Header Ads

  • Semasa

    Kisah Batu Kasur dan Batu Batu Batikam Di Istana Seri Menanti Kuala Pilah

    Kisah Batu Kasur dan Batu Batu Batikam Di Istana Seri Menanti Kuala Pilah

    Kisah Batu Kasur dan Batu Batu Batikam Di Istana Seri Menanti Kuala PilahSekiranya anda berkunjung ke Muzium Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah. Anda mungkin akan perasan ada 2 buah binaan batu yang terdapat di luar istana ini. Dari jauh mungkin anda rasa batuan tersebut adalah bangku untuk istirehat dan satu lagi adalah arca batu yang sahaja diletakkan disitu. Untuk pengetahuan anda, batu itu bukan apa yang seperti anda sangkakan, batu tersebut merupakan batu yang menyimpan sejarah adat orang minangkabau di Negeri Sembilan dan Pagaruyung. Walaubagaimanapun, batu tersebut bukanlah batu sebenar. Batu itu adalah replika yang direka dari batu asal yang terletak di Sumatera, Indonesia.

    Kisah Batu Kasur dan Batu Batu Batikam Di Istana Seri Menanti Kuala Pilah

    Kisah Batu Kasur dan Batu Batu Batikam Di Istana Seri Menanti Kuala Pilah

    Replika Batu Kasur yang umpama seperti bangku istirehat ini merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja Pagaruyung dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja di Negeri Sembilan. Antara ujiannya ialah mereka harus tidur 7 hari 7 malam diatas batu ini yang dilapik dengan daun ‘jelatang’ yang sangat gatal di samping gangguan lain selama berada diatasnya. Hanya mereka yang bertahan dalam tempoh tersebut dianggap telah lulus ujian dan Raja Melewar telah lulus ujian ini dan seterusnya ditabalkan menjadi Raja Negeri Sembilan. Batu asal ini terletak diantara Batusangkar dan Pagaruyung iaitu sekitar 3 km dari Kota Batusangkar.

    BACA: Lagenda Buaya Putih Sungai Linggi Negeri Sembilan

    batu batikam

    Kisah Batu Kasur dan Batu Batu Batikam Di Istana Seri Menanti Kuala Pilah

    Replika Batu Batikam ini contoh batu asal yang terdapat Kacamantan (kampung) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini dikaitkan dengan bekas tikaman keris oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang tanda sumpah setia pendamaian sebagai mengakhiri persilisihan faham dalam hal penggunaan Sistem Adat Kato Piliang yang dicetuskan oleh kakaknya di Katumanggungan
    Menurut cerita bahawa Datuk Katumanggungan juga telah menikam sebuah batu dengan kerisnya dan keris tersebut telah ditempatkan di Sungai Tarab VIII Batu (Bungo Sotangkai, Bulokan Sungai Kayu Balukan Sungai Kayu Batarok) yang dijadikan pusat pemerintahan Koto Pilliang dengan mengamalkan sistem adat Datuk Bentara Putih. Semenjak itu, tidak boleh ada sesiapa mengamalkan sistem ada selain dari Sistem Adat Caniago tersebut dan ia telah dipakai sama oleh kota-kota yang lain sekitarnya.
    batu batikam
    batu batikam

    Kisah Batu Kasur dan Batu Batu Batikam Di Istana Seri Menanti Kuala Pilah

    Begitulah cerita serba sedikit mengenai batu yang terdapat di Muzium Istana Lama Seri Menanti. Walaupun yang ada disini hanyalah replika, tetapi kewujudan batu ini menjadi simbol demokrasi dalam sejarah masyarakat minang. Sumber rujukan daripada Muzium Istana Seri Menanti. Photo kredit daripada agarakutidaklupa.blogspot.my - orangnogori.com

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad