Header Ads

  • Semasa

    Ibu bapa jangan jadi 'Diva', Cikgu bukan orang gaji



    Ibu bapa jangan jadi 'Diva', Cikgu bukan orang gaji - Cikgu bukan orang gaji, cikgu pun nak ada masa dengan suami dan anak-anak. Cukuplah hanya di sekolah nak kena layan anak-anak kita yang 40 orang, 40 ragam dan 40 tabiat itu. Itu baru satu kelas. 

    Kalau di rumah pun, dia kena layan ibu bapa dalam group WhatsApp seramai 80 orang ibu bapa. Soalan-soalan mengarut diberi pada cikgu. Semua cikgu mata pelajaran nak disuruh masuk dalam group WhatsApp untuk update homework yang ada pada hari itu dan katanya itu adalah tugas guru. 

    Suruh ingatkan anak minum air masak banyak-banyak pun dikatakan tugas guru. Tupperware hilang pun suruh cikgu yang carikan. Kopiah tertukar pun suruh cikgu cari dan bagi ibu bapa, itu semua adalah tugas cikgu. Banyak betul tugas cikgu? Tak kira overtime pula tu. 

    Nak tanya, tugas ibu bapa apa ye? 

    Jangan jadi 'Diva'. Semaklah buku anak satu persatu ada kerja rumah atau tiada. Kalau kau tanya dia, memang tak ada memanjang pun. Nak salahkan cikgu juga ke? Tulisan anak kau tak boleh dibaca pun nak salahkan cikgu ke? Kenapa tak salahkan Tok Batin ke, Ketua Kampung ke, JKKK Flat Seri Wangi ke, Mark Zurkerberg ke? 

    Ye, ada anak alert memang rezeki dia tak payah suruh, terus buat. Yang anak kena ketuk baru jalan itu, ibu bapa kenalah gigih. Jangan asyik menunding jari pada cikgu sahaja. 

    Saya marah, berombak-ombak dah dada menahan geram.  Kata kunci: "Mak bapak Diva, inshaAllah anak pun Diva". Tak percaya? Cubalah jadi diva. 

    Eh kejap, saya bukan cikgu. Ingat ye, nak ilmu anak-anak berkat, berjaya dunia akhirat, doa dari guru itu perlu. Ajar anak berdikari, boleh tak? Boleh ke tak boleh? Lempang nak?

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad