Header Ads

  • Semasa

    FADHILAT PUASA SUNAT

    FADHILAT PUASA SUNAT

    FADHILAT PUASA SUNAT - Berpuasa sunat adalah amalan yang banyak keistimewaannya malah puasa sunat sangat dituntut dalam Islam dan dilaksanakan kerana Allah, untuk mengharapkan keredaan, keampunan serta mendekatkan diri kepada-Nya

    KELEBIHAN PUASA SUNAT antaranya adalah

    1.Tanda bersyukur kepada Allah atas rezeki serta kurniaan nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya.
    2.Berpuasa juga membantu memelihara kesihatan jasmani dan rohani
    3.Berpuasa juga dapat mendidik nafsu amarah supaya berubah menjadi nafsu lawwamah, seterusnya meningkatkan kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang tenang tenteram
    4.Puasa juga akan menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpuasa ia akan membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung merasa rendah diri terhadap orang lain Di samping itu, ia juga melatih dan mendidik jiwa dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain yang hidup susah atau menderita. Dengan ini, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang kurang bernasib baik dan merasai keadaan hidup serba kekurangan
    5.Puasa sunat dapat membantu kita memperoleh kecerdasan akal dan fikiran
    Sebagai kesimpulannya, Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.
    Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.

    FADHILAT PUASA SUNAT


    Puasa Isnin dan Khamis

    Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

    Puasa tiga hari setiap bulan

    Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’
    Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

    Puasa hari ini, esok tak puasa

    Lusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.
    Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

    Puasa pada hari Arafah

    Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.
    Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

    Hari kelapan Zulhijjah

    Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah  iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

    Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

    Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.
    Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

    Puasa bulan Syaaban

    Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

    Puasa ‘Asyura

    Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.
    ‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

    FADHILAT PUASA SUNAT


    Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

    •     Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
    •     Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
    •     Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
    •     Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
    Hari haram berpuasa sunat
    • Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
    • Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
    • Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
    • Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
    • Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
    • Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban
     Sumber: UTM

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad