Header Ads

  • Semasa

    Gadis koma 3 bulan selepas tertidur dalam kereta


    Gadis koma 3 bulan selepas tertidur dalam kereta | PENDANG, KEDAH - Niat hanya mahu tidur seketika dalam kereta menyebabkan gadis berusia 24 tahun pengsan dan koma selama tiga bulan dalam kejadian pada pertengahan 2014. 

    Ummu Diyana Ibrahim, 24, menganggap dirinya seperti 'mati hidup semula' pastinya tidak akan melupakan detik hitam itu dan mengakui kejadian itu benar-benar menguji kekuatan fizikal dan mentalnya. Malah, ia bagaikan peluang kedua yang diberikan Allah kepadanya untuk dimanfaatkan demi diri, keluarga dan masa depan. 

    Menceritakan semula peristiwa hitam itu, ia bermula ketika Diyana dalam perjalanan pulang ke kampungnya dari Behrang, Perak. 

    Gadis koma 3 bulan selepas tertidur dalam kereta


    "Dalam perjalanan, saya rasa macam nak muntah dan tak sedap badan. Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti berehat seketika di Rawat dan Rehat (RnR) Bukit Gantang.

    "Perkara terakhir yang saya ingat, saya biarkan enjin dan penghawa dingin terbuka kerana mahu terlelap sekejap," katanya. 

    Namun Diyana tidak menyangka tindakannya itu akan menyebabkannya koma dan hanya akan 'terbangun' semula selepas tiga bulan. 

    Bermula dari saat itulah perjuangannya untuk kembali sedar sepanjang terlantar di Hospital Taiping sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas disahkan mengalami kelemasan karbon monoksida. 

    "Sepanjang koma, saya memang dengar dan nampak apa saja yang berlaku, cuma saya tidak dapat memberi respons. Seluruh badan saya terkunci," kata Diyana, anak bongsu dari 6 beradik itu. 

    Gadis koma 3 bulan selepas tertidur dalam kereta


    Doktor kemudiannya mengambil keputusan mahu melakukan intubasi di lehernya namun pihak keluarga meminta menangguhkan prosedur tersebut kerana memikirkan implikasi yang bakal dihadapi oleh Diyana. 

    Pantang maut sebelum ajal, Diyana hanya kembali sedar pada hari terakhir tarikh penangguhan yang diberikan doktor. 

    "Sehingga hari terakhir yang diberikan doktor, saya masih belum memberi respons yang sepatutnya. Ibu bapa saya tidak berputus asas dengan tidak henti-henti bercakap dengan saya, meminta saya mengerlipkan mata, menangis atau mengenggam tangan mereka kalau saya sedar. 

    "Entah macam mana, saya kuatkan semangat dan lawan 'kunci' yang mengikat diri saya dan akhirnya saya kembali sedar," katanya. 

    Diyana berkata, doktor memang terkejut memandangkan selama tempoh dirinya koma, pakar perubatan tidak meletakkan harapan usia dirinya akan panjang terutama selepas melakukan proses imbasan. 

    "Apa tidaknya, ketika saya dijumpai dalam keadaan pengsan, kadar oksigen dalam tubuh badan saya hanya 20%. Doktor sendiri mengatakan kes saya sangat ajaib kerana tiada kerosakan kekal pada otak kecuali keadaan saraf saya sedikit terjejas terutamanya di bahagian kaki. Suara saya juga hilang buat seketika," katanya. 

    Menurut Diyana, sehingga kini doktor masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar pada saraf kakinya dan ada yang berpendapat, terdapat saraf yang gagal berhubung dengan otak. 

    "Jadi ia memerlukan masa untuk merangsang saraf itu kembali norman. Mungkin sebulan, setahun atau lebih," katanya. 

    Kini Diyana terpaksa bertongkat namun itu tidak menghalang Diyana daripada menjalani kehidupan normal seperti pelajar tahun pertama UUM yang bermula 6 Februari lalu. 

    "Pengalaman mati hidup semula ini nyata mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Ketika koma, kehidupan saya seolah-olah diimbas kembali. 

    "Jadi saya akan gunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan mahu mengubah kehidupan," katanya. 

    Kepada orang ramai, jika mahu berehat dalam kereta, matikan enjin, tutup aircond dan turunkan cermin tingkap.  Ini untuk menghindarkan karbon monoksid daripada terperangkap di dalam kereta akibat daripada kebocoran apabila enjin kereta terhenti.

    "Biarlah digigit nyamuk daripada menemui ajal akibat terhidu asap karbon monoksida yang beracun itu..."

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad