia.com

10 Masjid Ini Mempunyai Ciri Seni Bina Yang Indah Dan Unik

Posted: 20 Feb 2017 11:41 PM PST

10 Masjid Ini Mempunyai Ciri Seni Bina Yang Indah Dan Unik - Di Malaysia sebenarnya terdapat banyak masjid yang dibina indah serta unik. Namun sejauh mana anda tahu mengenai ciri-ciri unik masjid tersebut. Berikut merupakan 10 Masjid yang boleh dianggap mempunyai ciri seni bina yang unik dan cantik. 

MASJID BESI, PUTRAJAYA


Nama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diberi semperna nama Yang Di-Pertuan Agong yang ke-13 iaitu Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. 70% seni bina masjid tersebut dibina dengan besi dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai 'Masjid Besi' Seni bina Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah kombinasi seni bina China dan Jerman, dan bukannya seni bina Timur Tengah seperti kebanyakan masjid. Ia juga tidak mempunyai menara seperti masjid-masjid lain.


10 Masjid Ini Mempunyai Ciri Seni Bina Yang Indah Dan Unik


MASJID BEIJING, KELANTAN


Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Masjid ini sangat unik kerana seni binaannya yang menyerupai seni bina dari China. Ia dibina pada tahun 2005 untuk memperingati sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Kelantan yang ke-28 iaitu Sultan Ismail Petra. Bahagian luarnya mempunyai bumbung dan menara pagoda hijau dan panel merah. Bahagian dalamannya pula direka mengikut elemen reka bentuk India dan Uzbekistan. Masjid ini digelar 'Masjid Beijing' kerana reka bentuknya seakan-akan Masjid Niujie di negara China.

MASJID TERAPUNG, TERENGGANU


Masjid Tengku Tengah Zaharah ini terletak di Kuala Terengganu merupakan salah satu seni bina moden hasil salah seorang putera Diraja Terengganu. Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam seni bina Islam di negara ini. Pembinaan masjid ini diinspirasi oleh Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.D inamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu. Seni binanya merupakah gabungan pengaruh moden dan seni bina 'Moor' dan dibina di atas pelantar terapung, memberikan sudut unik yang membuatnya kelihatan terapung di atas air.


10 Masjid Ini Mempunyai Ciri Seni Bina Yang Indah Dan Unik


MASJID BANDARAYA, SABAH

Masjid ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah. 70% daripada kawasan masjid ini dikelilingi air menyebabkan ia kelihatan seolah-olah terapung di atas air.

MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG

Masjid ini merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina di atas laut , tidak seperti masjid terapung di tempat lain yang dibina di permukaan tasik. Masjid ini dibina untuk menggantikan Masjid Tanjung Bungah yang lama. Ia mempunyai satu menara masjid dengan ketinggian bersamaan dengan bangunan tujuh tingkat.


MASJID NEGERI SULTAN ABU BAKAR, JOHOR

Masjid ini tidak mengikut reka bentuk masjid konvensional yang terdapat di Malaysia. Ia mengikut ciri-ciri menara jam British dari kurun ke-19. Masjid ini banyak dipengaruhi oleh seni bina kolonial English-Victorian.

10 Masjid Ini Mempunyai Ciri Seni Bina Yang Indah Dan Unik


MASJID JAMEK AN NUR, LABUAN

Satu-satunya masjid di Malaysia yang mempunyai reka bentuk yang sangat moden dan 'futuristic'. Seni binanya kelihatan seperti bulu tangkis atau kapal angkasa. Masjid Jamek ini adalah mercu tanda yang terkenal di Labuan. Masjid ini menggunakan seni bina Melayu Brunei dan Turki dengan menggunakan elemen kontemprori seperti gril dan cermin lutsinar untuk pengudaraan dan membenarkan cahaya semulajadi masuk ke bahagian dalamnya.

MASJID DIRAJA UBUDIAH, PERAK

Masjid yang berbentuk oktagon ini mempunyai ciri-ciri menarik seperti kubah emas dan juga pintu gerbang yang menggunakan gaya seni bina 'Moor'. Seni binanya merupakan Indo-Saracenic. Masjid ini mula dibina setelah Sultan Perak ke-28 iaitu Sultan Idris Murshidul'adzam Shah bertekad untuk membina sebuah masjid jika baginda sembuh dari penyakitnya. Walaubagaimanapun, baginda mangkat setahun sebelum masjid ini siap dibina yang memakan masa empat tahun untuk siap.

MASJID KRISTAL, TERENGGANU

Selain Masjid Terapung, satu lagi masjid yang menjadi tarikan di Kuala Terengganu adalah Masjid Kristal. Ia dikatakan adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia kerana keunikannya dibina daripada kaca dan keluli malah masjid ini lengkap dengan segala kemudahan yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk memudahkan pengunjung untuk mengakses internet. Kebanyakkan pengunjung mengagumi keindahan Masjid Kristal ini. Ia akan berkilau apabila terkena sinaran pancaran matahari.

MASJID ZAHIR, KEDAH

Masjid Zahir adalah salah satu masjid tertua di Malaysia terbina pada tahun 1912. Masjid ini dibina di atas tapak persemadian pahlawan-pahlawan yang gugur pada tahun 1821. Kubah Masjid Zahir kelihatan hitam tetapi bila dilihat lebih dekat kubah masjid sebenarnya berwarna 'ruby' merah gelap. Warna hitam muncul dalam cahaya yang terang, memberi Masjid Zahir penampilan yang menarik. Ia sering di senaraikan sebagai antara 10 Masjid tercantik di dunia. Masjid Zahir mempunyai 5 menara yang melambangkan 5 rukun Islam. Inspirasi seni bina dari Masjid Azizi di Langkat, Sumatera Utara, merupakan visi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.

KEGUNAAN AJAIB TEPUNG UNTUK ATASI LUKA TERBAKAR

Posted: 20 Feb 2017 10:45 PM PST

KEGUNAAN AJAIB TEPUNG UNTUK ATASI LUKA TERBAKAR YANG RAMAI TAK TAHU !! 
Pada suatu hari saya memasak jagung dan menusukkan garpu ke jagung yang sedang direbus air mendidih itu, untuk melihat apakah sudah masak. Tetapi garpu itu meleset dan malah tangan saya yang masuk ke air mendidih itu …….
 ATASI LUKA TERBAKAR

KEGUNAAN AJAIB TEPUNG UNTUK ATASI LUKA TERBAKAR

Rakan saya, seorang veteran tentera Vietnam, masuk kedalam rumah ketika saya sedang menjerit kesakitan. Dia bertanya, apakah saya punya tepung gandum. Saya ambil sepaket gandum dan rakan saya terus memasukkan tangan saya yang kena air panas itu ke dalam tepung gandum itu …. Dia minta saya membiarkan tangan itu tenggelam tepung gandum selama 10 minit.
Dia bercerita bahawa di Vietnam ada orang yang terbakar. Orang-orang lain panik dan tanpa sengaja melemparkan sekarung gandum ke tubuh orang itu untuk memadamkan api di tubuhnya ….. Ternyata bukan saja apinya padam, tapi tubuh orang itu sama sekali tidak melecur kena api.

KEGUNAAN AJAIB TEPUNG UNTUK ATASI LUKA TERBAKAR

Maka saya pun menenggelamkan tangan saya selama 10 minit di gandum itu. Ketika saya tarik keluar tangan itu, kulitnya sama sekali tidak ada yang merah atau melepuh, dan TIDAK SAKIT.
Sekarang saya selalu menyediakan sekantung tepung terigu di peti ais dan tiap kali tangan saya terkena panas, saya masukkan ke beg gandum itu. Kulit saya tidak pernah satu kalipun menjadi merah, hitam ataupun melecur.
*) Tepung sejuk lebih enak / nyaman rasanya daripada tepung hangat (suhu bilik).
Menakjubkan. Simpanlah selalu sekantung tepung terigu di peti ais. Suatu saat anda akan bersyukur bahawa ada gandum di sana. Ketika lidah saya terbakar minuman panas, saya bubuhi tepung terigu dan dibiarkan selama 10 minit. Ternyata sakitnya hilang dan tidak ada bekas terbakar.
Cuba Janganlah siram bahagian tubuh yang terbakar dengan air sejuk dulu. Langsung masukkan dan rendam di dalam tepung gandum selama 10 minit, dan saksikanlah / rasakanlah suatu keajaiban.

Sagrada Reset Anime [2017]

Posted: 20 Feb 2017 10:30 PM PST

key visual wallpaper
Sagrada Reset anime key visual.

Sagrada Reset Anime [2017] - Satu lagi anime bakal ditayangkan pada musim bunga [baca: spring] bertajuk Sagrada Reset atau Sakurada Reset. Ianya menceritakan dua karektor utama yang mempunyai superpower seperti time reset dan good memory dan mereka menggunakan superpower untuk menyelesaikan kes.

Sagrada Reset Anime merupakan adaptasi dari novel grafik hasil tulisan Yutaka Kono dan dilukis oleh You Shiina. Selain anime, novel grafik ini juga bakal diadaptasi ke dalam live action movie pada tahun ini, 2017.


Profil Sagrada Reset Anime


Bahasa : Japanese [Jepun]
Genre : Superpower / Fantasi
Studio : David Production
Pengarah : Shinya Kawatsura
Idea Asal : Novel Grafik dengan tajuk yang sama hasil karya Yutaka Kono dan You Shiina.
Skrip : Katsuhiko Takayama
Muzik : Rayons

Sagrada Reset Anime Plot


The novels' story is set in a town called Sakurada, where almost half the population possess some form of special powers. The story centers on two high school students. Kei Asai has the ability to perfectly remember anything he sees and hears, while Misora Haruki can turn back or "reset" time for a maximum of three days.

Both students are members of their school's "Service Club," which their town's administration bureau uses to observe people with powers and protect the peace. By using their powers together [Kei can remember things even when time has been reset], they solve cases for the club. Kei learns of the "MacGuffin" stone, which looks like a worthless black stone, but in reality will turn out to be the stone upon which the existence of Sakurada will hinge on.

Sagrada Reset Anime Teaser



Rokudenashi Majutsu Koushi to Kinki Kyouten Anime [2017]

Posted: 20 Feb 2017 09:54 PM PST

glenn radars
Poster Rokudenashi Majutsu Koushi to Kinki Kyouten Anime [2017]

Anime Rokudenashi Majutsu Koushi to Kinki Kyouten adalah anime bertemakan magik terbaru bakal ditayangkan pada musim bunga [baca: spring] nanti. Lebih kurang bulan April 2017. Anime ini adalah berkaitan seorang guru part-time yang mengajar di sebuah sekolah magik. Guru ini tiada motivasi dalam mendidik tetapi apabila sekolah diancam bahaya, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan anak muridnya.

Baca jalan cerita macam menarik je anime ni. Kena tunggu dan lihat la bulan empat ini nanti ye.

Profil Anime Rokudenashi Majutsu Koushi to Kinki Kyouten

Bahasa : Japanese [Jepun]
Genre : Fantasi / Aksi
Pengarah : Minato Kazuto
Idea Asal : Novel Grafik hasil ciptaan Tarou Hitsuji dan Kurone Mishima
Skrip : Touko Machida
Muzik : Hiroaki Tsutsumi
Studio : Liden Films
Tarikh Tayangan : April 2017

Rokudenashi Majutsu Koushi to Kinki Kyouten Sinopsis


In the "action fantasy" story, Guren is a part-time teacher at a magic school who is inclined to write "self-study" on the blackboard and then take a nap. One of his students, Sistina, gets angry and challenges him to a duel and he is easily defeated. However, when a terrible incident threatens the school, Guren shows intense dedication to protecting his students.

Rokudenashi Majutsu Koushi to Kinki Kyouten Teaser





Watak Utama Anime Rokudenashi Majutsu Koushi to Kinki Kyouten 


Glenn Radars - Glenn is the protagonist of the series. He is lazy, and constantly bored by everything, with his primary focus being sleeping. He becomes the substitute teacher in Sistina's class, after the retirement of her favorite teacher. While he may seem incompetent, he is actually very skilled in magic, but not in the traditional sense.


glenn radars
Glenn Radars


Sistina Fibel - Sistina is the main heroine. She admires magic greatly and wishes to discover the secret of the Flying castle, which no one knows. She maintains a strict, no-nonsense demeanor throughout, and often scolds Glenn for his lackadaisical attitude. She initially hates Glenn, believing him to be as incompetent as he looked due to his lack of enthusiasm, however when he actually starts doing his job, she begrudgingly begins to respect Glenn as a highly effective teacher.

sisitina fibel
Sistine Fibel

Artikel IniKalilah© Lainnya :

0 komen:

Catat Ulasan

Scroll to top