Header Ads

  • Semasa

    Buah Pinggang Bocor, Ketahui Puncanya Sebelum Terlambat..Jangan Abaikan Info Ini

    Buah Pinggang Bocor, Apa Puncanya? Bila ahli keluarga atau orang yang dekat dengan kita mengidap penyakit kronik, barulah nak ambil tahu tentang penyakit tu… termasuklah aku…. huhu. 


    Baru-baru ni semasa aku menghantar mak menjalani pemeriksaan di Hospital Temerloh, mak disahkan mengalami kerosakan buah pinggang tahap 4, di mana fungsi cuma tinggal 30%, tapi belum perlu menjalani rawatan haemodialisis kecuali kalau dah sampai tahap 5. 

    Semoga mak terus kuat menghadapi ujian penyakit ni. Harap-harap buah pinggang mak mampu terus bertahan tanpa perlu menjalani rawatan dialisis yang menyukarkan tu.

    Buah Pinggang Bocor, Apa Puncanya?


    Sifat penyakit kronik, kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalani aktiviti harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul bila penyakit sampai ke tahap serius. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum memberi kesan kepada kesihatan.

    Dah lupa fungsi buah pinggang? Ia bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan melakukan tugas penting ni boleh membawa maut kepada pengidapnya. Di sini aku kongsikan info tentang penyakit ini untuk manfaat bersama.

    PUNCA-PUNCA BUAH PINGGANG BOCOR


    Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

    Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan (buah pinggang bocor) dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

    Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.

    Semoga bermanfaat. SILAKAN SHARE..

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad