Header Ads

Close
  • Semasa

    Lelaki maut dibaham harimau di depan mata isteri dan anak

    Lelaki maut dibaham harimau di depan mata isteri dan anak

    Lelaki maut dibaham harimau di depan mata isteri dan anak | CHINA - Seorang lelaki maut dibaham harimau dalam kejadian di depan mata isteri dan anaknya selepas diheret ke dalam kandang haiwan tersebut. 

    Insiden itu berlaku di Taman Hidupan Liar Youngor di bandar Ningo, 200 kilomter selatan Shanghai. 

    Salah seorang pengunjung sempat merakam kejadian itu, menunjukkan mangsa diheret oleh seekor harimau ke bawah pokok. Leher mangsa digigit, sementara dua ekor lagi harimau sedang memerhatikan dari belakang. 


    Lelaki maut dibaham harimau di depan mata isteri dan anak


    Difahamkan para pengunjung segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak zoo, namun kakitangannya mengambil masa hampir satu jam untuk membuatkan harimau itu melepaskan mangsanya.

    Lapor Beijing Youth Daily, harimau itu kemudian berjaya dihalau menggunakan mercun dan meriam air. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia.

    "Saya nampak harimau itu mengigit mangsa yang mana wajahnya dipenuhi dengan darah. Setiap kali mangsa cuba duduk, harimau itu menolaknya ke tanah," kata saksi.


    Lelaki maut dibaham harimau di depan mata isteri dan anak

    Tidak diketahui bagaimana atau kenapa mangsa masuk ke dalam kandang harimau berkenaan. Zoo itu kemudian ditutup pada jam 3 petang sementara itu polis dan kakitangan Biro Perhutanan Tempatan tiba di zoo sekitar jam 3.15 petang.

    Akibat insiden itu, harimau terbabit ditembak mati oleh kakitangan Biro Perhutanan Tempatan. - The Reporter

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad