Header Ads

  • Semasa

    Mydebat.com

    Mydebat.com


    Sultan Azlan, Hakim Paling Muda Dalam Sejarah Komanwel

    Posted: 20 Feb 2017 06:36 AM PST

    sultan azlan shah

    SULTAN AZLAN, HAKIM PALING MUDA DALAM SEJARAH KOMANWEL

    Raja Azlan (kemudian Sultan) memulakan perkhidmatan kehakiman negara dari peringkat paling bawah (Majistret Kelas I) hinggalah peringkat paling tinggi selaku Ketua Hakim Negara. Sultan Azlan Shah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, merupakan hakim termuda dilantik dalam Komanwel, pada 1965 pada usia 37 tahun. Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudiannya pada 1979, sebagai Hakim Besar Malaya, jawatan yang dipegang baginda sehingga dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 Nov 1982 dan merupakan hakim termuda dan waris takhta kerajaan negeri yang dilantik ke jawatan itu.
    sultan azlan shah
    Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menyifatkan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merupakan seorang hakim yang sabar dan jawatan itu amat sesuai dengan diri baginda. Tun Arifin berkata, semasa Sultan Azlan Shah menjadi hakim dan ketua hakim negara, baginda telah menulis banyak penghakiman penting khususnya tentang perlembagaan dan undang-undang pentadbiran. "Kami (para hakim) masih membaca dan merujuk kepada penghakiman dan keputusan dibuat baginda,"
    sultan azlan shah

    SULTAN AZLAN, HAKIM PALING MUDA DALAM SEJARAH KOMANWEL

    Tun Arifn seterusnya menyentuh antara kes terpenting dalam perundangan tanah negara yang diputuskan oleh Almarhum sebagai hakim bicara adalah kes Sidek dan 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, yang melibatkan penerokaan kawasan hutan dekat Teluk Intan oleh sekumpulan rakyat yang tidak bertanah. Plaintif dalam kes ini merupakan perintis (kumpulan pertama) yang menerokai kawasan hutan itu, diikuti oleh ramai lagi selepasnya. Walaupun pada mulanya plaintif diberi maklum bahawa kumpulannya akan dikurniakan tanah di kawasan yang mereka terokai itu, akhirnya hajat mereka tidak kesampaian.
    sultan azlan shah
    Dalam kes ini, isu utama yang perlu diputuskan oleh hakim bicara adalah status setinggan dalam undang-undang negara. Di akhir perbicaraan, Almarhum selaku hakim bicara memutuskan bahawa, "Setinggan tidak ada apa-apa hak di sisi undang-undang atau pun ekuiti". Keputusan Almarhum ini terus diikuti dan dipetik oleh begitu ramai sekali hakim lain selepasnya apabila ada sahaja kes setinggan sampai ke mahkamah.
    sultan azlan shah

    SULTAN AZLAN, HAKIM PALING MUDA DALAM SEJARAH KOMANWEL

    Satu lagi keputusan Almarhum yang tidak boleh saya lupakan adalah kes Roberts lwn. Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163. Ketika Almarhum mendengar kes ini, baginda baru sahaja memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi. Isu utama dalam kes ini berkisar kepada hak seorang suami terhadap harta (sebidang tanah) yang didaftarkan atas nama isteri, selepas pasangan itu bercerai. Plaintif dalam kes ini ialah seorang bukan Melayu tetapi telah memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan defendan.
    sultan azlan shah
    Penghakiman Almarhum dalam kes ini merupakan permulaan undang-undang harta sepencarian moden, yang selepas itu terus dikembangkan oleh hakim-hakim lain. Kini kes-kes harta sepencarian tidak lagi dibicarakan di mahkamah sivil kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Namun kes Ummi Kalthom terus menjadi salah satu kes rujukan penting mengenai harta sepencarian.

    BACA: SKIM CEPAT KAYA PAK MAN TELO YANG PALING TERKENAL

    Tun Arifin, yang mempunyai pengalaman luas bekerja bersama-sama Sultan Azlan Shah sejak beliau menjadi pendaftar di Mahkamah Tinggi pada 1976, menyifatkan baginda seorang hakim yang sabar. "Semasa Tuanku dilantik sebagai Sultan Perak, saya juga merupakan Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan saya berkhidmat kira-kira lima tahun dan apabila Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong, saya menerima surat pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi daripada baginda.
    sultan azlan shah
    "Semua hakim dan peguam akan setuju bahawa baginda seorang hakim yang sabar dan benar-benar sesuai bagi jawatan itu (hakim). Saya benar-benar bangga pernah bekerja dengan baginda," kata Arifin, dan menurutnya beliau pernah mengendalikan kes di hadapan Sultan Azlan Shah semasa beliau menjadi peguam persekutuan. Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 dan dimakamkan di Makam Diraja Al Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Almarhum. – orangperak.com

    Video Detik Kim Jong-Nam Diserang 2 Suspek Utama di KLIA 2 Didedahkan

    Posted: 19 Feb 2017 06:00 PM PST

    Video Detik Kim Jong-Nam Diserang

    Video Detik Kim Jong-Nam Diserang 2 Suspek Utama di KLIA 2 Didedahkan - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan abang tiri Kim Jong-Un dibunuh dua wanita di KLIA2 didedahkan.

    Kim Jong-Nam dilihat baru tiba di KLIA 2 dengan memakai jaket dan membawa begnya sedang melihat flight departure boards dengan penumpang lain. 

    Kim yang telah bersedia untuk terbang ke Macau kemudian menuju ke arah mesin tiket dan dihampiri dua suspek wanita berkenaan. 


    Video Detik Kim Jong-Nam Diserang 2 Suspek Utama di KLIA 2 Didedahkan


    Wanita yang memakai baju LOL menghampiri mangsa dari belakang dan menyasarkan muka dan kemudian menyembur semburan beracun serta kelihatan berlaku sedikit pergelutan. 

    Beberapa penumpang yang berdiri berhampiran dilihat tidak menyedari kejadian itu berlaku. Kedua-dua suspek kemudian segera menghilangkan diri. 


    Video Detik Kim Jong-Nam Diserang 2 Suspek Utama di KLIA 2  Didedahkan


    Kim kemudian mencari kakitangan KLIA2 untuk meminta bantuan dan mengadu mengenai insiden tersebut. Kim menceritakan semula bagaimana kejadian itu berlaku dan ada seseorang menyembur sesuatu ke mukanya sebelum menjelaskan insiden itu kepada pihak keselamatan. 


    Kim kemudian dibawa ke klinik KLIA 2. 

    Dalam gambar yang tersebar di media sosial hujung minggu lalu, Kim kelihatan terlantar di kerusi dalam keadaan kesakitan. Beliau kemudian meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 


    Difahamkan empat suspek utama kes pembunuhan Kim Jong-Nam telah melarikan diri keluar negara pada hari kejadian. - The Reporter

    SAYU !! "Nak Cium Acik, Boleh Tak?" - Anak Ini Rindu Belaian Ibunya

    Posted: 19 Feb 2017 05:30 PM PST

    SAYU !! "Nak Cium Acik, Boleh Tak?" - Anak Ini Rindu Belaian Ibunya - Tidak dinafikan di zaman sekolah dulu, terbitnya rasa cemburu melihat pelajar lain dihantar, dicium pipi dahi kepala apa semua sebelum si anak masuk ke sekolah berbanding ada sesetengah yang hanya pergi sekolah bersendirian dan ibu bapa pula sibuk mengejar rutin mereka. 

    Tatkala mereka melihat semua adegan bahagia seumpama itu, pastinya terasa sedih mengenang diri tidak diberi layanan yang sama oleh ibu bapa masing-masing. Ibu bapa sekalian, bila kali terakhir anda berbuat demikian pada anak-anak?

    Anak Ini Rindu Belaian Ibunya
    Foto Hiasan | Hazman Fadzil


    SAYU !! "Nak Cium Acik, Boleh Tak?" - Anak Ini Rindu Belaian Ibunya


    Assalamualaikum. Hari ini saya nak berkongsi cerita. Selama tiga minggu ini saya ada perhatikan seorang pelajar perempuan darjah satu sebaya dengan anak sulut saya. Kalau dia nampak saya hantar anak-anak ke seklah, dia pasti akan mengikut saya dan anak-anak dari belakang. 

    Mula-mula saya akan hantar si adik di kelas pra sekolah, kemudian ke kantin belikan sarapan untuk si kakak dan barulah hantar si kakak ke kelas. Dia akan ikut dna perhatikan apa saja yang saya dengan anak lakukan. Anak-anak biasa akan salam dan cium saya berulang kali. Kadang-kadang sampai dekat 10 kali cium pipi dan tangan. 

    Jadi petang semalam semasa hantar si kakak ke sekolah petang, saya tergerak hati nak tanya dia. 

    "Emak kerja ke?" 

    "Mak kerja misi, ayah kerja polis," jawabnya. 

    "Oh, patutlah jarang nampak emak," kata saya. 

    Dia senyap saja. 

    Pagi ini (16 Februari) saya hantar anak ke sekolah seperti biasa dan dia nampak saya dan anak-anak. Dia ikut lagi seperti biasa. Semasa saya beli sarapan untuk si kakak, saya tanya dia,

    "Nak hotdog ke? Makcik belikan?" 

    "Tak nak acik," katanya. 

    SAYU !! "Nak Cium Acik, Boleh Tak?" - Anak Ini Rindu Belaian Ibunya


    Jadi saya pun hantar si kakak ke kelas. Seperti biasa si kakak akan cium pipi dan tangan saya berulang kali. Budak perempuan itu tengok saja apa yang saya dan si kakak buat. Bila si kakak masuk kelas, saya pun tanya pada budak itu. 

    "Kenapa selalu ikut acik?" 

    "Nak cium acik, boleh tak?" jawabnya dengan nada sedih. 

    Ya Allah, gugurnya hati saya, rasa nak menangis pun ada, terharu pun ada. Tak cakap banyak, saya terus cium dia. Dia pun salam dan cium pipi saya. Selepas itu dia terus senyum. 

    Ya Allah, tak tahu nak cakap apa. Adakah anak ini rindu belaian ibunya? MasyaAllah. Ibu bapa di luar sana, sesibuk mana pun bekerja, luangkanlah masa dengan anak-anak. Tersentuh hati saya. 

    "Abang Janji, Ini Last Abang Pergi Sana, Lepas Ni Boleh Simpan Basikal" - Arwah Firdauz

    Posted: 19 Feb 2017 04:50 PM PST

    Geng Basikal Maut Drempuh

    "Abang Janji, Ini Last Abang Pergi Sana, Lepas Ni Boleh Simpan Basikal" - Arwah Firdauz - JOHOR BAHRU - Muhammad Firdauz Danish Mohd Azahar, salah seorang mangsa yang dirempuh kereta dalam kejadian jam 3.20 pagi semalam.

    Menurut bapanya, Mohd Azhar Abdul Karim, 46, sebelum bertolak ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam Khamis, dia telah meminta arwah untuk menjaga adik beradiknya yang lain namun arwah marah dan selalunya tidak begitu, katanya memetik laporan dari Berita Harian.


    "Abang Janji, Ini Last Abang Pergi Sana, Lepas Ni Boleh Simpan Basikal" - Arwah Firdauz

    "Arwah tidak menoleh ke arah ibunya yang memanggil dan hanya bersalaman dengan saya, kakaknya, pakcik dan dua anak sauadara saya.

    "Sekembalinya dari IJN jam 1 pagi, arwah tiada di rumah dan anak saya yang lain maklumkan arwah keluar dan tidur di rumah rakannya," katanya sebelum mengetahui kejadian yang menimpa arwah.

    Sementara itu, kakaknya, Nur Diayana Mohd Azahar, berkata, dia tahu arwah adiknya bermain basikal dan arwah juga berjanji itu kali terakhirnya untuk pergi ke tempat itu. Namun tidak menyangka itu kali terakhir bertemu dengannya. 

    "Ye, adik saya memang main basikal dan memang setiap hari Jumaat, arwah akan ke sana. Khamis lalu sebelum saya berangkat ke sana IJN (malam) untuk membawa anak saya check up, saya dah pesan pada dia agar jangan pergi ke mana-mana sebab saya tiada di rumah Jumaat ini. Tetapi arwah kata nak pergi juga. 

    Abang janji dengan Angah, ini last abang pergi sana, Angah. Last, lepas ini bolehlah simpan basikal abang...

    "Masa itu saya diam seribu bahasa. Masing-masing manusia, masing-masing ada keturunan, kan? Tak apa, saya tak marah, cakaplah apa yang awak-awak semua nak cakap. Masing-masing ada hak. 

    Wahai adiku..rata2 surat kabar da klur psal crte mu adik..ye adik sy mamang main basikal..ye sy tahu mmg setiap hr...
    Posted by Nur Diayana Mohd Azahar on Saturday, 18 February 2017

    "Tak apa, malam kejadian cakaplah pusing cerita macam mana pun, Allah itu Maha Melihat dan Maha Adil. Cuma rasa amat terkilan bila ada yang menyatakan mangsa tengah main lajak (basikal). Pada masa yang sama, arwah-arwah semua tengok, berhenti di tepi," katanya. - The Reporter

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad